X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!

3 min bacaan
Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!

Rupa-rupanya ini sebab mengapa wanita mudah terdedah dengan kanser payudara sebab anda ambil banyak makanan seperti ini!

Seperti yang kita sedia maklum, Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kempen Kanser Payudara Wanita yang disambut hampir setiap tahun bagi menyuntik kepentingan kepada kaum hawa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan khususnya bagi payudara supaya dapat mencegah risiko kanser.

Hal ini kerana, menurut statistik yang dikeluarkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM pada 2016 mendapati kanser adalah kematian tertinggi di hospital kerajaan.

Malah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh National Cancer Registry 2002 mendapati hampir 26,000 kes baru yang muncul di Semenanjung Malaysia.

Berikut adalah peratusan kanser yang menyebabkan kematian: 

payudara kanser

  • Kanser payudara : 32.1%
  • Kanser Kolon : 10.7%
  • Kanser serviks : 7.7%
  • Kanser paru-paru : 15.8 %
  • Nasopharynx cancer : 8.1%

Payudara wanita dapat kanser akibat dari pemakanan yang tak sihat

Lebih menakutkan, satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara yang berpunca bukan dari genetik sahaja, tapi faktor pemakanan turut mempengaruhi sama.

Menurut kajian lagi, antara makanan yang selalu kita ambil seperti daging yang diproses boleh menjadi salah satu faktor terkena kanser payudara.

Bayangkanlah, masak burger, goreng mee, spagheti, meatball semuanya menggunakan daging kisar tanpa kita sedar sebenarnya ia sangat berbahaya.

Menurut Pakar Perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad kanser payudara ini terjadi di sebabkan pengambilan makanan seperti bacon dan sosej yang diambil secara kerap dalam jumlah kuantiti yang besar.

Selain beberapa faktor sampingan seperti keturunan, umur, gaya hidup dan sebagainya.

Kajian turut menjelaskan, wanita yang mengambil makanan daging proses secara kerap lebih berisiko berbanding mereka yang mengambilnya dalam jumlah yang sedikit. Jadi, adalah lebih baik anda berhati-hati sewaktu memilih makanan seharian anda.

Kajian ini melibatkan lebih sejuta wanita yang dikaitkan dengan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses.

Akan tetapi, kajian ini tidak menjelaskan adakah ia disebabkan daging tersebut atau proses pengilangan yang menggunakan bahan pengawet, perasa dan pewarna bagi membuatkan makanan itu tahan lama, lebih sedap dan lain-lain.

Bagaimana ia penyebab kanser?

Dengan penambahan bahan yang disebut tadi, maka ia akan berinteraksi dengan protein dalam daging sehingga menyebabkan daging berproses menjadi karsinogenik yang dapat merangsang kanser.

Boleh tak makan daging merah? 

breast cancer

Dalam International Journal of Cancer, risiko sakit payudara ini boleh berlaku hanya pada wanita yang makan daging berproses dan bukannya daging merah yang segar.

Bahkan, WHO sendiri menyenaraikan daging proses sebagai faktor utama penyebab kanser dan daging merah mungkin punca kedua.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan mencadangkan agar kita mengurangkan pengambilan daging berproses ini sekiranya tidak mampu menghentikannya.

Selain itu, hadkan pengambilan daging merah dan daging berproses sekurang-kurangnya tidak melebihi dari 70 gram sehari.

Justeru, adalah lebih baik anda menghindari anak-anak dari mengambil makanan yang tidak sihat ini dan lebihkan makan buah-buahan juga sayur-sayuran.

Semoga artikel ini memberi manfaat pada kesihatan kita agar jauh dari bahaya penyakit.

Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Remaja 

Foto: Hijab & Heels 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanda-kanser-payudara

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Sebab Kenapa Wanita Malaysia Banyak Kena Kanser Payudara, Salah Satunya Dari Makanan Ini!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham