Apa yang janin anda sedang lakukan dalam kandungan anda pada minggu ini? Adakah mereka bergerak setiap kali anda bersuara? Ini kerana mereka dah mula pandai respon pada suara anda! Ketahui perkembangan janin 25 minggu yang lain!
Perkembangan janin 25 minggu: Bayi anda besar mana?
Perkembangan janin 25 minggu: Perkembangan bayi anda
- Pergerakan bayi anda akan menjadi rutin. Mereka akan main sebentar dan rehat untuk pulihkan tenaga.
- Mereka juga boleh mendengar dan membezakan suara anda sekarang. Dia mungkin akan respon jika mereka jaga.
- Kulit bayi anda akan bertukar menjadi merah jambu kerana mereka sedang membentuk saluran darah kecil yang dipanggil kapilari bawah kulit, saluran ini akan diisi dengan darah.
- Bayi anda buang air besar pertama mereka, tapi ia tak akan keluar sehingga dia lahir.
Perkembangan janin 25 minggu: Simptom kehamilan
Kredit: Freepik
- Perut anda yang kini kelihatan seperti bola sepak akan menyebabkan sakit pinggang.
- Anda juga akan mengalami sakit badan yang lain seperti sakit punggung dan sakit kaki.
- Anda mungkin akan rasa gatal di bahagian rektum, ini kerana uterus anda sedang menolak dan meningkatkan pengaliran darah di bahagian tersebut.
- Anda mungkin akan mendapat sembelit. Pembuangan air besar yang tak menentu menyebabkan anda mendapat sembelit, jadi pastikan anda minum air yang cukup.
Penjagaan kandungan
- Senaman seperti kegel, yoga dan aerobik boleh mengurangkan sakit badan.
- Jika berat badan anda naik mendadak dan anda rasa seperti kembung disebabkan gas atau asid semasa di trimester kedua ini, jumpa doktor dengan segera.
Checklist
Kredit: Freepik
- Buat temujanji antenatal. Doktor akan memeriksa saiz uterus, tekanan darah, dan contoh air kencing untuk memeriksa jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung dan kekurangan protein dalam badan.
- Anda mungkin juga dah boleh buat research hospital mana yang anda ingin bersalin dan harga yang mereka tetapkan. Ini adalah senarai hospital terbaik swasta dan kerajaan.
Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 24
Minggu seterusnya: Minggu ke – 26
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!