Pereka Fesyen Cipta Beg Tangan Guna Tulang Belakang Kanak-Kanak Berharga RM21,615

Setiap pereka fesyen menampilkan pelbagai kelainan dalam setiap ciptaan. Namun, Arnold Putra tampil lebih berani dengan menggunakan tulang kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bidang pereka fesyen merupakan salah satu platform yang berpotensi tinggi bagi mengetengahkan bakat dan minat seseorang. Pastinya, setiap individu akan sentiasa menampilkan pembaharuan melalui rekaan unik serta menarik minat para pelanggan.

Tidak hanya kelihatan bergaya dan cantik sahaja, setiap hasil yang diketengahkan bagi pereka fesyen pastinya menekankan penggunaan material yang terbaik bagi meningkatkan lagi kualiti rekaan.

Pereka fesyen cipta beg dari tulang kanak-kanak

Seorang pereka fesyen dari negara jiran, Indonesia telah menjual beg tangan yang diperbuat dari lidah buaya dan tulang belakang kanak-kanak.

Rekaan berani yang dihasilkan oleh Arnold Putra mula dipasarkan pada tahun 2016 dengan tawaran harga sebanyak $5,000 (RM21,615). Dia turut mendakwa bahawa produknya diambil daripada lebihan sumber perubatan di Kanada secara beretika dan bertulis.

Beg tangan 'limited edition' berkenaan dibuat sepenuhnya dari lidah buaya dengan jahitan seolah-olah bekas luka. 

Iklan jualan rekaan berani ini telah disiarkan dalam laman The Unconventional Clothing sebelum paparan tersebut dipadam.

Tidak cukup dengan itu, Arnold Putra turut mendakwa bahawa bahagian pemegangnya diperbuat dari tulang belakang mayat seorang kanak-kanak yang menghidap masalah osteoporisis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa keping gambar beg tangan berkenaan telah dimuat naik dalam Instagramnya. Walau bagaimanapun, dia mengatakan bahawa akaun tersebut tidak dikendalikan oleh dirinya.

Menurut beberapa orang pakar, mereka menilai bahawa pemegang beg tangan tersebut sememangnya tulang belakang manusia asli dengan saiz kanak-kanak.

Sebelum ini, Arnold Putra dikatakan aktif di akaun sosial miliknya dengan mempamerkan gaya hidup mewah.

Menurut Business Insider, dia pernah mengaku bahawa dirinya membelanjakan hampir $ 30,000 untuk memiliki jaket buaya dengan kanggaru. Pada tahun 2017, Arnold Putra turut dinobatkan sebagai salah seorang pengumpul kereta paling banyak di Indonesia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta mengenai Arnold Putra

Dengan kuasa viral, nama Arnold Putra naik mendadak di seluruh dunia melalui penghasilan beg tangan yang dinilai negatif dan penuh kontroversi.

Menurut laman Insider, dia bukan sahaja menghasilkan rekaan menggunakan tulang manusia, tetapi turut mengambil beberapa bahagian mayat manusia yang diawet dengan suntikan silikon. Antara beberapa fakta tentang dirinya ialah:

#1. Memiliki pelbagai idea pelik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai seorang pereka fesyen, Arnold Putra ternyata tidak ketandusan dalam menghasilkan pelbagai idea baharu.

Disebabkan oleh keengganan kelihatan sama seperti orang lain, dia juga sering menggabungkan idea-idea gila dalam sentuhannya termasuklah menghasilkan jaket menggunakan kulit khinzir dengan harga Rp45 juta.

#2. Sanggup tukar barang peribadi dengan tulang 

Sebuah akaun Instagram berkongsikan kisah tentang Arnold Putra iaitu sekiranya bahan-bahan atau tulang diperoleh ketika berkunjung ke suku pedalaman, dia akan menukarkan beberapa barang peribadi.

Misalnya jam tangan palsu yang dibeli di Mangga Dua, Jakarta dengan beberapa tulang belulang miliki masyarakat pedalaman tersebut.

#3. Menggunakan bahan dari manusia dan kulit albino

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut perkongsian Insider, Arnold Putra pernah menghasilkan ciptaan pakaian dengan menggunakan bahan daripada mayat manusia yang pernah diawet. Bahkan ketika itu, dia berada di negara Korea sempat berkongsi gambar dalam Istagram miliknya dengan salah satu media luar.

Dia turut sempat berkongsikan kepada umum bahawa bahan-bahan busana tersebut dan beg tangan diperbuat dari kulit manusia yang albino.

#4. Berasal dari keluarga kaya-raya

Dari penampilan dan cara dia mengekspresikan diri sahaja anda sudah tahu bahawa dia mungkin bukan berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Difahamkan Arnold Putra berasal dari keluarga kaya di Indonesia dan dibesarkan di Jakarta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demi kerja sebagai seorang pereka fesyen, dia telah membuat keputusan untuk menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliki.

#5. Sering melancong ke negara luar

Menjalani hidup sebagai seorang pereka fesyen memerlukan dirinya mencari pelbagai inspirasi. Salah satunya adalah dengan berjalan-jalan ke sesebuah tempat.

Idea-idea baharu perlu sering diperoleh bagi memudahkan dirinya menampilkan pelbagai kelainan dalam industri fesyen.

Sumber: Dailymail, Kapan Lagi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: