Sedap Tidak Semestinya Sihat, Hati-Hati, Makanan Ini Mungkin Punca Kanser Payudara Dalam Diam!

Ada banyak kajian yang mencari penyebab kanser payudara dan salah satu daripadanya menemuinya dalam makanan diproses. Adakah anda suka makan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda salah seorang penggemar makanan proses? Makanan proses memang mudah dan cepat untuk disediakan. Tapi, ia mungkin boleh menjadi salah satu punca kanser payudara dan pelbagai kanser lain!

Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara punca kanser payudara dan makanan proses seperti biskut, minuman soda dan bijirin yang manis. Walau bagaimanapun, para pakar menasihatkan kita supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru, di luar skop kajian tersebut.

Sekumpulan pengkaji daripada Université Sorbonne-Paris-Cité  ada melihat data dari 105,000 orang dewasa dari Perancis.

Peserta kajian ini mengisi soalan yang bertanyakan tentang pengambilan 3,300 jenis makanan yang berbeza. Pengkaji kemudiannya melihat kepada gaya hidup mereka selama 5 tahun.

Yang menariknya tentang kajian ini adalah ia kebanyakannya melibatkan wanita yang berusia di pertengahan usia.

Punca kanser payudara dan makanan proses

Kajian menunjukkan yang jika jumlah makanan berproses dinaikkan sehingga 10%, maka jumlah kanser akan meningkat sebanyak 12%. Pengkaji kemudiannya membandingkan keputusan ini dengan kes kanser yang telah didiagnosis dalam kumpulan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

The British Medical Journal, jurnal perubatan mengeluarkan kenyataan tentang kajian tersebut.

“Kajian menunjukkan yang peningkatan makanan berproses sebanyak 10% dalam diet akan meningkatkan risiko terkena kanser sebanyak 12% dan 11% risiko kanser payudara.”

Namun, mereka tidak menemui sebarang kaitan yang jelas antara makanan ini dengan kanser prostat atau kolon.

Faktor persekitaran, hormon dan gaya hidup dikatakan sangat mempengaruhi tahap kesihatan individu. Ini termasuklah:

  • Pengambilan ubat hormon
  • Sejarah kanser payudara
  • Mutasi genetik
  • Payudara yang padat
  • Umur 5o tahun ke atas
  • Datang haid sebelum umur 12 tahun.

Senarai makanan yang terkenal di Malaysia tetapi tinggi risiko kanser

Antara tanda kanser awal yang dapat dikesan pada buah dada adalah seperti ketulan di payudara, ketulan di ketiak atau bahagian tulang selangka, puting sakit walaupun selepas tempoh haid dan banyak lagi. 

Sekiranya pengesanan dibuat lebih awal, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan. Jika boleh, ambil sekali sekala atau elakkan terus makanan yang mengaktifkan sel kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara senarai makanan yang boleh menjadi penyebab kanser payudara adalah seperti berikut:

  • Roti yang diproses di kilang dan dipasarkan besar-besaran
  • Snek yang dibungkus seperti keropok atau jajan
  • Gula-gula dan bar coklat
  • Minuman manis dan minuman soda
  • Nugget dan bebola daging yang tinggi bahan pengawet
  • Mee segera
  • Makanan tin atau makanan beku yang hanya perlu dipanaskan dalam mikrowave
  • Makanan yang mengandungi kandungan gula, minyak dan lemak
  • Daging yang diproses
  • Minuman diet
  • Tepung putih
  • Popcorn dari microwave

Berikut merupakan makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit kanser:

  • Taugeh : mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser
  • Buah dalam tin : mengandungi bahan pengawet yang meransang kanser
  • Alkohol: merangsang aktiviti bawah sedar dan mengurangkan paras oksigen dalam tubuh badan
  • Nangka: mempunyai gas yang mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang diambil
  • Tapai: makanan bergas yang mencetuskan pertumbuhan kanser
  • Perasa makanan seperti MSG dan gula: Mempercepat pembiakan sel kanser
  • Kangkung dan sawi putih : mengurangkan kesan ubat

Kajian itu juga turut membongkarkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 18% diet masyarakat waktu kini terdiri daripada makanan yang diproses
  • Setiap tahun, 79 orang daripada 10,000 didiagnosis dengan kanser
  • Dengan meningkatkan pengambilan makanan proses sebanyak 10%, ia akan menambah bilangan kanser sebanyak 9 orang daripada setiap 10,000 orang dalam masa setahun

Rumusan yang dibuat oleh para pengkaji adalah ini:

“Kajian ini menunjukkan semakin bertambah pengambilan makanan berproses dalam masyarakat, akan berlaku peningkatan kanser dalam beberapa puluh tahun akan datang.”

Adakah keluarga anda mengambil terlalu banyak makanan berproses?

Apabila membaca penemuan kajian ini, ia memang cukup merisaukan hati kita semua, kan? Ya, sudah pasti, ada beberapa kajian lain yang menafikan tentang hal ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut beberapa kajian lain, kaitan antara makanan berproses dan penyakit kanser masih rendah. Bukti yang ada tentang makanan berproses menjadi penyebab kanser payudara dan jenis kanser lain juga dikatakan lemah.

Tetapi, tidak salah rasanya jika kita mengambil inisiatif untuk memperkenalkan makanan segar dan sihat pada anak-anak.

Limitkan juga pengambilan makanan proses seperti yang disebutkan di atas dalam diet pemakanan anak-anak dan ahli keluarga kita yang lain.

Kan kita selalu dengar, “mencegah lebih baik daripada mengubati!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!

Baca juga: Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

Baca juga: TAKUT Buat Pemeriksaan Payudara Punca Pesakit Breast Cancer Maut Awal

Penulis

Noor