TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia

4 min bacaan
Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia

Inisiatif kerjasama Fakulti Pergigian Universiti MAHSA dan MYDIN Prihatin menyasarkan komuniti B40 merangkumi pengedaran 60,000 kit ubat gigi

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2023 – Pepsodent, jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga pada hari ini telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40 di Lembah Klang melalui kempen 2-2-10 di PPR Lembah Subang.

Jenama ini telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan matlamat untuk melengkapkan isi rumah B40 (kumpulan berpendapatan rendah) dengan maklumat dan alat untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia
Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Malaysia 2019, prevalens terhadap kaviti dan karies gigi kekal tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kesedaran kesihatan gigi.

Kempen di lapangan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan kebersihan mulut telah dikonsepkan dan dilancarkan oleh Unilever International – rakan kongsi unit perniagaan global Unilever.

‘Pepsodent 2-2-10’ adalah berdasarkan tindakan mudah memberus gigi dengan ubat gigi yang betul berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan, iaitu 2 minit setiap kali, 2 kali sehari untuk mendapatkan gigi yang 10 kali lebih kuat.

“Sebagai jenama penjagaan mulut yang dipercayai keluarga, Pepsodent percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada produk penjagaan mulut yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Kempen 2-2-10 bertujuan untuk menyemai kepentingan asas kebersihan pergigian dan langkah mudah untuk mengamalkannya dengan berkesan.

Bersama rakan kongsi kami MAHSA dan MYDIN Prihatin, kami komited untuk menyampaikan mesej pendidikan dan amalan penjagaan mulut yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa diutamakan.

Tujuan Unilever International untuk ‘berkhidmat kepada yang terabai’ adalah selaras dengan kempen ini iaitu demi mendidik dan memperkasakan komuniti yang terabai tentang kepentingan kebersihan mulut.” kata Nitin Agarwal, Ketua Pegawai Pemasaran, Unilever International.

Sekolah Pergigian MAHSA dan para pelajarnya menyediakan pakar penjagaan gigi mereka untuk kempen ini. Sebagai salah satu sekolah pergigian yang terkemuka di Malaysia, MAHSA komited untuk menyediakan dan mengekalkan standard kesihatan mulut yang optimum buat masyarakat.

Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim, dekan fakulti pergigian di MAHSA berkata, “Fakulti Pergigian MAHSA komited untuk memberi pendedahan kepada pelajar kami berkenaan peluang dalam sains pergigian. Oleh itu, kami gembira apabila Pepsodent menghubungi kami untuk sama-sama berganding bahu.

Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia

Kami percaya bahawa semua rakyat Malaysia bukan sahaja seharusnya mempunyai akses kepada penyelesaian penjagaan gigi yang betul tetapi mereka juga perlu menyedari kepentingan pendidikan dan amalan kesihatan gigi yang baik.

Melalui penyertaan pelajar kami dalam kempen ini, kami bukan sahaja dapat memberi mereka peluang praktikal dalam merawat pesakit dengan amalan penjagaan mulut yang mudah tetapi juga membantu mereka menangani cabaran kehidupan sebenar dalam pendidikan kesihatan pergigian awam.”

Kempen ini disokong oleh MYDIN Prihatin, cabang CSR Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN). Melalui gandingan ini, Pepsodent menyasarkan untuk mengedarkan 60,000 kit ubat gigi kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia. 

“Apabila kami mengetahui rancangan Pepsodent untuk mengaktifkan kempen ini, kami tidak sabar-sabar untuk turut sama berganding bahu. MYDIN Prihatin ditubuhkan atas premis membantu rakyat Malaysia menjaga sesama rakyat Malaysia.

Bersama Pepsodent dan melalui rangkaian MYDIN Prihatin, kami berharap komuniti B40 di seluruh Malaysia dapat memiliki asas kebersihan pergigian yang lebih kukuh dan amalan kesihatan mulut yang betul,” kata Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Selain pengagihan kit penjagaan mulut kepada orang ramai, pengaktifan kempen ini turut merangkumi pemeriksaan dan rundingan kesihatan pergigian, demonstrasi memberus gigi setiap jam serta pengedaran kit ubat gigi.

Kempen ini juga akan diaktifkan di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak. Kit ubat gigi dan maklumat petua penjagaan gigi yang mudah akan diedarkan lagi oleh inisiatif MYDIN Prihatin. 

Pepsodent ialah ubat gigi yang dipercayai keluarga, disahkan halal serta sesuai untuk semua peringkat umur.

Ia mengandungi Mikro Kalsium Aktif dan Pro-Fluoride Kompleks untuk membaiki lubang kecil yang tidak kelihatan seterusnya membentuk kaviti dengan mencipta lapisan perlindungan untuk mencapai gigi 10 kali lebih kuat.

Ubat gigi Pepsodent boleh didapati dalam pek 225gx2 di semua pasar raya dan pasar raya besar dengan harga RSP RM 9.60.

Stories Rakan Kongsi
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
8 awesome ideas to keep your child busy
8 awesome ideas to keep your child busy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham