6 Perkara Ibu Bapa Di Malaysia Akan Sentiasa Risau Tentang Anak - Adakah Anda Pun Sama?

Peranan ibu bapa adalah untuk sentiasa memastikan yang terbaik buat anak-anak. Sebab itu ibu bapa selalu risau tentang 6 perkara ini. Betul tak? Ibu bapa setuju?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pepatah mengatakan ibu bapa ini umpama malaikat yang diletakkan di muka Bumi untuk menjaga anak-anaknya. Mereka memainkan pelbagai peranan utama dalam hidup anak termasuk memegang peranan ibu bapa mendidik anak, peranan ibu bapa membekalkan rumah dan makanan serta mengajar anak menjadi pandai.

Tidak kira betapa susahnya, seorang ibu bapa terpaksa bergelut secara fizikal, mental mahupun emosi, mereka akan mencuba sehabis baik untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak. Sebab itu mereka tidak berhenti risau tentang 6 perkara ini pada anak-anak.

Cuba anda lihat, anda setuju tak dengan senarai kami ini? Kalau bukan anda salah seorang ibu bapa yang selalu risau itu, mungkin ibu bapa anda, kan? 

#1: Risau anak tiada duit

Kredit: Rileklah

Setelah menggalas tanggungjawab ini, peranan ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pilihan yang terbaik.

Sebab itu ibu bapa juga seolah-olah ada sixth sense yang mampu tahu jika anak ada duit atau tidak. Kadang-kadang, tanpa tanya pun, mereka boleh bagi kita sedikit duit!

Selain itu, peranan ibu bapa mendidik anak tentang kewangan juga penting. Mereka perlu tahu nilai sesuatu barang agar barang tersebut dapat dijaga dan dihargai sebaik mungkin. Mereka juga perlu diajar cara menabung dan cara berjimat cermat.

Tidak salah untuk ajar anak lebih awal tentang wang. Yang penting kena dengan caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2: Risau anak cukup makan atau tidak

Kalau anda masih menyusu anak, pasti anda akan risau adakah susu badan anda cukup atau tidak? Kalau anak sudah besar sikit, anda risau beratnya tidak naik dan anak cerewet makan.

Apabila anak makin membesar, makin anda risau sama ada anak akan cukup makan atau tidak. Sampaikan anda sangguplah bungkuskan makanan untuk mereka kelak. Ada tak yang buat begini?

Atau mungkin ibu anda pernah buat begini juga?

#3: Risau tentang keselamatan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: mStar

Ibu bapa mana yang tidak risau dengan keselamatan anak-anak. Itulah salah satu peranan ibu bapa mendidik anak tentang bagaimana untuk lindungi diri sendiri amat penting.

Walaupun anak baru jalan ke depan itu saja, macam-macam kita cuba untuk memastikan keselamatannya. 

Tambah-tambah lagi dalam situasi sekarang. Walaupun anak nampak sangat bosan duduk di rumah (lagi-lagi jika dia anak tunggal!) namun demi keselamatan dan kesihatannya, kita harus pastikan mereka sentiasa selamat.

#4: Jam pukul berapa sekarang? Pukul berapa nak balik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dulu ibu bapa kita asyik risau pukul berapa anda akan balik dari melepak, sekarang cuba anda jadi ibu bapa pula.

Pasti anda tidak lari daripada risau tentang hal ini, kan? Sebenarnya, peranan ibu bapa memang untuk memastikan anak-anak selamat. Sebab itu mereka risau kalau kita tak balik rumah lagi.

#5: Kenal kawan-kawan anak

Kredit: Rudy Hartono/Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kawan-kawan anak adalah pengaruh yang kedua terbesar selain ibu bapa. Jadi sebab itu ibu bapa akan selalu risau dan bertanya tentang kawan-kawan kita. 

Mak saya sampai hafal lah nama-nama kawan saya! Semua dia kenal. 

Lagi-lagi sekarang anak-anak tidak kira usia sudah mula pandai menggunakan telefon pintar dan laman sosial. Walaupun mereka cuba sorok daripada ibu bapa, namun kita pasti akan terjumpa juga kan?

Jadi, tak salah untuk tanya pada mereka tentang kawan-kawan dalam talian ini. Sekarang ini, banyak dark side accounts berpura-pura sama usia dengan anak, sedangkan mereka pedophile!

Seramnya!

#6: Baju apa yang dipakai kita

Pakai baju lainlah. Baju ini nampak selekeh sungguh! Nanti orang ingat mak tak mampu bela kamu.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ibu anda cakap begini? Ha… jadi ibu bapa memang menggalas sekali tanggungjawab sebagai pemantau fesyen anda. Mereka risau apa yang orang akan cakap berdasarkan baju yang anda pakai.

Akan tetapi, apabila anak sudah menginjak usia yang lebih tua, elak membebel dengan kasar. Sebaliknya guna  reverse psychology untuk tegur penampilan mereka. Ya tidak salah sekalipun untuk mereka bergaya bebas, namun perlu ada batasanya.

Artikel ini diterjemah dari World of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!

Penulis

Ayu Idris