Perbezaan dulu dan kini, susah nak nampak budak-budak bermain di luar rumah. Kalau ada pun, mungkin sekadar bermain gelongsor atau buaian di taman permainan. Kebanyakan mereka lebih gemar main telefon, seolah-olah benda paling penting dalam hidup.
Berbanding budak-budak zaman 80-an dan 90-an, masa mereka lebih banyak dihabiskan di luar rumah, berlari, melompat dan bermain tanpa peduli cuaca panas terik atau lapar, asalkan seronok.
Hari ini, ramai ibu bapa cepat sahaja menghulurkan telefon apabila anak mula merengek. Mungkin ini cara mudah untuk menenangkan atau mengalih perhatian mereka.
Namun, kebiasaan ini boleh membawa kesan buruk jika anak-anak dibiar menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan telefon.
Perbezaan Dulu dan Kini, Kanak-Kanak Suka Duduk Di Rumah
Sebagai ibu ayah, memang ada sebab untuk kita risau. Terlalu banyak masa di depan skrin boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan otak kanak-kanak.
Anak-anak mungkin terlalu bergantung pada dan tidak pandai mencari keseronokan dengan cara lain dan sukar mengurus emosi sendiri.
Kurangnya pendedahan kepada aktiviti dunia nyata boleh menjejaskan kreativiti mereka dan kemampuan menyelesaikan masalah.
Selain itu, daya imaginasi yang penting untuk perkembangan otak juga terjejas. Terlalu banyak multitasking dengan telefon merosakkan tumpuan, ingatan dan kemampuan berfikir mereka.
Lebih membimbangkan, tabiat ini turut memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal. Kurang aktiviti fizikal meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, serta masalah otot dan tulang.
Seorang profesor dari Universiti New York turut menyuarakan kebimbangan ini.
Menurutnya, terlalu bergantung pada telefon sejak kecil menyebabkan generasi muda semakin lemah dari segi kesihatan, sekali gus menghalang mereka mencapai kejayaan di masa dewasa.
“Biarkan kanak-kanak melalui fasa perkembangan otak yang kritikal sebelum mereka terdedah kepada pengaruh sosial media. Jangan benarkan mereka membesar di bawah pengaruh media sosial kerana risikonya terlalu besar,” katanya.
Kita sendiri pun sudah jarang membiarkan anak-anak bermain di luar. Jika dahulu, dari era 80-an hingga 2010, kanak-kanak bebas bermain dengan rakan-rakan, kini ia semakin berkurang.
Salah satunya mungkin disebabkan faktor keselamatan dan kesibukan ibu ayah yang terpaksa bekerja untuk kelangsungan hidup.
Disebabkan itulah, kanak-kanak lebih tertarik dengan telefon bimbit menjadikan tugas ibu ayah dalam mendidik anak-anak lebih mencabar dengan internet di hujung jari.
View this post on Instagram
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perbezaan Zaman Kanak-Kanak Dahulu & Sekarang Yang Dilalui Ketika Membesar
Baca juga: Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Tapi Mak Sekarang Anak Dua Pun Sudah Kecoh?
Baca juga: Ini Tips Bagaimana Orang Jepun Ajar Anak Jadi Pandai, Ibu Ayah WAJIB Baca