Menyusu badan adalah cara semula jadi untuk ibu menjalinkan hubungan dengan bayi. Bukan itu saja, banyak lagi kelebihan penyusuan ibu yang mungkin anda tak tahu termasuklah dari segi psikologi.
Penyusuan ibu: Bagaimana menyusu badan membantu bayi?
Terdapat banyak bukti menunjukkan menyusu badan adalah lebih bermanfaat untuk bayi dari penyusuan alternatif yang lain.
Walau bagaimana pun, penyusuan alternatif juga masih baik untuk membekalkan nutrisi pada bayi. Tapi, bagi bayi, penyusuan ibu bukan saja sebagai sumber nutrisi mereka, ianya lebih dari itu.
Selain dari nutrisi untuk pertumbuhan bayi, susu ibu juga mengandungi immunoglobulins yang memberikan mereka imunisasi yang diperlukan.
Kadang-kadang, jika bayi demam, ibu boleh memberikan antibodi untuk melawan jangkitan dengan memberikan anak susu badan.
Kelebihan fizikal dan psikologi penyusuan ibu pada bayi
Di negara yang mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi, menyusukan bayi bermakna mereka mendapat imunisasi yang lebih baik, mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
Bayi yang menyusu badan kurang ke hospital kerana cirit-birit atau jangkitan saluran pernafasan. Bayi yang menyusu secara ekslusif juga kurang mendapat gangguan gastrousu dan alahan.
Penyusuan badan juga mempunyai kebaikan jangka panjang pada perkembangan emosi dan psikologi bayi.
Anak yang menyusu badan mendapat kuantiti makanan yang betul.
Tambahan lagi, perbuatan menyusu bayi memberikan bayi deria bau, sentuhan dan rasa pada masa yang sama. Bau ibu dikaitkan dengan nutrusi dan akan membentuk refleks.
Jadi, apabila dia tak menyusu, bayi akan rasa tenang dalam dakapan ibu.
Masa yang diluangkan bersama adalah cara yang bagus untuk menjalinkan hubungan. Tapi, bukan bayi saja yang mendapat kelebihan dari segi psikologi ini, ibu pun turut dapat.
Kelebihan penyusuan ibu dari segi psikologi pada ibu
Penghasilan susu dikawal oleh hormon. Hormon paling penting untuk proses ini adalah hormon Prolaktin yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari sebagai respon kepada kelaparan bayi.
Prolaktin bertanggungjawab sebagai perkembangan sistem laktasi semasa mengandung dan penghasilan susu semasa menyusu.
Bukan ini saja fungsi prolaktin. Ia mempunyai fungsi penting yang lain pada otak – untuk buat anda rasa gembira.
Prolaktin akan mengurangkan kesan hormon tekanan pada otak dan membantu mengurangkan tekanan semasa mengandung dan bersalin.
Tapi, apabila anda berhenti menyusukan anak, tahap Prolaktin pada badan akan kembali normal. Ibu yang menyusu akan kelihatan lebih tenang berbanding ibu yang telah tukar kepada penyusuan alternatif.
Mengandung, bersalin dan menjaga anak adalah perkara yang memberi tekanan. Menyusukan anak dapat membantu ibu mengawal tekanan dengan bantuan hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu.
Penyusuan ibu dan jalinan ibu dan anak
Seramai 20% wanita mengalami masalah kemurungan atau tekanan pasca bersalin (meroyan). Jika ibu menjalinkan hubungan dengan bayi dari awal, tekanan ini dapat dikurangkan.
Jalinan ini tak terhenti apabila anda berhenti menyusukan anak. Malah ia akan dikuatkan lagi apabila anak semakin membesar.
Penyusuan ibu juga boleh mengundang stress
Kita sedar menyusu badan tak selalunya datang secara semula jadi. Kadang-kadang ia akan buat kita stress.
Ada masanya apabila bayi menangis selepas menyusu, anda risau jika mereka tak dapat susu yang cukup atau kadang-kadang anda rasa seperti tak cukup.
Atau semasa bayi menggigit dan mencederakan puting yang membuatkan anda sakit semasa menyusukan mereka.
Penyusuan bayi secara konsisten juga boleh memberi kesan kepada nutrisi ibu serta masa tidur.
Semua perkara ini kalau digabungkan boleh buat beberapa ibu berhenti menyusu. Tapi ada juga yang tetap teruskan dan perkara ini bukan lagi gangguan pada mereka.
Untuk ibu yang berhenti menyusu, ini tak buatkan anda seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Anda tetap seorang ibu.
Apa yang kami cuba sampaikan mungkin adalah, menyusu berikan kelebihan yang banyak pada anda. Jika anda teruskan penyusuan lebih dari 24 bulan, ia akan terus memberikan kelebihan pada anda dan bayi.
Jika anda mempunyai masalah untuk menyusukan anak, anda boleh berbincang dengan pakar atau ibu yang berpengalaman.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Anay Bhalerao. Diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian