Bila Anak Bercakap Ibu Jangan Percayakan 100%, Selidiklah Dahulu Sebelum Bertindak

Percakapan anak yang sedang membesar hendaklah diselidik terlebih dahulu, ibu ayah jangan percayakan mereka sepenuhnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang sedang membesar perlu diajar dengan nilai-nilai murni sejak dari kecil agar mereka tahu ada batasnya dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak hanya membentuk peribadi yang baik, ibu ayah juga berperanan dalam memantau percakapan anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Nilai dan teliti percakapan anak sebelum bertindak
  • Pentingnya mendalami percakapan anak dan berhemah dalam setiap perkara
  • Tips membentuk percakapan anak yang positif

Tidak dinafikan bahawa kasih sayang yang terlalu mendalam terhadap anak kadang-kala membuatkan anda tidak boleh menerima sekiranya ada yang ‘menyentuh’ mereka, apatah lagi membuatkannya menangis teruk.

Nilai dan teliti percakapan anak sebelum bertindak

Sejak dari semalam, tular dalam media sosial menunjukkan seorang wanita telah mengamuk apabila anaknya dituduh mencuri.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita terbabit dilihat datang bersemuka dengan pekerja kedai serbaneka yang didakwa telah membuat tuduhan melulu terhadap anaknya.

Dia mengatakan bahawa anak lelakinya itu telah balik ke rumah dalam keadaan menangis kerana dituduh mencuri. Sebagai ibu, dia naik angin dengan tuduhan berkenaan dan meminta pekerja kedai meminta maaf dengan anaknya.

Menjengah ruang komen, rata-rata netizen menganggap tindakannya yang enggan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak telah mengeruhkan keadaan sehingga 1 Malaysia mengecamnya.

Tidak cukup dengan itu, anak lelakinya mengamuk membuang barang di rak dan menendang kaunter telah mendapat respon kurang senang netizen yang melihatnya.

Namun setelah beberapa jam menjadi viral dalam media sosial, wanita berkenaan sekali lagi membuat siaran langsung untuk memohon maaf terhadap pekerja kedai serbaneka tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut mengatakan ia adalah hanya salah faham dan mengesahkan anaknya tidak mencuri selepas pekerja kedai berkenaan mendapati tiada barang yang hilang.

Pentingnya mendalami percakapan anak dan berhemah dalam setiap perkara

Ketika anak-anak membesar, ibu ayah pastinya berdepan dengan pelbagai perkara. Ada anak yang balik merajuk disebabkan oleh masalah dengan kawan dan ada juga yang balik ke rumah dengan tangisan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apapun sebagai orang tua, adalah penting untuk anda mendengar terlebih dahulu apa yang diperkatakan dan bersikap terbuka bagi menyelidik apakah punca sebenar mereka dilanda perasaan tersebut.

Kanak-kanak usia 7 hingga 12 tahun mula berkembang dari segi kebolehan pemikiran logik serta mula menunjukkan corak pemikiran seperti orang dewasa. Ketika ini juga mereka cenderung membina hubungan dengan rakan sebaya.

Tips membentuk percakapan anak yang positif

Justeru ada beberapa hal penting yang perlu anda tekankan sewaktu mendidik percakapan anak agar menjadi positif. Antaranya:

#1. Tekankan kepentingan bersikap jujur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kecil tidak pandai berbohong, namun mereka akan melakukannya apabila ada keadaan yang memaksa. Misalnya ingin menutup kesilapan kerana takut ibu marah atau mahukan anda membelikan mereka mainan.

Walau bagaimanapun usahlah membiasakan perkara ini dalam diri anak-anak. Ajarkan mereka untuk berani mengatakan hal yang sebenar. Jangan terlalu cepat melenting atau menjatuhkan hukum, ibu ayah dengarlah dahulu dan tenangkan dirinya untuk menjadi seorang yang berkata jujur.

#2. Beri anak peluang bercakap sebelum mencelah

Anda juga perlu menunjukkan sikap hormat. Jangan terlalu cepat mencelah dan membuat tanggapan negatif sebelum anak habis bercakap. Ketika ingin memberikan respon, bertanyalah terlebih dahulu bagi memastikan semua fakta adalah betul.

Sekiranya anda mendapati anak lakukan kesalahan, tegurlah dan jelaskan kesan perbuatan tersebut pada dirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bersikap terbuka dan tekankan kesabaran

Kenal pasti emosi yang ditunjukkan oleh anak-anak seperti rasa marah, kecewa, gembira atau teruja bagi membantunya menjadi lebih sedar akan wujudnya perasaan ini dan mempelajari cara mengurusnya dengan baik.

Anak kecil biasanya akan mencontohi orang dewasa ketika menguruskan emosi mereka. Justeru sebagai ibu ayah, anda hendaklah menerima emosi positif tanpa tidak mengendahkan emosi negatif.

Sekiranya anak menunjukkan rasa sedih atau kecewa, duduklah berbincang. Dengar terlebih dahulu apa yang diperkatakan dan fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik tanpa mengeruhkan keadaan.

The Vocket, Haymarket Children’s Academy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

Baca juga: Kering Idea Nak Sembang Topik Apa Dengan Anak Yang Baru Belajar Bercakap? Anda Boleh Cuba Ini

Baca juga: 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan