Dalam mengharungi kehidupan berumahtangga pastinya suami berhadapan dengan kekeliruan dalam memahami perangai perempuan yang dicintai.
Hubungan yang bahagia tidak akan terlepas dari sebarang pertengkaran atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.
Perangai perempuan sukar diramal
Kebiasaannya, orang yang akan tersentuh hati dan cepat merajuk adalah isteri kerana lumrah semua wanita di atas dunia ini dijadikan Allah begitu unik dengan emosi mereka mudah terganggu.
Hal ini sekaligus turut membuatkan isteri menjadi sangat sensitif biarpun berhadapan dengan kesilapan kecil yang dilakukan oleh suami.
Boleh jadi dia marah dan kadang-kadang menangis tanpa sebab. Kemudian, airmata yang hilang akan diganti dengan senyuman manis dari wajahnya.
#1. Isteri hanya perlukan perhatian suami
Perangai perempuan yang pelik sebenarnya mungkin berpunca akibat anda tidak meluangkan masa untuk bersamanya.
Tanya semula diri anda, pernahkah anda menjadi pendengar yang baik ketika isteri meluahkan perasaan atau tekanan yang dihadapi seharian?
Sekiranya ketika isteri datang dekat dengan anda, mereka sebenarnya ingin anda memahami bahawa tugas seorang isteri dan ibu adalah perkara yang cukup mencabar.
Sifat semulajadi perangai wanita adalah mahu merasa dihargai setiap waktu. Namun, jika anda tidak menghiraukannya, faham sahaja kenapa isteri sering bermasam muka dan merajuk.
#2. Isteri ingin waktu bersama
Sebagai suami yang baik anda perlu meluangkan masa untuk isteri.
Pada waktu ini, cubalah untuk memahami setiap perkara yang dikongsikan biarpun ia hanyalah sekadar keluhan biasa.
Sebelum tidur, pastikan anda dan isteri mengadakan sesi pillow talk agar dirinya tidak terasa seperti diabaikan kerana kesibukan waktu siang anda dengan pelbagai tugasan pejabat.
Jika anda mendapati perangai wanita tercinta anda menunjukkan sedikit perubahan, luangkan waktu bersama sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari tanpa gangguan dari anak-anak ataupun telefon bimbit.
Tindakan ini sebenarnya memberikan impak yang cukup besar dalam mengembalikan kemesraan dalam berumah tangga.
#3. Suka suami yang tenang
Dalam berhadapan dengan situasi yang rumit, seorang isteri amat menghargai suami yang mampu mengawal emosi dan berfikiran terbuka untuk mencari jalan penyelesaian tanpa meninggikan suara.
Sebenarnya, rupa paras yang kacak tidak menjamin apa-apa sekiranya anda tidak mampu mengawal keadaan agar segalanya berjalan dengan baik.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim. ‘Halim’ bermaksud “sabar”, iaitu anda tidak cepat marah ketika isteri kurang akal ketika dirinya sedang marah.
Dalam hal ini, jika kesabaran yang dipraktikkan dalam setiap perjalanan hidup, maka andalah suami yang paling terbaik mendampingi isteri.
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan jangan ambil hati. Anggap sahaja mereka ingin melepaskan perasaan terpendam yang mengganggu emosi sekian lama.
#4. Suami yang kuat
Perangai perempuan yang lain adalah mereka sukakan suami yang memiliki kekuatan fizikal dan mental. Ia tidak bermakna anda perlu memukul orang lain yang melakukan kesilapan tanpa sebarang perbincangan.
Kekuatan yang sebenarnya adalah anda mampu sentiasa bersabar, mampu mendengar luahan isteri, tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang datang.
Justeru, buktikan kepada isteri bahawa anda sentiasa berada disisinya setiap waktu dan sedia menemani isteri ketika dia memerlukan bantuan.
#5. Wanita suka lelaki yang kurangkan ego