TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Bunuh Anak Lelaki & Campak Mayat Ke Dalam Sungai Kerana Ingin Bercuti

5 Mar, 2020
Ibu Bunuh Anak Lelaki & Campak Mayat Ke Dalam Sungai Kerana Ingin Bercuti

Tiada apa yang mustahil akan berlaku apabila manusia bertindak mengikut hawa nafsu. Seorang ibu jahat sanggup mengorbankan anak demi kepentingannya

Seorang ibu jahat dikatakan membuat keputusan yang melulu apabila dia sanggup mengorbankan anak lelaki yang berusia tiga tahun dan melemparkan mayatnya ke dalam sungai.

Difahamkan, dia adalah seorang ibu tunggal dan melakukan pembunuhan ini hanya untuk membolehkan dirinya pergi melancong.

Ibu jahat bunuh anak lelaki

ibu jahat bunuh anak

credit to sources

Suspek bernama Chiara Pasic, 33, telah disabitkan atas pembunuhan anak lelaki berusia tiga tahun itu pada April 2018 dan dipenjarakan selama 33 tahun.

Dia dilaporkan membunuh anak lelakinya, Denis sebelum membaling mayat berkenaan di perairan cetek di sebuah pelabuhan di Semenanjung Istrian Croatia.

Menurut laporan 2018, Pasic tidak menunjukkan sebarang emosi ketika dia dijatuhkan hukuman terbabit. Difahamkan dia telah merancang untuk bercuti ke Macedonia.

Anak perempuannya yang berusia 15 tahun turut dijatuhi hukuman tiga tahun di pusat tahanan remaja di Pozega, timur Croatia kerana dipercayai membantu Pasic dalam pembunuhan tersebut.

Dia meletakkan bantal di atas muka anak kecil berkenaaan sementara ibunya memegang tangan dan kaki mangsa.

Dua beranak berkenaan kemudiannya melemparkan badan mayat anaknya di dalam sungai dan Pasic menghubungi polis dengan melaporkannya sebagai kes anak hilang.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengatakan bahawa kali terakhir melihatnya di taman kanak-kanak yang berhampiran.

Malangnya, pihak polis berasa curiga pada awalnya dan akhirnya ibu jahat ini mengaku melakukan jenayah tersebut setelah beberapa jam melalui proses soal siasat.

Dia turut menunjukkan kepada pegawai polis lokasi sebenar mayat anaknya dibuang.

Bukan itu sahaja, menurut laporan Mahkamah Agung Republik Croatia mengatakan bahawa defendan telah merancang untuk melakukan jenayah sebelum dia melakukan kekejaman tersebut. 

Mahkamah tertinggi negara itu menolak rayuan sebagai tidak berasas dan dilaporkan menegakkan penghakiman kedua, dengan itu mengesahkan hukuman 33 tahun.

Media tempatan mengatakan bahawa dia tidak dapat membuat rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Agung Republik Croatia.

Elak bertindak mengikut emosi

wanita jahat bunuh anak

foto: Worriedmum

Kebelakangan ini, terdapat banyak keluhan tentang generasi moden yang kurang daya tahan diri sehingga cenderung untuk bertindak balas secara emosi terhadap pelbagai jenis tekanan.

Ada yang berkongsi di media sosial serta ada juga yang bertindak mencederakan diri sendiri atau orang sekelilingnya apabila berhadapan dengan keadaan sukar.

Daya ketahanan mental adalah satu proses yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan kesukaran, trauma atau tekanan.

Ia bukanlah berlaku secara semula jadi. Sebaliknya melibatkan perubahan tingkah laku, pemikiran serta tindakan yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun melalui pengalaman pemerhatian. Antara caranya ialah:

#1. Tukar persepsi mengenai masalah

Elakkan melihat krisis atau masalah sebagai satu perkara yang besar.

Anda mungkin tidak boleh mengubah masalah tersebut tetapi mampu mengubah pandangan dan pemikiran terhadap situasi tersebut. 

Minda manusia sangat hebat kerana apa yang anda fikirkan, maka itulah yang sedang dirasakan. Maksudnya jika anda melihat masalah tersebut adalah rumit dan tidak boleh diselesaikan, maka itulah yang mungkin akan berlaku.

Stories Rakan Kongsi
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
It's Autism Awareness Month! Here’s How You Can Be Part of It!
It's Autism Awareness Month! Here’s How You Can Be Part of It!
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too

Oleh itu, ubah persepsi anda dengan melihat sisi positif serta hikmah di sebalik sesuatu perkara.

#2. Belajar melihat potensi diri

ibu jahat bunuh anak kerana ingin bercuti

credit to sources

Ramai antara kita yang terlalu fokus kepada kekurangan diri. Dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti serta senaraikan kekuatan atau kelebihan diri.

Jika anda merasakan membesarkan anak-anak di rumah sangat sukar, mungkin dengan melakukan jadual seharian yang lebih teratur mampu meringankan beban.

Ingat, anda adalah ibu yang hebat serta isteri yang terbaik buat suami dan anak-anak. Justeru, sentiasa mengeluarkan kata-kata pujian yang positif terhadap diri sendiri bagi memupuk keyakinan dalam menyelesaikan masalah.

#3. Penjagaan diri yang baik

Sebenarnya anda sendiri yang perlu memastikan kesihatan fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan baik.

Hal ini kerana seorang ibu sangat unik kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri dari segi kehendak, kekuatan dan kelemahan diri.

Bukan itu sahaja dalam menguruskan hal rumah tangga, anda perlu mengambil berat tentang aspek emosi serta keperluan diri.

Sekiranya anda mula berasa tertekan, luangkan satu jam sehari untuk anda terlibat dengan aktiviti menyihatkan seperti kelas senaman aerobik atau bercucuk tanam.

Selain itu, anda juga perlu menjaga sebaik mungkin kesihatan fizikal kerana apabila tubuh berada dalam keadaan yang baik, ia akan membantu untuk kekal kuat ketika menghadapi kesukaran.

Justeru biarpun anda perlu melakukan pelbagai tugas dalam seharian dalam mengutamakan suami, anak-anak dan kerjaya, hal paling penting adalah keseimbangan emosi dan cara anda mengurus keluarga dengan tindakan yang terbaik.

Sumber: The Sun, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu Bunuh Anak Lelaki & Campak Mayat Ke Dalam Sungai Kerana Ingin Bercuti

Baca juga:

https://my.theasianparent.commembunuh-anak-anaknya-supaya-suami-tidak-dapat-menuntut-hak-penjagaan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Bunuh Anak Lelaki & Campak Mayat Ke Dalam Sungai Kerana Ingin Bercuti
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham