Guna Cara Ini Untuk Mudah Kira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

undefined

Mengira pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting bagi memastikan bayi anda selamat dan sihat di dalam perut.

Dalam menjaga kehamilan, perkara wajib yang harus dilakukan semua ibu-ibu hamil ialah mengira pergerakan bayi dalam kandungan.

Pengiraan untuk pergerakan bayi dalam kandungan ini dipanggil sebagai Fetal Kick Chart (FKC) atau Fetal Movement Chart (FMC). Nak lagi mudah, carta gerak anak. Mengira pergerakan bayi dalam kandungan ini perlu dilakukan apabila usia kandungan memasuki 28 minggu atau tujuh bulan hamil. 

Cara kira pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting bagi memastikan baby dalam perut berada dalam keadaan sihat. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara persoalan lazim dan panduan lengkap untuk mengira pergerakan bayi dalam kandungan bagi memudahkan anda.

Panduan Mengira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

pergerakan bayi dalam kandungan, cara kira pergerakan bayi, pergerakan bayi dalam kandungan, carta pergerakan janin,baby dalam perut

#1. Apakah maksud di sebalik carta pergerakan janin atau carta bergerak anak?

Carta gerak anak adalah pemantauan pergerakan bayi dalam kandungan. Ibu WAJIB mencatatnya setiap hari tanpa gagal sampai bayi dilahirkan.

Ia perkara penting kerana kita tidak nampak keadaan bayi dan hanya ibu sahaja yang ‘rasa’ sama ada bayi sihat atau tidak. Selain itu, dengan carta pergerakan bayi dalam kandungan ini juga, kita dapat mengetahui bayi sihat, lemas, terbelit tali pusat atau tak sihat kerana jangkitan kuman. 

#2. Nak catat masa bila pergerakan bayi dalam kandungan?

Carta pergerakan bayi ini bermula setiap hari pada waktu yang sama iaitu jam 9 pagi. Kenapa 9 pagi? Sebabnya, pakar beranggapan waktu tersebut, semua ibu telah bangun dari tidur dan melakukan rutin harian seperti biasa.

#3. Selain tick, boleh ke letak stiker comel dalam carta gerak anak?

pergerakan bayi dalam kandungan, cara kira pergerakan bayi, pergerakan bayi dalam kandungan, carta pergerakan janin,baby dalam perut

TIDAK BOLEH. Sebabnya, buku pink yang diberi pada ibu hamil adalah dokumen rasmi kerajaan yang diberikan secara percuma.

Buku pink itu akan dicari untuk melihat perkembangan ibu dan bayi.

Jika berlaku sebarang kecuaian dan kesilapan, lalu ibu bawa kes ke mahkamah, dengan mudahnya anda akan kalah kerana ibu tidak ambil serius atau sambil lewa dengan tidak menandakan carta gerak anak dengan betul.

#4. Bagaimana cara anda mengira pergerakan bayi dalam kandungan?

  1. Mula pada jam 9 pagi setiap hari. WAKTU WAJIB SAMA.
  2. Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam. Maksudnya kalau mula jam 9 pagi mestilah berakhir pada jam 9 malam. Dalam tempoh tersebut, perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi.
  3. Ada petak perlu diisi sendiri oleh ibu iaitu petak tarikh, masa bermula yang perlu tandakan ✔️ pada kotak kecil yang bernombor 1 hingga 10 yang mewakili gerakan kuat bayi. Perlu genap 10 gerakan setiap hari.
  4. Pergerakan yang dikira adalah pergerakan yang kuat. Jika selepas itu, berlakunya gerakan kecil atau bayi berpusing, ia tetap dikira satu gerakan.
  5. Ibu hanya perlu ✔️tanda ini sahaja dalam 10 petak kecil itu. Tak perlu nak kreatif dengan melekat stiker dan sebagainya.
  6. Apabila cukup genap 10 gerakan. Ibu tulislah jam berapa waktu lengkap itu. Jika pukul empat tulis di situ siap-siap. Senang doktor nak tengok nanti. Jangan malas tulis ya!
  7. Rutin ini tidak boleh ‘skip’ walaupun sehari sehingga selamat melahirkan.

#5. Kenapa perlu kira 10 gerakan dalam 12 jam?

Ada bayi yang tidur dalam tempoh setengah atau satu jam. Pada ketika itu, ibu tidak akan merasai sebarang pergerakan bayi.

Namun, ibu tetap perlu perhatikan dalam tempoh dua jam berikutnya. Jika bayi tetap tidak bergerak dalam tempoh tiga jam berturut-turut atau lebih, ibu perlu segera ke hospital.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya ibu tidak merasai pergerakan bayi kerana melakukan aktiviti tertentu dan fokus ibu pada bayi berkurang.

Jadi ibu akan merasai pergerakan aktif bayi ketika berehat atau waktu malam kerana tumpuan ibu tidak diganggu oleh hal lain.

