TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Telah Meragut Nyawa Bayi Berusia Bawah 1 Tahun

1 Apr, 2020
Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Telah Meragut Nyawa Bayi Berusia Bawah 1 Tahun

Penyebaran virus Corona dilihat semakin membimbangkan kerana hampir seluruh dunia berhadapan masalah ini dan mencatatkan kes kematian bayi yang pertama

Penyebaran virus Corona semakin meluas menghampiri seluruh pelusuk dunia. Ia telah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana wabak ini dikatakan penyakit misteri dan masih belum ada ubat.

Jika di Malaysia, hanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan sahaja diumumkan. Ia amat berbeza di luar negara berdepan darurat akibat peningkatan kes pesakit  positif Covid-19 yang drastik setiap hari.

Penyebaran virus tanpa mengira usia

penyebaran virus corona

credit to sources

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit yang dijangkiti Covid-19 termuda di Malaysia adalah bayi berusia 12 hari dan masih dirawat.

Namun melihat kembali rekod penularan Covid-19 di negara luar, ia bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak tetapi turut meragut nyawa mereka.

Kematian seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) disebabkan wabak Covid-19 seperti dinyatakan pegawai di negeri Illinois adalah satu kejadian yang sangat jarang membabitkan pandemik dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Awam negeri, kanak-kanak yang meninggal dunia di Chicago itu berusia kurang setahun dan diuji positif Covid-19.

Bukan itu sahaja, pihak perubatan New York turut mengumumkan kematian melibatkan kanak-kanak pertama akibat jangkitan Coronavirus di negeri berkenaan.

”New York adalah kawasan yang paling terkesan dengan penyebaran virus Covid-19 di Amerika Syarikat. Tolong bantu kami di sini kerana bilangan pesakit semakin meningkat,” rayu Gabenor New York, Andrew Cuomo.

Walau bagaimanapun, usia sebenar kanak-kanak yang meninggal dunia akibat Covid-19 ini masih belum dikenal pasti. Tetapi menurut NBC, dia mengalami sedikit masalah kesihatan.

Rayuan bantuan Covid-19

penyebaran virus covid-19

credit to sources

Tambahan pula, berita kematian kanak-kanak malang berkenaan terjadi selepas dua hari Ilinois melaporkan kematian bayi kerana wabak Covid-19 iaitu pada hari Sabtu yang lalu.

Pada petang Isnin, negeri New York mencatatkan jumlah kematian mencecah 1 218 kes kematian.

Keadaan ini telah menyebabkan Cuomo mengeluarkan rayuan segera untuk sukarelawan perubatan kerana angka pesakit yang terkorban di New York City meningkat kepada 790 pada hari Isnin.

”Tolong datang dan bantu kami di New York sekarang,” kata Gabenor, sambil menambah bahawa kes Coronavirus yang disahkan di negeri ini telah melepasi 66 000.

Kira-kira 80 000 bekas profesional perubatan telah menampilkan diri untuk menjadi sukarelawan kerajaan.

Pihak berkuasa juga telah memberi amaran bahawa krisis yang melanda di kebanyakan New York perlu dijadikan iktibar terhadap bandar-bandar lain di seluruh Amerika Syarikat yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Cuomo berkata,” New York memerlukan 1 juta petugas tambahan dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami telah kehilangan lebih daripada 1 000 orang petugas  sebelum ini.”

”Bagi saya, angka itu sangat besar dan amat mengecewakan,” luah Gabenor New York berkenaan.

Setelah rayuan bantuan dibuat, kapal Tentera Laut Mercy telah menghampiri pelabuhan negeri malang ini dengan membawa bantuan sebanyak 1 000 buah katil bagi mengurangkan tekanan di hospital New York.

Covid-19 juga menyerang kanak-kanak

bahaya penyebaran virus

credit to sources

”Sebelum ini kes kematian tidak pernah melibatkan kanak-kanak atau bayi. Risiko kematian atau serangan Covid-19 paling teruk berlaku kepada orang dewasa, warga emas atau pesakit yang menghidapi penyakit kronik,” kata Pengarah Kesihatan Awam Illinois, Dr Ngozi Ezike.

Dalam kebanyakan kes, virus ini hanya menunjukkan gejala ringan atau sederhana yang merangkumi demam, batuk, masalah paru-paru (pneumonia). Kadang-kadang kumpulan ini memerlukan rawatan di hospital.

Secara umumnya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah daripada dijangkiti wabak Coronavirus di seluruh dunia.

Berdasarkan surat yang disiarkan dalam New England Journal of Medicine oleh penyelidik Cina, awal bulan ini telah mencatatkan kematian seorang 10 bulan dengan Covid-19.

Hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan mengalami masalah usus tersumbat dan kegagalan organ. Dia meninggal dunia selepas empat minggu dimasukkan ke hospital.

Penyelidikan berasingan yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics pula berjaya mengesan seramai 2 100 kanak-kanak dijangkiti di China dan mencatatkan satu kes kematian remaja yang berusia 14 tahun.

Manakala, kajian turut mendapati kurang daripada enam peratus kanak-kanak mengalami penyakit kronik.

Sehingga Isnin petang, terdapat lebih daripada 5 000 kes Coronavirus yang disahkan di Illinois dengan 73 kes kematian.

Illinois kini telah mengeluarkan perintah untuk berada di rumah, semua perniagaan yang tidak penting atau pelancongan telah diharamkan.

Sumber: Dailymail

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Telah Meragut Nyawa Bayi Berusia Bawah 1 Tahun

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcoronavirus-jangkitan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Telah Meragut Nyawa Bayi Berusia Bawah 1 Tahun
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham