Jelas Nampak Bahagia, Suami Himpun 4 Orang Isteri & Anak-Anak Untuk Saling Bermaafan

Perasaan suami yang berpoligami tentu sahaja sangat bahagia apabila melihat empat orang bidadarinya berhimpun dan saling bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk melalui kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi jika lelaki memiliki ramai isteri. Sekali tersilap membuat percaturan, perasaan suami yang berpoligami mungkin tidak bahagia bahkan hanya bertambah stres.

Meskipun poligami digalakkan dan sah di sisi syarak, namun kebanyakan wanita tidak sanggup hidup bermadu serta berkongsi kasih dengan wanita lain. Sebab itulah ada yang seteru dan bermusuh dengan perkataan poligami.

Perasaan suami yang berpoligami bahagia apabila isteri-isteri berbaik

Sebenarnya tidak semua wanita menolak untuk bermadu kerana ada juga yang berhati mulia, sentiasa positiff dan menerima takdir jodohnya bersama suami serta anak-anak.

Jika ketua keluarga bijak ‘mengemudi’ isteri-isteri dengan adil dan aman, memiliki sebuah keluarga besar adalah satu anugerah yang tidak terhingga.

Kisah benar ini dilalui oleh seorang lelaki, difahamkan dia memiliki empat orang isteri yang berjaya hidup bahagia bersama 15 orang anak.

Sewaktu seluruh umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri pada 13 Mei yang lalu, ketua keluarga berkenaan yang dikenali sebagai Mohamad Fazil melalui akaun Instagram miliknya @hamba_775 telah berkongsi video menunjukkan momen indah beberapa keping gambar yang diambil bersama 4 orang isterinya.

Difahamkan dia mengambil kesempatan ini menghimpunkan isteri dan 15 orang anaknya berusia dari 20 tahun dan paling muda 1 bulan di rumah mereka untuk saling bermaafan.

Dia juga sempat memuat naik video tersebut dengan kapsyen ‘bidadari syurgaku..’. Lebih membanggakan isteri paling tua, Harlinda juga dilihat menyambut tangan tiga lagi madunya yang ingin memohon maaf serta mendapatkan restu daripadanya.

Allah beruntungnya.. ini adalah bukti kehebatan seorang lelaki yang memegang amanah sebagai ketua keluarga apabila dia berjaya menyatukan empat orang isteri ketika pagi Aidilfitri.

Fazil turut berkongsi video ketika sesi memberi duit raya kepada empat bidadarinya. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka yang ikhlas menerima takdir untuk hidup poligami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengelakkan isu tidak adil, dia sengaja mengira duit raya di hadapan isteri-isteri agar tidak timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan mereka. 

Perasaan suami yang berpoligami tidak boleh ikut nafsu, hendaklah mengikut prosedur tertentu

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap lelaki yang normal sememangnya menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu meskipun dia belum pernah diuji dengan perkahwinan.

Sebenarnya keharusan untuk berpoligami dalam Islam diberikan kepada pasangan yang berdepan beberapa masalah dengan perkahwinan yang sedia ada seperti:

  • Sakit
  • Kemandulan
  • Gila 
  • Keinginan seksual suami terlalu tinggi hingga isteri tidak mampu memenuhinya

Menurut penjelasan oleh Peguam Syariah, Fakhrul Azman Abu Hasan, meskipun pernikahan poligami ini tidak memerlukan kebenaran isteri, namun suami hendaklah mendapatkan kebenaran mahkamah.

Prosedur ini adalah seragam di Mahkamah Syariah di negeri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Apabila memohon kebenaran mahkamah, kita akan memfailkan satu permohonan poligami, manakala defendan dalam kes ini ialah isteri pertama. Ini secara tidak langsung isteri pertama dimaklumkan mengenai permohonan poligami berkenaan,” katanya.

Suami perlu membuktikan dia mampu berpoligami

credit to sources

Menurut Fakhrul, ini antara sebab utama ramai suami memilih berkahwin di luar negara kerana undang-undang syariah menetapkan mereka perlu membuktikan diri mampu untuk poligami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada peringkat inilah banyak terjadi kes kejar-mengejar (bagi suami yang tidak mampu). Duit bulanan kereta dan rumah dibayar secara kongsi dengan isteri juga sering menyebabkan permohonan poligami tidak diluluskan.

Selain kemampuan untuk berkahwin lagi, mahkamah turut melihat kriteria lain seperti masalah isteri pertama mengalami kemurungan atau tekanan emosi disebabkan hal tersebut.

Kesimpulannya, Islam tidak menyuruh untuk berkahwin lebih daripada seorang tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Perkahwinan adalah ibadah dan suatu bentuk kasih sayang.

Sebelum berpoligami, setiap lelaki hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama agar tidak gagal dan menyakitkan hati mana-mana isteri pada kemudian hari. Ia hendaklah mengikuti sunnah sepertimana diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sumber: Kita Reporters

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walaupun Majoriti Beragama Islam, Negara Ini MENOLAK Suami Yang Ingin Poligami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan