Mengira Tendangan Bayi, Mengapa Ia Penting & Bagaimana Mengesan Pergerakan Janin?

Ada pelbagai penyebab janin terlalu aktif bergerak dan ibu harus memantaunya setiap masa supaya tiada masalah yang berlaku dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu hamil pasti menunggu untuk merasai tendangan bayi mereka. Hal ini kerana, ia merupakan perasaan yang sangat mengharukan sekaligus meyakinkan bahawa bayi anda selamat dan sihat. Anda tahu apakah penyebab janin terlalu aktif bergerak? 

Sebilangan besar ibu akan merasakan bayi bergerak antara 18 hingga 25 minggu kehamilan, tak kurang juga yang merasainya seawal 14 minggu kehamilan kerana sudah tahu bagaimana rasanya tendangan itu.

Selain itu, anda juga harus mengesan pergerakan bayi bagi memahami corak aktiviti mereka dan carta tendangan janin adalah salah satu cara untuk melakukannya.

Penyebab janin terlalu aktif bergerak- Mengapa pergerakan janin itu penting?

Ramai di antara kita tahu bahawa bayi yang aktif dalam perut adalah bayi yang sihat. Inilah sebab mengapa memahami tingkah laku dan corak aktiviti mereka dapat membantu anda mengetahui tanda-tanda bayi dalam
keadaan berisiko.

Menjejak pergerakan mereka sangat penting pada trimester ketiga apabila tendangan bayi anda mesti dilakukan dengan kerap dan kuat. Sebarang perubahan corak pergerakan yang aneh memberi petunjuk bahawa kehamilan mengalami komplikasi tertentu.

Fakta ini disokong oleh pelbagai kajian, ia menunjukkan bahawa perubahan dalam aktiviti juga mengaitkan dengan risiko kelahiran mati iaitu tragedi yang memilukan yang kita sendiri tak sanggup hadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu, mengira tendangan bayi adalah penting bagi mengetahui aktiviti yang dilakukan si kecil di dalam kandungan terutama di kala kandungan sudah masuk ke usia 28 minggu.

Dengan berbuat demikian, anda dapat segera menghubungi doktor apabila merasakan sebarang tanda-tanda yang tidak normal.

Bagaimana dikira sebagai tendangan?

Selain tendangan, siku lengan, bergulung, tusukan dan pergerakan mereka juga dikira sebagai tendangan. Ini terasa seperti berulang-ulang atau rentak berirama atau gerakan berdenyut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jejak tendangan dengan menggunakan carta tendangan janin atau kaedah lain – kira hingga 10 gerakan

Kongres Amerika Obstetricians dan Pakar Ginekologi mencadangkan bahawa ibu harus merangka berapa lama masa yang diambil untuk merasai 10 pergerakan dalam tempoh dua jam sehari. Dengan cara ini anda dapat mengenal pasti corak aktiviti mereka dengan betul dan memperhatikan apakah ada sebarang pergerakan secara tiba-tiba selama tempoh aktif ini.

Terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk mengesan tendangan bayi dan sebilangan ibu lebih suka menggunakan carta dan mencatatnya di buku nota kesihatan. Selain, ada juga yang mengira tendangan dengan menggunakan aplikasi tertentu.

Terdapat tiga perkara penting yang harus diperhatikan iaitu tarikh, waktu dan jumlah tendangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petua mengira tendangan yang perlu diingati

Terdapat beberapa petua yang boleh anda ikuti bagi merasai pergerakan bayi dengan melalui tendangan mereka. Berikut petua yang boleh diamalkan:

– Meluangkan masa dan pilih waktu yang mana bayi paling aktif bagi merasai tendangan mereka. Penting untuk pilih masa ini supaya anda boleh memelih kedudukan badan samada duduk atau berbaring.

– Meletakkan tangan di bahagian perut dapat membantu anda merasai tendangan si kecil. Sebilangan besar ibu lebih suka berbaring di sebelah kiri sebagai salah satu posisi yang selesa untuk mengira gerakan bayi. Malah ia dikatakan membolehkan bayi semakin lincah dan aktif bergerak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Jika bayi kurang dari 10 tendangan dalam dua jam, jangan panik dan tunggu beberapa jam kemudian dan mula mengira tendangan sekali lagi. Jika masih kurang, segera menghubungi doktor.

Ingat, sentiasa positif

Memang tidak dinafikan bahawa mengira tendangan boleh menyebabkan ibu berasa cemas. Namun, kita pastinya mahu yang terbaik untuk bayi sekaligus dapat mengesan sebarang keabnormalan yang berlaku dalam kandungan.

Dengan mengesan tendangan dapat membantu doktor memahami kesihatan bayi anda terutama dalam situasi yang mengancam nyawa.

Sebab itu banyak manfaat untuk mengira pergerakan bayi terutama semasa trimester ketiga dan ia dikatakan penilai terbaik mengenai status bayi anda.

Walaubagaimana jika terdapat sebarang kejanggalan, ibu usah terlalu panik atau cemas tapi boleh terus bertenang dan menghubungi doktor untuk mendapatkan nasihat. Paling tidak, anda boleh terus ke wad kecemasan hospital dan doktor akan melakukan pemeriksaan yang rapi terhadap kandungan anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-mati-dalam-kandungan