Sekarang memang banyak berita tentang suami ada perempuan simpanan, isteri main kayu tiga, kekasih pukul anak dan macam-macam lagi hingga membuatkan kita rasa “tak selamat” untuk ada hubungan dengan mereka yang baru dikenali.
Sebab itu, sangat penting untuk kita kenal lebih mendalam dengan orang baru, supaya diri kita tidak tertipu atau akhirnya terperangkap lalu rasa bersalah apabila menjadi perempuan simpanan atau orang ketiga dalam mana-mana hubungan.
Atas rasa bersalah itulah, seorang wanita yang bergelar “perempuan simpanan” kepada seorang suami baru-baru ini tular meminta maaf di atas keterlanjuran sikapnya itu.
Cuba imagine kalau perkara ini terjadi kepada anda. Apa anda akan buat terhadap wanita berkenaan? Sebelum itu, jom kita teliti luahan perempuan simpanan terbabit melalui isi suratnya ini.
Perempuan simpanan suamiku tulis surat terbuka
Saya tahu apa yang saya lakukan ini tidak boleh dimaafkan tapi saya tidak sengaja. Surat ini bukanlah untuk mencari belas kasihan, tapi awak punya hak untuk membenci saya.
Tak pernah dalam hidup ini, terlintas dalam hati saya untuk jadi perempuan simpanan. Malah ia tidak diajar oleh ibu bapa saya.
Jika awak nak tahu, saya datang dari keluarga yang berpecah-belah ketika umur saya sembilan tahun. Ia sungguh menyakitkan.
Ingin saya tekankan di sini, suami awak curang bukanlah di atas ketidaksempurnaan awak tapi dia sendiri yang memilih jalan ini (untuk ada perempuan simpanan) .
Kata perempuan simpanan ini, bukanlah niatnya untuk runtuhkan perkahwinan orang lain…
Mungkin ketika ini, saya sedang asyik dilamun cinta dan rasanya salah tindakan saya untuk menulis surat ini kepada awak.
Tapi saya ingin awak tahu, saya tidak datang untuk mencederakan atau memusnahkan keluarga awak. Itu bukan niat saya.
Saya tidak tahu sama ada awak membaca surat ini atau tidak, tapi saya mahu awak tahu yang sebelum ini saya tak tahu orang yang saya cintai itu adalah suami orang atau telah berkahwin.
Dia pun langsung tidak memberitahunya kepada saya dan ia sungguh menyakitkan. Dia telah khianat kepada kita berdua.
Namun, apa yang berlaku ini bukanlah kesilapan awak hingga dia bertindak sedemikian untuk menduakan awak. Malah pembohongannya juga adalah untuk menyimpan rahsia supaya dia boleh membina keluarga bersama saya.
Apa yang saya harapkan adalah awak sudi memaafkan saya dan berharap awak dalam keadaan sejahtera. Saya berharap awak dapat membesarkan anak-anak dengan cara yang terbaik walaupun awak seorang ibu tunggal. Semoga awak tetap mencari cinta dan tidak berputus asa.
Saya berharap awak menemui cinta sejati bersama lelaki yang layak berdamping di sisi awak. Saya harap awaktidak dilukai buat sekian kalinya lagi. Walaupun kisah kita tidak sama namun kita menyukai lelaki yang sama.
Bagaimana perasaan ada lepas baca surat “berani mati” dari seorang yang bergelar perempuan simpanan ini?
Walau apa pun yang terjadi, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dalam kes curang ini, kalau suami tidak memberi, tidaklah ada orang sudi menyambutnya.
Namun, sebagai isteri terpulang kepada anda untuk memberi peluang kedua atau sebaliknya kerana hati perempuan bila terluka sukar disembuh kembali.
Cara nak kenal suami curang:
- Tiba-tiba saja telefon bimbitnya ada password. Sudah tentu anda akan merasai sesuatu yang tidak kena. Malah bila disoal ada saja jawapan merepek yang suami berikan.
- Selalu marah-marah tak tentu pasal terutama bila kena soal dengan isteri.
- Kuat menipu kononnya ada kerja di luar tapi rupanya dating dengan perempuan lain. Huh!
- Suami sudah hilang kemesraan malah nak sweet-sweet pun dah tak sudi. Ini kena jaga-jaga tentu ada orang lain yang sedang beraja di hati dia. Isteri kena siasat.
- Selalu tak jawab panggilan dan mesej anda. Atau sengaja dia abaikan panggilan daripada isterinya itu.
- Asyik bawa telefon bimbit ke mana sahaja nak pergi. Takut terkantoi dengan isterilah tu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!