Para doktor kini menggesa suami isteri di seluruh dunia untuk tahu tentang penyebab penyakit kelamin yang sedang meningkat naik dan berleluasa kini.
Penyakit kelamin bernama Mycoplasma Genitalium (MG) itu berbahaya karena ia boleh memberi kesan pada alat sulit dan masalah kesuburan pada lelaki mahupun wanita.
Penyebab penyakit kelamin Mycoplasma Genitalium: Pengalaman sebenar
Seorang lelaki menghubungi BBC baru-baru ini untuk berkongsi pengalaman sebenar beliau ketika menghidapi penyakit kelamin mycoplasma genitalium ini.
Ikuti luahan beliau –
“Saya didiagnosis dengan MG tahun lepas selepas berkenalan dengan pasangan saya. Kami berdua telah melakukan ujian dan disahkan bersih dari penyakit kelamin pada permulaan hubungan. Tapi, klinik kami tak menjalankan ujian MG melainkan ada tanda-tanda anda menghidap MG. Selepas sebulan dalam perhubungan ini, saya telah mendapat tanda-tanda penyakit ini pada lelaki – sakit sangat rasa semasa membuang air kecil dan cecair seperti nanah keluar dari uretra.
Tapi saya tak tahu apa yang tak kena.Beberapa minggu selepas itu, saya disahkan positif menghidap MG tapi pasangan saya negatif, saya fikir tak logik. Pasangan saya buat ujian semula dan dia disahkan positif. Kami diberi antibiotik selama dua dua minggu dan tak melakukan hubungan seksual selama lima minggu untuk memastikan kami bersih. Selepas pemeriksaan lanjut, kami disahkan negatif tapi saya masih mengeluarkan cecair dan diberitahu ia akan hilang. Kemudian, tiba-tiba saya mendapat jangkitan saluran kencing yang tanda-tandanya sama dengan MG! Saya yakin saya dapat balik MG dan sedang menunggu pemeriksaan lanjut. Klinik ini tak mahu melakukan pemeriksaan pada pasangan saya kerana dia tak menunjukkan sebarang tanda dijangkiti. Saya rasa klinik patut membuat pemeriksaan MG sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan seksual agar pesakit dapat tahu lebih awal.”
Mycoplasma Genitalium (MG) itu apa? Apa penyebab penyakit kelamin ini?
Menurut WebMD, mycoplasma genitalium atau MG adalah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria.
Melakukan hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti bukan satu-satunya cara bakteria ini merebak. Sebaliknya, MG boleh merebak dengan mudah apabila anda melakukan sentuhan seksual atau mengusap alat sulit pasangan.
Jika dijangkiti, ia boleh menyebabkan keradangan pada uretra untuk lelaki dan menyebabkan cecair keluar dari zakar hingga mengakibatkan sakit semasa membuang air kecil.
Untuk wanita pula, ia boleh menyebabkan keradangan pada organ pembiakan (rahim dan tiub fallopio). Ini akan mengakibatkan rasa sakit, kemungkinan demam dan pendarahan.
Dalam beberapa kes, ia boleh menyebabkan mandul!
Tapi, hanya baru-baru ini saja pakar memberi amaran penyakit ini semakin menular pada satu dari 100 orang dewasa. Namun, saintis telah mengetahui tentang bakteria ini sejak tahun 1980.
Tanda-tanda penyakit kelamin Mycoplasma Genitalium
Tak mudah untuk anda periksa sendiri tanda penyakit kelamin ini kerana MG tak selalunya menunjukkan tanda. Ada beberapa risiko komplikasi yang boleh anda dapat dari MG, seperti:
- Penyakit radang pelvik – boleh menyebabkan beberapa wanita tidak subur
- Uretritis
- Radang serviks
Jika tak dirawat dengan betul, ia juga akan menghasilkan penghadang untuk melawan antibiotik!
Tanda pada lelaki:
- Keluar cecair dari zakar
- Sakit, sengatan atau rasa terbakar semasa buang air kecil
Tanda pada wanita:
- Cecair keluar dari faraj
- Sakit semasa melakukan seks
- Pendarahan selepas seks
- Pendarahan di antara kitaran haid
- Sakit di kawasan pelvik betul-betul di bawah pusat
Jika doktor syak anda menghidap MG, anda perlu melakukan ujian amplifikasi asid nukleik untuk mengesahkannya.
Anda perlu memberikan sampel air kencing. Doktor juga mungkin perlu melakukan ujian swab dari faraj, serviks atau uretra.
Rawatan untuk mencari penyebab penyakit kelamin Mycoplasma Genitalium
Antibiotik biasa seperti penisilin tak efektif untuk MG. Ini kerana, bakteria MG tak mempunyai dinding sel untuk dimusnahkan oleh penisilin.
Doktor mungkin akan memberi anda beberapa jenis antibiotik. Selepas rawatan selama sebulan dan tak melakukan hubungan seks dalam tempoh ini, anda akan diperiksa semula untuk memastikan jangkitan tersebut hilang.
Anda memerlukan rawatan lanjut jika masih menunjukkan tanda-tanda MG. Anda juga boleh mendapat semula jangkitan ini.
Pasangan anda juga akan diperiksa supaya anda dan pasangan tak asyik menjangkiti satu sama lain.
Pencegahan penyakit MG
Buat masa ini, klinik tak melakukan ujian rutin untuk MG melainkan pesakit menunjukkan tanda yang jelas.
Penggunaan kondom adalah satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko MG tapi anda masih terdedah dengan risiko ini.
Jika anda rasa anda mula mendapat tanda-tanda MG, berhenti melakukan hubungan seks dan rujuk doktor secepat mungkin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjenis-jenis-penyakit-isteri-dapat