Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 2 Tahun, Aktif Meneroka & Sepahkan Rumah Tanda Mereka Bijak!

undefined

Perkembangan fizikal kanak-kanak 2 tahun kini semakin aktif berjalan dan meneroka dunia sekeliling mereka. Jadi ibu kena banyakkan bersabar

Pantas waktu berlalu. Terasa bagaikan semalam ibu baru melahirkan anak, kini si manja sudah berusia 2 tahun, boleh berjalan dan bantu ‘kemaskan’ rumah. Justeru adalah penting untuk anda mengetahui perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia ini agar mereka membesar dengan baik.

Dalam peringkat usia perkembangan anak 24 bulan, anda dapat rasai anak berkembang dengan begitu cepat. Bahkan sedikit ‘struggle’ untuk jaga dan mengawal mereka di waktu ini.

Perkembangan fizikal kanak-kanak umur 2 tahun

Perkembangan bayi 2 tahun

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor kanak-kanak yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti menggunakan fizikal. Kanak-kanak mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.

Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

Melangkah masuk usia 2 tahun, si manja akan kini lebih yakin dengan kebolehan fizikal mereka. Disebabkan itulah mereka selalu aktif bermain dan tidak tahu bila akan berhenti.

Biasanya si kecil anda suka berlari (selalunya menjauhkan dari anda, berayun, memanjat, dan menaiki mainan. Benjolan dan terjatuh adalah perkara biasa.

Namun jangan biarkan anak kecil anda berlari terlalu jauh atau memanjat tanpa pengawasan orang dewasa kerana mereka belum memahami tentang keselamatan. Jadi andalah yang perlu memastikan mereka selamat.

Sediakan banyak peluang untuk bermain dengan peralatan selamat mengikut kesesuaian usia si manja.

Perkembangan fizikal kanak-kanak 2 tahun, apa yang boleh si manja lakukan?

Apabila anak berumur 2 tahun, anda mungkin akan melihat beberapa perubahan besar hampir setiap bulan. Mereka mungkin memperoleh sedikit kebebasan apabila mula menerokai persekitaran mereka sendiri.

Terdapat juga kemungkinan besar mereka menunjukkan minat untuk mencuba melakukan lebih banyak perkara tanpa bantuan ibu ayah.

Menurut kaunselor profesional berlesen dan penyelia terapi permainan berdaftar, Suzanne Davis mengatakan ketika usia 2 tahun, imaginasi si manja anda mula berkembang.

“Bagi seorang kanak-kanak, bermain mempunyai tujuan dalam berkomunikasi dan memahami dunia mereka sebagaimana [mereka] melihatnya. Setiap sesi bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak kerana ia menyokong pergaulan, pembelajaran, penyelesaian masalah kreatif, dan meluahkan fikiran dan emosi.” katanya.

Justeru ada beberapa perkara yang boleh ibu teliti sebagai tanda perkembangan fizikal kanak-kanak seiring dengan usianya iaitu:

#1. Mampu menyusun blok

Anda mungkin perasan perkembangan anak 2 tahun sudah mula pandai mengawal pergerakan tangan dan jari mereka dengan lebih baik, yang merupakan tanda bahawa mereka sedang membina kemahiran motor halus.

Kebanyakan kanak-kanak berumur 2 tahun boleh menyusun sekurang-kurangnya empat blok dan meletakkan bulat. atau pasak persegi ke dalam lubang.

#2. Berlari, melompat dan memanjat

Menjelang usia 2 tahun, otot si manja mula berkembang yang meningkatkan kemahiran memanjat dan berlari mereka.

aktiviti anak 2 tahun

Kebanyakan perkembangan anak 2 tahun boleh memanjat perabot, berdiri di atas hujung kaki dan berlari jarak dekat.

Si kecil juga akan mula berjalan lebih seperti orang dewasa, berjalan di sebelah anda tanpa jatuh, dan memberanikan diri untuk naik turun tangga dengan sedikit bantuan.

#3. Membaling dan menangkap bola

Anak kecil anda suka mencuba untuk bermain tangkapan sekarang! Menjelang usia 2 tahun, mereka berkebolehan membaling bola dan cuba menangkapnya dengan kedua-dua tangan.

Si kecil anda mungkin tidak berjaya setiap masa, tetapi mereka mula memahami konsep menangkap dan membaling.

Pemain bola sepak baru anda juga sedang belajar cara menendang bola. Jadi banyak masa di luar adalah cara terbaik untuk membantu mereka menguasai kemahiran baharu menyeronokkan ini sebagai tanda perkembangan anak 2 tahun yang optimum!

Perkembangan bayi 2 tahun: kognitif dan psikologi si kecil

  • Perkembangan kanak-kanak usia 2 tahun dari aspek kognitif adalah anak sudah pandai menggunakan huruf dalam tafsirkan sesuatu perkara
  • Masa yang sesuai untuk perkenalkan benda baru pada anak 
  • Mereka akan memberitahu apa yang diingini dan tempat yang mereka nak pergi. Contohnya pergi ke arah pintu untuk keluar bermain di luar atau ke dapur bila berasa lapar. 
  • Perkembangan kanak-kanak 2 tahun: Pandai melukis alam sekitar seperti awan, pokok, buah dan sebagainya.
  • Dapat membezakan haiwan seperti ayam dan itik, lembu dan kerbau serta lain-lain. 
  • Mereka akan ada karakter kartun yang disukai seperti Omar Hana, Didi & Friends, Upin Ipin, Baby Shark dan lain-lain. 

Perkembangan kanak-kanak: Sosial dan emosi

  • Perkembangan dari sudut kemahiran perhubungan  dengan orang sekeliling. 
  • Kadang-kadang tunjuk sikap tak ‘semengah’ iaitu tantrum, menjerit atau merajuk
  • Beremosi bila ibu dan ayah tinggalkan mereka sekejap untuk ke kedai atau tempat kerja. 
  • Suka bermain dengan kanak-kanak yang lain. 

Perkembangan bayi 2 tahun: Bahasa dan komunikasi 

  • Petah bercakap (kadang-kadang bunyi pelat) untuk terangkan dunia di hadapan mereka. Tatabahasa mereka juga sedang berkembang tapi belum sepenuhnya. Perlahan-lahan ajar. Contoh 

“Ibu nak nasi”, “Ibu nak susu” , “Lapar” 

  • Masa yang sesuai untuk ajar anak jenis-jenis warna, bentuk dan tekstur sesuatu benda supaya mereka mudah belajar.
  • Mereka juga sudah pandai meminta untuk dibelikan sesuatu seperti minta belikan buku, inginkan barang mainan dan sebagainya. 
  • Paling best mereka sudah mula pandai bercakap dan ceritakan pengalaman mereka itu. Contohnya

Tadi main, adik jatuh. Sakitlah ibu”  

Dari situ anda boleh perkembangkan kebolehan berbahasa mereka.

Perkembangan bayi 2 tahun atau 24 bulan: Nutrisi dan kesihatan 

  • Perkembangan anak 24 bulan juga, mereka sedikit cerewet jika anda hidangkan makanan yang tak menarik di mata mereka hingga hilang selera makan.
  • Dilarang suap makanan ringan kerana mereka akan menolak makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran.
  • Menyediakan makanan yang kaya dengan zat dan nutrisi. 
  • Menyediakan lebih banyak ikan, daging dan  sayur-sayuran hijau gelap. Supaya dapat meningkatkan zat besi dalam tumbuh serta mencipta sel-sel darah baru. 

Tips untuk ibu bapa 

  1. Sentiasa menjadi orang ‘penting’ dalam hidup anak-anak dan sumber rujukan mereka terhadap sesuatu perkara. 
  2. Perkembangan mereka ketika ini juga mudah menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling.
  3. Ibu bapa harus terus memberikan perhatian terhadap perkembangan mereka.
  4. Beri rehat yang secukupnya kepada mereka supaya bertenaga sepanjang hari.
  5. Biarkan mereka meneroka permainan mereka walaupun keadaan rumah akan jadi berselerak. 
  6. Galakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain supaya dapat membina pergaulan yang baik. 
  7. Sentiasa perhatikan anak-anak ketika bermain dengan kanak-kanak lain kerana dalam waktu ini ada ketikanya anak-anak suka ‘memukul’ bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu. 

Perkembangan bayi dan aktiviti anak 2 tahun

Jumlah jam tidur kanak-kanak 2tahun

  • Memancing getah
  • Straw Painting/Blowing Paint. Aktiviti meniup ni sangat membantu perkembangan bayi dan digalakkan untuk anak-anak speech delay. Tapi jangan la sekali buat terus expect esok lusa anak dah boleh bercakap lancar ya!

  • Sticker lines activity. Meningkat daya fokus anak dan menguatkan otot jari mereka
  • Circle Painting. Kerat gelung tisu bagi pendek dan celup dalam watercolour.

Jumlah jam tidur kanak-kanak 2tahun

Jumlah jam tidur kanak-kanak 2 tahun biasanya adalah 12 hingga 13 jam sehari. Ini termasuklah 1 hingga 2 jam pada siang hari bagi membantu menggalakkan pembelajaran dan pembangunan yang optimum.

Beberapa perubahan yang berkaitan dengan tidur biasanya berlaku dalam tempoh usia ini iaitu:

  • Kurang tidur waktu siang disebabkan aktif bermain
  • Tempoh tidur malam yang lama
  • Kurang berjaga malam kerana penat bermain

Setiap kanak-kanak adalah berbeza, jadi jangan terlalu risau jika anak kecil anda mempunyai corak tidur dan jumlah jam tidur kanak-kanak yang berbeza dengan yang diterangkan di sini.

Pada masa ini, tumbesaran bayi anda mungkin mengurangkan bilangan dan tempoh tidur siang. Apabila otak anak berkembang dengan cepat, mereka mungkin mengalami ketakutan pada waktu malam dan memerlukan keselesaan tambahan.

Bukan itu sahaja adalah normal jika anda mendapati anak sukar tidur apabila diajak masuk ke dalam bilik pada waktu malam kerana masih ingin bermain.

Susu untuk anak 2 tahun keatas

Kebanyakan ibu akan menghentikan penyusuan badan atau wean off setelah anak memasuki usia 2 tahun.

Ada beberapa jenis susu untuk anak 2 tahun keatas yang boleh anda berikan dengan selamat bagi menyokong tumbesaran bayi.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, Ibu ayah perlu pelbagaikan makanan anak, supaya mereka tak bergantung lagi dengan susu.

Lepas 2 tahun, tak perlu bagi susu secara harian untuk anak. Banyak sumber kalsium, DHA, dari makanan segar lain yang patut anak ambil.

Susu-susu ni, hanya untuk anak umur 1 tahun dan ke atas.

Susu untuk anak 2 tahun

Kadang kita pelik anak tak nak makan nasi, rupanya sebab dia dah kenyang dengan susu formula tinggi gula. Cuba kita stop kejap susu untuk anak yang macam ni, anak mesti lapar, dan akan cari jugak makanan.

Niat perlu ada, untuk kurangkan susu pada anak bila umur dah injak 2 tahun. Kurangkan perlahan-lahan. Bukan drastik stop terus semua susu anak. Terkejut dia nanti, kesian.

Makanan pengganti nasi untuk anak 2 tahun

Sesetengah si kecil anda menolak nasi hingga ramai ibu buntu dalam menyediakan makanan berkhasiat dan mengandungi nutrisi lengkap buat mereka.

Berikut beberapa cadangan makanan pengganti nasi untuk anak 2 tahun:

  • Bijiran oat adalah makanan yang sihat dan kaya serat
  • Pasta atau makanan hidangan barat boleh memikat selera si manja
  • Kentang menjadi pilihan pertama sebagai makanan pengganti nasi untuk anak 2 tahun
  • Kacang hijau memiliki nutrisi lengkap
  • Kinoa dengan rasa dan tekstur yang unik
  • Jagung manis
  • Kacang hijau
  • Roti tawar
  • Ubi kayu

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!