X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?

3 min bacaan
Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?

Tahukah anda yang pendidikan awal kanak-kanak ada 2 jenis? Tadika dan taska tak sama, ya! Jom ketahui mana yang sesuai untuk anak anda.

Pendidikan awal kanak-kanak kini semakin popular, dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska walaupun hanya berusia beberapa bulan.
 
Tetapi setiap tahun ibu bapa baru selalu keliru mendengar istilah seperti “tadika“, “taska”, “nursery“, “pusat jagaan kanak-kanak” dan sebagainya.
 
Mana satu yang sesuai untuk anak? Mari kita bincangkan.

Jenis Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan tidak rasmi untuk kanak-kanak kecil di bawah umur 6 tahun. 

Di Malaysia, terdapat 2 jenis pendidikan awal kanak-kanak dengan tujuan menyediakan kanak-kanak kecil dengan pengetahuan asas sebelum memulakan pendidikan rasmi apabila masuk Tahun 1 di sekolah. 

Pendidikan awal kanak-kanak tersebut adalah:

  1. Taska, nurseri atau pusat penjagaan
  2. Tadika

Apakah perbezaan kedua-dua pendidikan awal ini?

1 – Taska/Nursery/Pusat Penjagaan Kanak-kanak

Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. Sumber gambar: Jabatan Kemajuan Masyarakat

  • “Taska” adalah kata singkat untuk taman asuhan kanak-kanak.
  • Menjaga kanak-kanak sejak bayi hingga 4 tahun apabila ibu bapa bekerja.
  • Mungkin menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak disamping penjagaan biasa.
  • Taska di rumah: kurang dari 10 kanak-kanak. Taska di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua penjaga kanak-kanak wajib menjalankan kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setiap pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MWFCD).

MWFCD bertanggungjawab ke atas kelulusan dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia.

JKM pula berfungsi sebagai pengawal dan penyelaras utama program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE ).

Walaubagaimanapun, tiada garis panduan kurikulum khusus untuk mereka yang menyediakan perkhimatan ini.

Oleh itu, ia adalah sangat penting ibu bapa selidik dahulu dan jangan terburu-buru apabila memilih pusat jagaan kanak-kanak untuk anak.

2 – Tadika/Kindergarten/Preschool

Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?

Sumber gambar: Yati Yusof

  • “Tadika” adalah kata singkat untuk taman didikan kanak-kanak
  • Ia juga dikenali sebagai kindergarten atau preschool dalam Bahasa Inggeris. 
  • Kanak-kanak yang diterima berumur antara 4 hingga 6 tahun.
  • Menyediakan aktiviti pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran.
  • Kanak-kanak juga boleh belajar untuk berkomunikasi, bersosial dan pelbagai aktiviti yang positif.
  • Tiada sekatan jenis bahasa yang digunakan; Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.
  • Bahasa kebangsaan mesti diajar sebagai subjek.
  • Dijalankan di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua guru yang mengajar di prasekolah dilatih dan disahkan dengan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Perguruan. Kebanyakan mereka mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Mungkin juga menyediakan perkhidmatan pusat jagaan harian terutama untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja

Tadika, kindergarten dan preschool adalah di bawah jagaan 3 kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan Jabatan Perpaduan Negara.

Pada tahun 2003, KPM telahpun menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu diikut oleh semua sekolah prasekolah.

Kurikulum ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak.

Program tambahan yang ditawarkan oleh prasekolah mesti diluluskan oleh KPM terlebih dahulu.

*****

Pendidikan awal adalah penting memandangkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti prasekolah di seluruh Malaysia.

Kanak-kanak adalah pengganti kita untuk masa depan. Oleh itu, mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang mereka.

Setiap kanak-kanak adalah unik, dan ia adalah tugas ibu bapa untuk memilih prasekolah yang seusai untuk memenuhi keperluan anak mereka.

Sumber: kiddy123

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Kanak-kanak tadika dengan pendidikan sosial yang baik lebih kecenderungan jadi orang dewasa yang berjaya!

Stories Rakan Kongsi
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • Ibu Bapa Tahu Apakah Perbezaan Penting Antara Tadika Dan Taska?
Kongsikan:
  • Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

    Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

  • Sebenarnya Ini 5 Tanggungjawab Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Taska

    Sebenarnya Ini 5 Tanggungjawab Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Taska

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

    Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

  • Sebenarnya Ini 5 Tanggungjawab Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Taska

    Sebenarnya Ini 5 Tanggungjawab Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Taska

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.