Anda rasa bayi dalam perut kurang bergerak? Hati-hati, INI sebabnya!

undefined

Penyebab gerakan janin berkurang adalah kerana beberapa faktor. Penting untuk anda ketahui apa yang normal dan tak normal dengan pergerakan janin anda.

Salah satu perkara yang menyeronokkan ketika hamil adalah apabila anda merasai getaran pertama tendangan bayi dalam perut. Pergerakan ini akan buat anda tenang bila mengetahui yang bayi anda selamat. Tapi macam mana kalau pergerakan berkurang? Apa penyebab gerakan janin berkurang?

Apa penyebab gerakan janin berkurang?

baby in the womb 6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

Anda sepatutnya rasa gerakan pertama bayi yang dipanggil “quickening” di antara minggu ke-16 dan 26 kandungan. Jika ini adalah kandungan pertama anda, anda mungkin akan rasa pergerakan bila kandungan hampir masuk minggu ke-25.

Anda biasanya akan rasa pergerakan bayi anda apabila anda sedang berada dalam posisi diam seperti duduk atau baring.

Jika usia kandungan anda belum mencapai 25 minggu dan anda tak rasa pergerakan bayi anda atau anda tak pasti apa yang anda rasakan itu adalah bayi anda, jangan panik.

Semakin bayi anda membesar, anda sudah boleh membezakan pergerakan bayi anda. Anda juga akan tahu pada waktu bila bayi anda paling aktif. Sesetengah bayi juga bergerak kurang dari bayi lain.

penyebab gerakan janin berkurang, pergerakan janin, pergerakan bayi dalam kandungan, pergerakan janin kurang, maksud pergerakan bayi, pergerakan anak dalam kandungan,

Penyebab gerakan janin berkurang juga mungkin disebabkan si kecil anda sedang tidur. Apabila bayi anda tidur, biasanya gerakan akan menurun selama 15 ke 30 minit.

Antara sebab lain pergerakan janin berkurang adalah:

  • anda dehidrasi dan kurang cecair dalam badan
  • janin kurang oksigen kerana tali pusat terlilit
  • sekatan pertumbuhan janin
  • kekurangan plasenta
  • jangkitan intrauterin
  • kelahiran pramatang
  • kecederaan otak perinatal
  • perkembangan saraf terganggu
  • induksi kelahiran
  • kematian janin
  • kematian neonatal

Penyebab pergerakan janin berkurang: Apa pergerakan janin yang normal?

penyebab gerakan janin berkurang, pergerakan janin, pergerakan bayi dalam kandungan, pergerakan janin kurang, maksud pergerakan bayi, pergerakan anak dalam kandungan,

Ini adalah panduan kemungkinan pergerakan janin anda minggu ke minggu:

  1. Minggu 12: Bayi anda mula bergerak, tapi anda mungkin belum rasa apa-apa kerana bayi masih sangat kecil.
  2. Minggu 16: Beberapa wanita mengandung mula merasa sedikit getaran. Pergerakan ini mungkin disebabkan angin dalam badan atau bayi bergerak.
  3. Minggu 20: Pada ketika ini, anda mungkin mula rasa pergerakan pertama bayi anda yang dipanggil “quickening“.
  4. Minggu 24: Anda semakin rasa pergerakan bayi dan anda mungkin akan merasa sedikit getaran bila bayi anda sedu.
  5. Minggu 28: Bayi anda bergerak secara aktif.
  6. Minggu 36: Rahim anda semakin sempit kerana bayi anda semakin membesar dan ini akan mengurangkan pergerakan. Anda sepatutnya boleh rasa pergerakan yang konsisten setiap hari.

Gerakan janin yang normal biasanya dengan membuat 10 kali pergerakan atau lebih setiap dua jam.

Penyebab pergerakan janin berkurang: Apa yang anda perlu lakukan jika tendangan kurang?

penyebab gerakan janin berkurang, pergerakan janin, pergerakan bayi dalam kandungan, pergerakan janin kurang, maksud pergerakan bayi, pergerakan anak dalam kandungan,

Jika anda rasa pergerakan bayi anda berkurang atau mempunyai perubahan, lakukan cara ini:

  • Baring mengiring ke kiri dan fokus pada gerakan janin anda selama dua jam. Jika bayi anda membuat kurang dari sepuluh gerakan, hubungi doktor dengan segera.
  • Cuba minum air sejuk atau makanan yang manis kerana ini dapat membangunkan bayi anda sekiranya mereka sedang tidur.

Jika anda tak rasa pergerakan janin, jangan abaikan. Terus berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Jika anda rasa ada sesuatu yang tak kena, percayakan naluri anda.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: WebMD, Hamilmaksimal.com

Baca juga

https://my.theasianparent.comgerakan-janin-dalam-kandungan/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!