Peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak yang bijak dan berakhlak

lead image

Peranan ibu bapa dalam membesarkan anak bermula sebaik sahaja si kecil dilahirkan. Jika anda masih keliru tentang tanggungjawab sebagai ibu ayah, artikel ini untuk anda.

Institusi kekeluargaan adalah antara unit penting dalam kehidupan bermasyarakat. Melahirkan anak adalah satu permulaan kepada perjalanan hidup si kecil yang panjang. Apakah peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak?

Adakah cukup sekadar menyediakan pakaian, makanan dan pendidikan? Mungkin ada ibu bapa baru yang masih keliru tentang tanggungjawab mereka sebagai ibu ayah.

Peranan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu tentang kepentingan ibu bapa dalam membesarkan dan mengasuh anak-anak.

peranan ibu bapa, peranan ibu bapa dalam keluarga

Kredit: Ox.ca.uk

Ia sangatlah penting sehingga menjadi faktor utama pembentukan manusia dalam diri anak anda! Antara tugas asas seorang ibu ayah adalah:

  • Menjaga keperluan anak kecil
  • Memberi pendidikan
  • Mendisiplinkan anak
  • Menyediakan rumah dan tempat perlindungan
  • Menanggung dari segi kewangan

Sorang ibu dan ayah yang baik akan sentiasa terlibat aktif dalam segala hal anak-anak dan ini akhirnya akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan tumbesaran anak anda.

8 peranan aktif seorang ibu dan ayah dalam hidup anak

1. Menjaga keperluan biologikal anak

Tugas utama seorang ibu bapa adalah menjaga keperluan biologikal anak. Apakah itu keperluan biologikal?

Ia adalah keperluan paling asas seorang manusia seperti memberi makan, menjaga kesihatan, dan menjamin keselamatan anak. 

2. Menyediakan persekitaran yang sihat

peranan ibu bapa, peranan ibu bapa dalam keluarga

Kredit: Fineartamerica.com

Sebagai ibu ayah, kita juga perlu menyediakan persekitaran yang optimum untuk anak-anak. Rumah yang kita sediakan perlulah dapat menyokong keperluan fizikal dan emosi.

Rumah yang dihuni oleh anak juga perlu penuh dengan rasa kasih sayang dan positiviti. Ia juga perlu menjadi satu ruang yang membolehkan si kecil meneroka dan belajar perkara baru secara selamat.

3. Memberi perlindungan

Antara peranan ibu ayah adalah kita perlu melindungi anak kita sama ada secara langsung (dengan berada di sisi mereka, jauh dari bahaya) atau mengajar mereka tentang apa yang selamat dan tidak.

Anda tidak akan selalu berada di sisinya, jadi amat penting untuk si kecil anda tahu bagaimana untuk menjaga keselamatan diri dengan baik ketika berada di luar.

4. Asuh dan didik anak

Untuk menghasilkan anak yang sihat, bijak dan berakhlak, tugas kita sebagai ibu ayah bukan sekadar memberikan makan minum, tempat tinggal dan perlindungan.

Antara gol utama ibu ayah adalah untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk si kecil. Ia bukan sekadar menghantar anak ke sekolah yang bagus, tetapi juga turut mengambil bahagian dalam membentuk adab dan tingkah laku anak.

Dalam fasa mendidik anak, penting untuk kita menjadi role model yang terbaik untuk mereka ikuti. Pupuk dalam diri mereka sifat murni. Dedahkan diri mereka dengan aktiviti masyarakat.

Sifat baik hati, jujur, empati, tanggungjawab, berdisiplin, beraklak mulia – semua ini perlu ada dalam diri setiap insan.

5. Menjadi penjaga yang sering membantu

peranan ibu bapa, peranan ibu bapa dalam keluarga

Kredit: Sofra.al

Ambil masa untuk duduk bersama anak dan dengar cerita darinya. Antara peranan ibu bapa adalah memberikan panduan dan tunjuk arah dalam kehidupan.

Sentiasalah memberikan nasihat jika mereka memintanya. Sentiasalah menegur jika mereka berbuat silap. Ajar mereka agama yang dapat dijadikan panduan hidup.

6. Menyokong dan memberi motivasi

Jika anda mahu anak menjadi seorang insan yang bijak dan berakhlak, anda perlu sentiasa memberikan motivasi kepada si kecil.

Sokongan dan dorongan anda akan membantu memberikan keyakinan diri dan kekuatan untuk anak menempuhi apa sahaja cabaran dalam hidupnya.

Yang paling penting, anda perlu terima setiap kejayaan dan kegagalan yang dialami olehnya. Teruskan memberi kata-kata positif dan jangan sekali-kali menyerang peribadinya dengan perkataan negatif.

7. Memupuk perkembangan emosi

Berapa ramai orang dewasa kini yang kita lihat tidak stabil dari segi emosi? Semuanya bermula dari kecil. Amat penting untuk kita sedar yang peranan ibu bapa turut melibatkan pendidikan emosi pada anak-anak.

Setiap anak itu unik dan hanya kita ibu ayah yang mengenali anak kita. Ajar mereka untuk meluahkan perasaan.

Carilah jalan untuk sentiasa menyokong emosi mereka. Kata-kata yang penuh kasih sayang, tenang, pujian, dan galakan, semua itu diperlukan oleh anak anda.

8. Disiplin dengan cara yang betul

peranan ibu bapa, peranan ibu bapa dalam keluarga

Kredit: Rediff.com

Kita sering berkata yang zaman dahulu dan sekarang berbeza. Cara mendisiplinkan anak juga sudah berubah. Plihlah cara disiplin yang betul dan sesuai untuk anak anda.

Pendekatan lembut dengan penjelasan selalunya sudah cukup untuk membentuk disiplin anak anda. Ya, sudah pasti, ada beberapa perkara yang dibenarkan ketegasan. Yang penting, cari jalan seimbang.

Curahkan kasih sayang dan berikan didikan, anak akan membesar dengan baik

Diharapkan perkongsian di atas akan memberikan kita gambaran secara jelas tentang peranan ibu bapa. Ya, ia bukannya tugasan yang mudah. Tetapi, percayalah, akan ada manfaat yang kita perolehi apabila mereka sudah dewasa nanti.

Nikmati perjalanan keibubapaan ini dan semoga anda terus berbahagia di samping keluarga tercinta!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Lifecho.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner