X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)

3 min bacaan
5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)

Tiada siapa pernah cakap tentang perangai semulajadi seorang kanak-kanak ketika membesar. Kalau anda tahu 5 perkara ini dari awal, pasti senang kerja anda!

Ada sesuatu tentang anak yang kita tidak tahu…

Sebagai ibu bapa, kita berazam ingin jadi yang terbaik untuk anak-anak. Sebab itu kalau boleh, semua tip tentang keibubapaan kita nak baca dan guna.

Kebanyakan tip memang membantu. Tapi, ada sesuatu tentang pengalaman membesarkan anak ini yang kita tak tahu.

Ia tentang perangai semulajadi seorang kanak-kanak, iaitu anak kita sendiri. 

5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)

Tapi, perkongsian dari seorang doktor, ibu kepada 3 orang anak, dan Pengarah Barnard College Center For Toddler Development ini akan membuka mata anda tentang perangai semulajadi mereka.

Dr. Tovah Klein telah memerhati tingkahlaku kanak-kanak sejak 20 tahun lalu. Kini, beliau mendedahkan 5 rahsia tentang membesarkan anak yang tiada siapa beritahu anda.

Mari baca apa yang beliau bongkarkan.

1. Anak kecil tak faham konsep jam (waktu)

perkara tentang anak

Kredit: iStock

Mesti ramai ibu bapa yang frust dan naik angin bila anak kecil tak faham maksud “kita kena kemas/gerak SEKARANG“. 

Mereka macam tidak faham langsung konsep waktu/jam. Dan sebenarnya, mereka memang tak faham pun!

Menurut Dr Klein, minda kanak-kanak masih belum membentuk konsep tersebut kerana ia sedang membangun. 

Jadi, mereka hanya faham tentang waktu sekarang. Bila anda cakap “kita akan kemas 5 minit lagi”, mereka faham yang kalian tidak akan mengemas sekarang. 

Anda mungkin boleh ajar anak tentang konsep waktu ini dengan ayat – pertama sekali, kemudian, nanti dan sebagainya.

Tapi mereka hanya akan betul-betul faham apabila masuk ke sekolah kelak.

2. Mereka anggap dunia tentang kuasa dan kawalan

perkara tentang anak

Kredit: iStock

Cuba anda perhati perangai mereka.

Mesti ada saja yang mereka ingin komen/cakap tentang apa yang mereka mahu makan, ke mana mereka nak pergi dan apa mereka nak pakai, kan?

Ini kerana mereka sedang belajar untuk buat keputusan.

Sebab itu bila mereka buat perangai ketika memilih nak pakai baju, anda perlu tanya baju apa yang mereka mahu pakai sebenarnya.

Biar mereka buat keputusan supaya mereka rasa ada kawalan. Tapi jangan beri terlalu banyak pilihan untuk mereka pilih.

3. Mereka takkan gembira kalau mereka tidak mahu

perkara tentang anak

Kredit: iStock

Anda mesti ingat anak-anak akan gembira kalau mereka dapat apa yang mereka mahu. Tapi sebenarnya tak.

Mereka akan gembira kalau mereka rasa selamat. Selamat di sini bermaksud mereka tahu tiada apa akan terjadi pada mereka.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Contohnya jika anda kehabisan gula-gula yang mereka suka, anda pasti mahu terus pergi beli ia kan? 

Tapi, kalau anda mengajar anak yang tanpa gula-gula itu, tiada apa pun yang akan terjadi, mereka akan faham yang mereka “selamat”.

Di situ, anda bukan saja membantu mereka melalui sesuatu fasa, malah anda juga mengajar mereka tentang mengenali emosi.

4. Mereka perlu bangun dan jatuh

perkara tentang anak

Kredit: iStock

Ibu bapa mana yang mahu anak mereka cedera atau gagal? Tapi, mereka perlu perkara itu untuk pengalaman.

Kegagalan mengajar kanak-kanak untuk menghadapi waktu sukar, malah meningkatkan semangat mereka.

Dari kegagalan mereka belajar yang hidup ini penuh cabaran dan anda perlu buat kesalahan untuk belajar.

5. Biar anak jadi diri sendiri

5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)

Sifat anak yang penuh rasa ingin tahu, nak cuba pelbagai benda, suka mendesak malah degil memang boleh buat semua ibu bapa gila.

Tapi percayalah, semua kualiti itu yang membentuk diri mereka yang sebenar. Dari pembentukan itu, mereka akan lebih berjaya di kemudian hari.

Asalkan anak tidak membahayakan orang lain (seperti membuli), cukuplah membiarkan mereka membentuk diri sendiri dengan didikan dari anda.

Sekarang semuanya masuk dek akal, kan? Sepatutnya 5 perkara ini harus diketahui oleh semua ibu bapa.

Mungkin apabila kita tiada nanti, kita meninggalkan anak-anak dan generasi yang berguna buat masa hadapan 🙂

Sumber rujukan: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperangai-anak-nakal-atau-tidak/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)
Kongsikan:
  • Anak Dengan 2 Kemahiran Ini Akan Lebih Berjaya Dan Mampu Masuk Kolej

    Anak Dengan 2 Kemahiran Ini Akan Lebih Berjaya Dan Mampu Masuk Kolej

  • Tips Membesarkan Anak Lelaki

    Tips Membesarkan Anak Lelaki

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Anak Dengan 2 Kemahiran Ini Akan Lebih Berjaya Dan Mampu Masuk Kolej

    Anak Dengan 2 Kemahiran Ini Akan Lebih Berjaya Dan Mampu Masuk Kolej

  • Tips Membesarkan Anak Lelaki

    Tips Membesarkan Anak Lelaki

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.