#6. Cara nak tahu pergerakan bayi normal atau tidak normal 

Normal

  • Dalam tempoh satu jam, ada satu atau dua pergerakan yang kuat.
  • Awasi pergerakan anak selama seminggu. Jika dalam tempoh tersebut, waktu genap 10 gerakan dalam jam 4, 5, 6, 7 petang ibu akan dapat rasai sendiri perbezaan pergerakan bayi sama ada normal atau tidak.

Tidak normal

  • Jika kebiasannya pergerakan bayi sama dan lengkap pada jam yang sama, tapi satu hari, ibu rasa pergerakan bayi sangat lambat — tepat jam 9 malam atau lagi lima minit jam 9 baru lengkap 10 gerakan. Itu adalah pergerakan yang tidak normal walaupun telah lengkap 10 gerakan. Sama ada bayi lemas, terbelit tali pusat atau air ketuban pecah.
  • Keduanya, biasanya pergerakan bayi lengkap jam 4, 5, 6 atau 7 petang. Tapi pada hari tersebut, pergerakan bayi cepat jam 11.30 pagi atau 12.30 tengah hari sudah lengkap. Itu menandakan pergerakan yang tidak normal atau terlalu cepat. Samada bayi mendapat jangkitan kuman atau ibu tidak sihat.

#7. Perlu ke pantau pergerakan anak walaupun sudah cukup 10 gerakan?

pergerakan bayi dalam kandungan, cara kira pergerakan bayi, pergerakan bayi dalam kandungan, carta pergerakan janin,baby dalam perut

Walaupun telah lengkap 10 gerakan, namun dalam waktu malam ibu tetap kena awasi gerak anak.

#8. Apa patut buat jika pergerakan tidak normal?

  • Jika tidak lengkap 10 gerakan dalam tempoh 12 jam.
  • Jika pergerakan bayi terlalu lambat dari kebiasaan
  • Jika pergerakan bayi terlalu cepat dari kebiasaan

Segera ke hospital bahagian kecemasan bersalin! Walaupun keesokannya anda ada tarikh temujanji di klinik kesihatan atau klinik desa.

Kenapa tak boleh tunggu esok saja di klinik ketika temujanji? Sebabnya nyawa tidak boleh ditunggu-tunggu mengikut masa kita.

Keduanya, hospital lebih banyak peralatan untuk melakukan sebarang pembedahan kecemasan dan klinik tiada. Jadi adalah lebih baik terus rujuk ke hospital.

Nasihat Buat Para Ibu

  • Catat pergerakan anak dengan jujur dan jangan menipu kerana anda yang akan RUGI.
  • Jika tak faham cara mengira pergerakan tanyalah pada jururawat yang bertugas.
  • Tolong jaga buku pink dengan baik dan sentiasa bawanya bersama walaupun di mana anda berada ketika mengandung.

Bila Anda Boleh Rasa Pergerakan Bayi dalam Kandungan

Pakar berpendapat kebanyakan wanita hamil dapat rasa pergerakan bayi dalam perutnya ketika kandungan berusia antara 18 dan 22 minggu.

Selain itu, pakar juga berpendapat bahawa kebanyakan wanita boleh mula berkongsi pergerakan bayi dengan pasangan mereka antara minggu 20 dan 24 kehamilan, iaitu separuh daripada trimester kedua. 

Bila Patut Risau

Jika kebiasannya pergerakan bayi sama dan lengkap pada jam yang sama, tapi satu hari, ibu rasa pergerakan bayi sangat lambat, maka ia mungkin bukan satu pergerakan yang normal. Mungkin sesuatu berlaku pada bayi anda seperti lemas, terbelit tali pusat atau air ketuban pecah.

Selain itu, anda juga perlu risau jika pergerakan bayi lengkap dengan lebih cepat berbanding biasa. 

Segera kunjungi hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini dan bukannya menunggu sehingga hari temujanji anda.

Adakah Selamat untuk Membenarkan Orang Lain Pegang Perut Untuk Rasa Pergerakan Bayi?

Jangan risau, tiada sebarang masalah untuk membenarkan orang lain memegang perut anda untuk merasa pergerakan bayi, khususnya bakal ayah.

Ini kerana, bayi dalam rahim anda dapat merasakan rangsangan dan secara tidak langsung boleh menambah bonding di antara anak dan ayahnya.

Semoga bermanfaat!

  1. Baby Center (Aug 24, 2021). When will my partner feel the baby kick? www.babycenter.com/pregnancy/relationships/when-will-my-partner-feel-the-baby-kick_10366574
  2. theBump (Apr 26, 2017). How to Help Your Partner Feel Baby Kick. www.thebump.com/a/how-can-i-help-my-partner-feel-baby-kick
  3. theBump (Nov 30, 2017) When Will Others Feel Baby Kick? www.thebump.com/a/when-will-others-feel-baby-kick

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu tahu bagaimana pergerakan janin dalam kandungan? Mari lihat video ini

Baca juga: Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu

Baca juga: Sakit Perut Memulas Ketika Mengandung Bukan Petanda Baik, Boleh Bawa Komplikasi Teruk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!