Periksa Telefon Pasangan Beri Kesan Negatif Dalam Hubungan, Jangan Lakukan Jika Anda Tak Bersedia

Periksa telefon pasangan mungkin boleh puaskan hati, tapi anda perlu tahu kesan sekiranya anda mengambil tindakan ini tanpa kebenaran pemilik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda terfikir untuk periksa telefon pasangan anda? Memeriksa telefon pasangan anda boleh membuatkan mereka berasa jengkel dan berkemungkinan akan menjejaskan hubungan anda.

Adakah OK Untuk Periksa Telefon Pasangan?

Satu kajian pada tahun 2012 mendapati kira-kira dua pertiga daripada responden yang menyertai kajian itu mendapati mereka memeriksa telefon pasangan, termasuk mesej dan akaun media sosial tanpa kebenaran.

Kajian yang dijalankan terhadap 1,000 orang Amerika Syarikat pada tahun 2020 dalam lingkungan umur lima belas hingga lima puluh mengenai privasi telefon mendapati:

  • 48% wanita dan 31% lelaki berpendapat memeriksa telefon pasangan adalah OK
  • 60% berpendapat tidak OK untuk memeriksa telefon pasangan
  • 43% tidak menemui bukti yang mencurigakan secara romantik
  • 38% pasangan berpisah atau bergaduh

Jadi, adakah OK untuk memeriksa telefon pasangan anda? Jawapannya adalah tidak! Seperti yang dikatakan sebelum ini, memeriksa telefon pasangan anda boleh menjejaskan hubungan anda.

Mungkin ada situasi seperti pasangan anda melakukan sesuatu yang membuatkan anda hilang kerpercayaan terhadap mereka, anda dibenarkan untuk memeriksa telefon mereka. Ia mungkin menjadi salah satu cara untuk membina kepercayaan anda semula tapi biasanya perkara ini sementara sahaja.

Namun, jika periksa telefon pasangan tanpa sebab yang kukuh, ini boleh menjejaskan hubungan anda kerana ia privasi mereka telah dicerobohi dan sesetengah orang berasa tindakan ini adalah ‘deal-breaker’ sama ada mereka mahu meneruskan hubungan ataupun tidak.

Walaupun anda mempunyai sebab yang kukuh untuk periksa telefon pasangan anda tapi berfikir dahulu sebelum bertindak. Adakah memeriksa telefon akan membantu situasi anda sekarang?

Mengapa Anda Mahu Periksa Telefon Pasangan

Jika anda sedang mencari cara untuk memeriksa telefon pasangan anda, fikirkan sebab anda melakukan tindakan ini. Walaupun memeriksa telefon pasangan boleh membuatkan rasa gelisah anda hilang, ia turut menandakan sesuatu masalah lain dalam hubungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan ingin memeriksa telefon pasangan anda mungkin menandakan masalah lain. Dengan memahami mengapa anda berasa anda perlu memeriksa telefon pasangan, anda boleh mencari cara alternatif lain untuk menghadapi situasi itu.

1. Mungkin Anda Mempunyai Masalah Kepercayaan

Selalunya, isu memeriksa telefon pasangan ini bermula daripada masalah kepercayaan. Saling mempercayai antara satu sama lain merupakan asas yang penting dalam mana-mana hubungan.

Ahli psikologi di New York City, Dr. Tirrell DeGannes berkata memeriksa telefon pasangan anda boleh menyebabkan ketidakpercayaan antara pasangan. Rasa ingin tahu satu perkara lain tapi memeriksa telefon pasangan dengan aktif adalah sama dengan ketidakpercayaan.

2. Insecure Dan Keyakinan Diri Yang Rendah

Jika anda mempunyai perasaan yang membuak-buak untuk memeriksa telefon pasangan anda, mungkin ini disebabkan ketidakpercayaan. Ada kemungkinan anda memeriksa telefon pasangan anda kerana berasa insecure dalam hubungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini mungkin terjadi sama ada disebabkan anda pernah dicurangi, dikhianati atau ada individu yang meminta anda untuk berhati-hati dalam hubungan anda bersama pasangan.

3. Anda Mengesyaki Pasangan Curang

Biasanya ada cara yang lebih baik untuk anda ambil selain memeriksa telefon pasangan anda. Berbincang dengan baik bersama pasangan anda walaupun pada masa itu anda sedang berasa cemburu atau mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Jika anda syak pasangan anda curang, fikir dahulu kenapa anda mempunyai perasaan itu. Mungkin perasaan itu kesan daripada kecurangan pasangan sebelum ini sehingga anda sukar untuk mempercayai pasangan masa kini.

Tapi, tak dinafikan mungkin juga anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mempercayai pasangan anda sedang curang. Bagaimanapun, anda perlu ingat, mencari bukti pasangan sedang curang di belakang mereka boleh berakhir dengan teruk.

Perlukah Anda Periksa Telefon Pasangan Anda?

Satu kajian mendapati satu daripada tiga wanita dan satu daripada dua lelaki tahu kata laluan telefon pasangan mereka. Sembilan daripada 10 wanita pula bersetuju untuk membenarkan pasangan mereka memeriksa telefon jika diminta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memeriksa telefon pasangan tanpa kebenaran dan dengan kebenaran adalah dua situasi yang sangat berbeza. Meminta kebenaran untuk memeriksa telefon pasangan anda mungkin boleh meredakan kebimbangan anda, tapi syak wasangka sebelum itu boleh jadi petanda ada masalah yang sedang timbul.

Jika anda terfikir untuk memeriksa telefon pasangan anda, fikirkan akibat dan alasan yang kukuh. Mungkin anda memeriksa telefon mereka kerana pasangan anda pernah melakukan penipuan.

Tapi, anda sepatutnya tidak memeriksa telefon pasangan anda. Jika pasangan anda memeriksa telefon anda, apa perasaan anda? Ia pasti membuatkan anda berasa mereka telah melanggar privasi dan kepercayaan sehingga membuatkan anda ragu-ragu dengan hubungan itu.

Kesan Negatif Memeriksa Telefon Pasangan

Walaupun anda mungkin akan berpuas hati jika dapat memeriksa telefon pasangan, ia penting untuk anda fahami kesan negatif perbuatan ini kepada hubungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menghalang Perkembangan Hubungan Bersama Pasangan

Penyelidik dari University of British Columbia dan University of Lisbon mendapati bahawa dalam kes di mana hubungan berakhir selepas memeriksa telefon pasangan, ia adalah kerana pemilik telefon merasa dikhianati atau hubungan itu tidak begitu kukuh pada permulaan.

Walaupun kajian itu kecil, ia menekankan kepentingan siapa yang anda benarkan menggunakan telefon anda, kepercayaan yang anda miliki, dan batasan dalam hubungan.

Walaupun mengintip telefon tidak menjadi faktor penentu untuk semua orang, ia sangat bergantung pada hubungan dan asas yang dibangunkan.

  • Melanggar Privasi Dan Kepercayaan Pasangan

Bercakap tentang memeriksa telefon pasangan, ia adalah perbincangan mengenai privasi dan kepercayaan. Sama ada itu iPad, telefon, atau komputer riba, memeriksa peranti peribadi tanpa kebenaran menimbulkan isu.

Apabila rasa percaya itu hilang, ia boleh memberi impak besar kepada hubungan secara keseluruhan. Sama ada anda menemui apa yang anda ingin ketahui, ia tindakan yang tidak dapat anda ubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Akan Ada Kesan Yang Tak Diingini

Anda sebenarnya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Jika seorang pasangan merasa dikhianati atau bimbang tentang kekurangan kepercayaan, mungkin terdapat akibat yang tidak dijangka.

Dr. Tirrell DeGannes mengatakan bahawa memeriksa telefon pasangan menunjukkan ada masalah yang lebih besar dalam perhubungan anda.

  • Tiada Sempadan Sihat Di Masa Hadapan

Jika anda mempunyai hubungan pada zaman sekarang, sebenarnya banyak yang perlu anda bincangkan bersama pasangan, termasuklah bagaimana mereka menggunakan dunia digital.

Menetapkan sempadan yang sihat adalah penting dalam semua hubungan, bukan hanya yang romantik dan ini termasuk persetujuan untuk memeriksa telefon antara satu sama lain.

Anda mungkin bersetuju dengan pasangan anda menggunakan telefon anda untuk membuat panggilan, tetapi anda akan berasa tidak selesa jika mereka mula membaca semua mesej peribadi anda walaupun tidak ada yang disembunyikan.

Selepas kepercayaan terhadap pasangan anda sudah goyah, sukar untuk anda menetapkan sempadan yang sihat dalam hubungan anda.

Adakah Memeriksa Telefon Satu Bentuk Penderaan?

Zaman sekarang, telefon adalah sama seperti diari digital kita. Jika ada yang memeriksanya atau memuat naik foto menggunakan telefon anda tanpa kebenaran daripada anda, ia boleh dianggap sebagai penderaan digital.

Apa Maksud Kalau Seseorang Periksa Telefon Anda

Apabila seseorang mengintip telefon anda, mereka mungkin mencari sesuatu yang spesifik atau hanya memeriksanya. Bagaimanapun, tindakan ini menunjukkan ketidakpercayaan dan telah melanggar privasi anda.

Penting untuk mengetahui bahawa setiap hubungan adalah berbeza, dan anda kemungkinan akan mempunyai perjanjian tentang apa yang anda berdua anggap boleh diterima. Mungkin anda akan mengambil telefon pasangan anda untuk membuat carian cepat di Google, tetapi itu tidak bermakna anda akan mengintip mesej media sosial dan teks mereka.

Apa Anda Boleh Lakukan Selain Periksa Telefon Pasangan

Walaupun anda berada dalam situasi di mana anda mempunyai peluang untuk memeriksa telefon pasangan anda, cuba untuk menahan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan lupakan niat itu.

Dr. Tirrel DeGannes mencadangkan beberapa langkah agar anda tidak memeriksa telefon pasangan anda.

  • Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda seperti bertanyakan bagaimana hari mereka. Kongsikan juga hari anda
  • Luahkan kepada pasangan anda sekiranya anda berasa mahu memeriksa telefon mereka
  • Berbincang dengan pasangan untuk tidak menyimpan rahsia dalam hubungan anda

Jika kekasih anda tidak membenarkan anda untuk memeriksa telefon mereka, masuk akal kalau anda ada rasa curiga. Kemungkinan juga anda menyembunyikan telefon dan pasangan anda berasa curiga.

Ia normal untuk isu seperti ini timbul sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam hubungan. Mungkin anda rasa dengan memeriksa telefon pasangan, anda boleh mengelakkan diri daripada melakukan perbincangan yang sukar.

Tapi untuk mendapatkan sebuah hubungan yang sihat, anda perlu berkomunikasi secara terbuka dengan mereka dan menjadikan kejujuran sebagai asas dalam hubungan yang sihat.

Mulakan perbualan dengan menjelaskan kenapa anda mahu memeriksa telefon pasangan anda. Usaha untuk membina kepercayaan yang kukuh sehingga anda berasa anda telah mengetahui semua maklumat.

Ini bukanlah penyelesaian yang cepat, namun ia memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak untuk menjayakan sesebuah hubungan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Suka Follow Perempuan Seksi, Ini Hukumnya Dalam Islam

Baca juga: 50 Nama Panggilan Tersayang Unik, Buat Hubungan Suami Isteri Makin Romantis, Sayang Sentiasa

Baca juga: Poligami Dalam Islam: Poligami Maksud, Syarat Poligami & Hukum Poligami Tanpa Izin Istri

Penulis

Anis