TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Silap Didikan dan Dera Emosi Menyebabkan Anak Jadi Lebih Nakal, Perlu Lebih Alert Ya Parents

4 min bacaan
Silap Didikan dan Dera Emosi Menyebabkan Anak Jadi Lebih Nakal, Perlu Lebih Alert Ya Parents

Kesilapan didikan dan asuhan menjadi punca utama anak menjadi anak derhaka maka kita tak boleh 100% menyalahkan mereka semata-mata!

Dalam kita tak sedar, rupa-rupanya ibu bapa adalah punca anak derhaka apabila dewasa nanti kerana trauma dengan penderaan dan pengabaian daripada ibu bapa.

Mesti ada yang kata “Eh mana ada! Saya tak pukul atau rotan anak pun. Kenapa dia jadi anak derhaka sebab saya?” . 

Ya, memang anda tidak dera melalui fizikal, tapi dalam tak sedar, ada “penderaan” yang lebih dasyat telah dilakukan terhadap anak-anak. 

Ia adalah penderaan dari segi emosi yang mencerobohi lapisan minda mereka hingga boleh terganggu dalam masa pendek mahupun panjang. 

7 punca kanak-kanak jadi anak derhaka – Adakah anda buat benda-benda ini?

#1. Mengabaikan anak

anak derhaka

Kredit: Freepik

Ya, memang anda tidak abaikan makan minum, pakaian dan tempat tinggal mereka, tapi ada perkara lain yang anda abaikan iaitu MASA. 

Bila pulang dari kerja, masa anda bersama isteri dan anak-anak adalah di sebelah malam. Masa itu jugalah anak-anak ingin bercerita dengan bapanya apa yang dilakukan ketika di sekolah. 

Tapi dalam anak bercerita itu anda tidak mengendahkan mereka. Kalian lebih fokus terhadap televisyen, drama tv, Facebook, telefon bimbit dan lan-lain.

Anak yang bersemangat nak bercerita hanya dilayan sambil lewa hingga hati mereka rasa kecewa. 

#2. Tidak memuji apatah lagi bagi sokongan pada anak

Lihat buku laporan pendidikan anak, apa yang anda buat? Ada bagi kata semangat? Atau kalian lempar buku tersebut di kaki mereka tanda marah? 

Itu belum masuk bab anak tolong basuh pinggan, tolong sediakan air minum. Adakah anda pernah puji mereka atau mengucapkan terima kasih? Jika semua di atas ini anda gagal buat, jangan menyesal bila mereka jadi anak derhaka bila besar nanti. 

#4. Terlalu cerewet dengan anak-anak 

anak derhaka

Kredit: Smart Parenting

Anda ingat tak tentang kisah gadis berusia 15 tahun bunuh diri dalam bilik kerana mendapat keputusan nombor 2 dalam peperiksaan? 

Dia membunuh diri gara-gara ayahnya mengatakan jika dia tak dapat nombor 1, arwah bukan lagi anaknya. Disebabkan gagal memperoleh nombor 1, anak tersebut gantung diri. 

Sebab itu kita ini tak boleh terlalu cerewet dengan anak-anak kerana ia boleh ganggu emosi dan perilaku mereka. 

#5. Biarkan anak buat keputusan sendiri 

Sesekali, biarkan anak buat keputusan mereka sendiri supaya tahap keyakinan mereka lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi dia lebih berdikari dan tidak dibuli oleh orang sekeliling.

#6. Merendahkan anak di hadapan orang lain

anak derhaka

Kredit: Freepik

Tanya pada diri sendiri, pernah tak anda merendahkan anak di hadapan orang lain? Sebab kadang-kadang, kita tak perasan yang kita sebenarya sedang merendahkan kemampuan mereka.

#7. Langsung tak back up anak 

Anak ini bila kita selalu back up mereka, dia akan rasa lebih dihargai dan berkeyakinan terutamanya situasi di mana mereka menjadi mangsa buli di sekolah.

Apa yang anda boleh buat adalah berbincang dengan pelajar tersebut (yang buli anak anda) atau beritahu kepada guru kelas supaya situasi yang lebih buruk tidak terjadi. 

#8. Selalu tolak permintaan anak 

Apa jadi kalau permintaan kita sering ditolak oleh seseorang? Tentunya kita akan rasa kecewa, kan? Samalah juga dengan anak-anak, mereka akan rasa kecewa bila anda selalu tolak permintaannya. 

Tapi jika tak mampu, berikan sesuatu yang bermakna buat mereka supaya ia menyenangkan hatinya. Namun, jangan sampai anak naik lemak dan berpada-pada untuk penuhi permintaan mereka. 

Apa patut anda buat untuk elak anak jadi anak derhaka? 

Silap Didikan dan Dera Emosi Menyebabkan Anak Jadi Lebih Nakal, Perlu Lebih Alert Ya Parents

Kredit: Pexels

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda buat bagi memperbetulkan situasi di atas:

  • Melebihkan masa dengan anak-anak
  • Beri fokus dan tumpuan kepada anak-anak sehingga mereka dewasa dan boleh berfikir secara matang.
  • Memenuhi keperluan perhatian dan kasih sayang 
  • Perbetulkan diri sendiri dan jangan selalu menyalahkan anak-anak. 

Kesimpulannya, jika kita mencorakkan anak dengan langkah yang salah, maka buruklah jadinya. 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Tapi jika kita mendidik anak dengan cara yang betul, insyaallah mereka membesar jadi anak yang berjaya dan menjadi kebanggaan kita. Semoga perkongsian ini membuka hati dan minda kita semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Khairil Izham

Baca juga: 5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Silap Didikan dan Dera Emosi Menyebabkan Anak Jadi Lebih Nakal, Perlu Lebih Alert Ya Parents
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham