Resepi Perapan Ayam Bakar Lazat Untuk Ibu Berpantang, Tidak Berminyak & Berkhasiat

Ibu berpantang mungkin sudah muak makan lauk sama saja kan? Apa kata cuba resepi perapan ayam bakar ini yang confirm boleh buka selera ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semestinya semasa berpantang ibu tidak boleh makan yang sedap-sedapkan? Apa yang penting ia tidak menyebabkan alahan kepada ibu dan bayi. Di sini dikongsikan 5 resepi perapan ayam bakar untuk ibu berpantang.

Semua resepi di sini mudah saja, malah suami yang tak pernah masuk dapur pun boleh sediakannya. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati.

Ia juga penuh khasiat yang diperlukan oleh ibu berpantang malah boleh dinikmati seisi keluarga juga kerana rasanya yang sedap dan menyelerakan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resipi perapan ayam bakar berbeza
  • Kelebihan ayam bakar untuk wanita berpantang

Perapan ayam bakar sesuai untuk ibu berpantang

Ayam bakar antara menu popular yang dinikmati ramai ibu berpantang kerana ia tidak berminyak selain biasanya diperap dengan bahan perapan yang sesuai untuk mereka.

Setiap menu perapan ayam bakar ini ada keunikannya yang tersendiri yang pasti boleh membuka selera ibu yang sedang berpantang. Bolehlah ibu berpantang masukkan dalam senarai menu untuk dicuba nanti ya!

#1. Perapan ayam bakar cepat dan mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini dikongsikan cintanansari.blogspot

Bahan-bahan:

  • Peha ayam / Kepak ayam / Dada ayam (suka hati ikut ibu pantang suka)
  • Serbuk kari
  • Garam
  • lada hitam (ditumbuk)
  • kunyit (ditumbuk)
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Lengkuas (ditumbuk)
  • Gaul sebati dan perap dalam 1-2 jam

Cara-cara:

  1. Masak banyak-banyak nanti senang nak makan boleh panaskan saja. Biarkan kulit sebab itu minyak semulajadi (kita tak pakai minyak).
  2. Masukkan dalam non-stick pan or magic pan, panas yang medium dan bakarkan ayam tadi sehingga masak.

#2. Ayam bakar berpantang

Perapan ayam bakar berpantang ini dikongsikan mymanismulut.blogspot

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1.5 kg Ayam
  • 2 inci Halia
  • 1 inci Kunyit hidup
  • 4 biji Bawang besar
  • 1 sudu besar Lada hitam
  • 2 batang Serai
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Blend halus semua bahan-bahan diatas dan lumurkan pada ayam. Perap ayam selama 2 hingga 3 jam.
  2. Masukkan dalam bekas yang boleh dibakar dan tutup rapat dengan foil. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
  3. Makan bersama nasi panas-panas dan sayur sawi rebus. Sawi ni bagus untuk menambahkan susu badan..

#3. Ayam panggang halia

Perapan ayam bakar halia ini dikongsikan hasyanaurah.com

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bahan tumbuk
    1 inci halia
    1 inci lengkuas
    1/2 biji bawang besar
    1 sudu lada hitam
    Garam
    Gula
  • Bahan lain
    Ayam
    Kunyit

Cara-cara:

  1. Tumbuk halus kesemua bahan tumbuk, dan sapukan pada ayam
  2. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Perapkan selama 30 minit.
  3. Kemudian panggang menggunakan non stick pan. Sedia dihidang bersama nasi panas

#4. Ayam panggang basah

Resepi ini dikongsikan suricergas.blogspot

Bahan-bahan: 

  • 500g ayam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1sudu kecil jintan manis
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam
  • 2 inci halia
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Kisarkan halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan bawang merah
  2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 1 jam
  3. Panggang ayam sehingga masak
  4. Tumis lebihan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau
  5. Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garam secukup rasa
  6. Tambah air dan biarkan mendidih, kemudian curahkan ke atas ayam panggang tadi.

#5. Ayam panggang bermadu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang dalam pantang pun boleh makan madu. Jom lihat resepi dari wanie-theatozofmylife

  • Paha dan kepak ayam – sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal lembap selepas dipanggang
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 1 inci kunyit hidup ditumbuk halus
  • Sesudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • Sesudu besar sos tiram
  • Sesudu besar madu
  • Sesudu besar kicap manis
  • Garam
  • Sedikit majerin 

Cara-cara:

  1. Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam.
  2. Perap isi ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Panaskan kuali pemanggang dan sapu sedikit marjerin sebelum memanggang.
  4. Panggang ayam sehingga ayam masak. Hidangkan. 

Mengapa ayam bagus untuk wanita berpantang?

1.Kaya dengan protein

Protein dapat membantu tubuh untuk membaiki dan membina tisu yang lebih kuat dan pengambilan ayam amat digalakkan untuk ibu yang bersalin secara c-zer. Ini kerana ia membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Malah, ayam tanpa lemak sebagai sumber protein juga dapat membantu mengurangkan keradangan. Ayam juga kaya dengan antioksidan, rendah kolestrol serta sumber utama vitamin B dan E.

2. Tambah susu badan

Sumber protein yang baik seperti ayam bagus untuk penyusuan. Satu hidangan 3.5 auns ayam mengandungi 0.32 mikrogram vitamin B12 atau 11% daripada keperluan harian yang disyorkan untuk wanita menyusu. Pemakanan ibu penting bagi mengekalkan tahap nutrisi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Bagus untuk perkembangan otak bayi

Ayam mengandungi kolin iaitu nutrisi yang penting untuk membantu perkembangan otak dan memori bayi. Malah ia juga kaya dengan niasin atau vitamin B3 yang dapat merangsang perkembangan otak dan memastikan otak bayi anda sentiasa sihat dan stabil.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Penulis

Lala Annuar