Setiap wanita akan berasa sempurna apabila dirinya mampu memberikan zuriat buat suami tercinta. Namun siapa sangka di sebalik keterujaan menerima orang baru dalam keluarga ini bertukar dengan kesedihan apabila suami kantoi ada perempuan simpanan?
Lebih teruk lagi, mereka berdua berada di wad bersalin yang sama untuk melahirkan bayi masing-masing.
Isteri bersalin sekali dengan perempuan simpanan suami
credit to sources
Dalam sebuah video yang sempat dirakam oleh salah seorang pekerja kesihatan di Amerika Syarikat jelas kedengaran suara seorang wanita menjerit seolah-olah ‘naik hantu’ apabila mengetahui perempuan simpanan suaminya turut berada di wad sama untuk melahirkan anak.
Bayangkan dalam keadaan kudrat wanita menahan sakit kontraksi untuk bersalin, hilang serta-merta kerana hatinya telah dihancurkan dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.
Kepercayaan yang diletakkan sepenuhnya pada suami tercinta sekelip mata terlerai ekoran sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan isteri sudah banyak berkorban.
Meskipun dalam video berkenaan tidak kedengaran begitu jelas apa dikatakan oleh pasangan berkenaan, namun raut wajah jururawat merakam perbualan berkenaan kelihatan begitu terkejut atas perkara yang berlaku.
Tidak dinafikan tiada wanita di dunia ini sanggup berkongsi kasih sayang suami dengan wanita lain, inikan pula mendapat tahu kecurangan pasangan ketika menahan sakit melahirkan anak di hospital.
Mengapa lelaki berkahwin masih mencari wanita simpanan?
Peranan seorang lelaki dalam sesebuah keluarga adalah sangat besar. Dia perlu kuat, tidak boleh menangis dan sentiasa memberikan sokongan terhadap isteri dan anak-anak. Namun secara tidak sedar, keadaan ini menyebabkan kaum Adam tidak dapat meluahkan emosi mereka dengan baik.
Dalam kebanyakan kes, kehidupan lelaki yang berusia antara 23 hingga 30 tahun dikatakan masih belum bersedia menghabiskan masa di rumah melayan anak dan isteri. Mereka perlu meninggalkan kegembiraan pada zaman bujang, tidak boleh keluar lepak dan terpaksa melakukan kerja rumah.
Antara sebab kenapa lelaki berkahwin memiliki wanita simpanan adalah:
credit to sources
- Peluang untuk merasai sekali lagi kehidupan yang penuh enjoy dan bebas seperti sebelum kahwin.
- Dapat merasai sensasi baru. Setiap manusia memerlukan aura dan tarikan bercinta, kebanyakan alam rumah tangga dikatakan hanya pada awalnya sahaja bahagia kerana penampilan isteri pada ketika itu masih menawan.
- Peluang untuk mencurangkan jiwa dan emosi. Ini adalah alasan sangat umum bagi lelaki yang inginkan wanita simpanan. Dia juga berasa selesa kerana teman hidup baharunya lebih menerima kesilapan, memberikan sokongan dan menjadi pendengar yang setia.
- Kepuasan dalam hubungan seksual. Setelah memiliki cahaya mata, isteri mungkin akan hilang perhatian terhadap suami dan lebih mengutamakan proses membesarkan anak. Justeru, kebanyakan para isteri kini berasa sangat selesa sehingga mengetepikan penampilan di dalam rumah dan tidak mengendahkan permintaan suami.
Pandangan lelaki mengenai kehidupan poligami
Sering kali mereka yang mempunyai lebih dari seorang teman hidup akan dianggap sebagai hebat dan berada pada kedudukan lebih tinggi. Bagi setiap lelaki yang suka bersaing, mereka akan merasakan bahawa ia adalah ciri lelaki sejati serta tidak takut isteri.
Ia lebih berkait dengan kestabilan kewangan dan sikap ego seorang lelaki. Jika dahulu boleh susah senang bersama isteri, mungkin bagi suami yang lupa daratan tidak teragak-agak untuk menduakan pasangan setelah miliki kehidupan lebih senang.
credit to sources
Bukan itu sahaja, proses perkenalan secara tidak sengaja turut berupaya menghadirkan rasa cinta. Jika pada awalnya, anda hanya mengenalinya atas urusan kerja dan lama-kelamaan rasa selesa apabila sering berhubung, ini sekaligus menyebabkan diri tidak dapat menolak.
Lebih teruk lagi apabila anda mula rasa bosan berada di rumah dan gemar menghabiskan masa untuk bersama-sama dengan rakan sekerja perempuan kerana mereka kelihatan lebih menawan dan menarik berbanding isteri.
Walau bagaimanapun, setiap hubungan rumah tangga memerlukan kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Jika dahulu anda menerimanya sebagai isteri dan peneman hidup, mengapa sia-siakan dia hanya kerana nafsu anda sudah mati?
Pengkhianatan yang berlaku dalam sesebuah hubungan tidak akan bertahan lama. Jika isteri adalah wanita baik, dia mungkin akan memaafkan. Namun jika tidak rumah tangga anda yang terbina bertahun-tahun akan terlerai begitu sahaja.
Sumber: Mirror.co.uk, Ms.tierient
Kredit foto: google & shutterstock
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Curang Bukan Kesilapan, Ia satu Pilihan. Ramai Suami Curang Konon Nak Ikut ‘Sunnah’
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!