TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sekejap Saja Anak Bakal 6 Tahun! Apa Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan?

4 min bacaan
Sekejap Saja Anak Bakal 6 Tahun! Apa Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan?

Pejam celik pejam celik, anak bakal masuk 6 tahun kelak! Agaknya, apa perkembangan anak umur 5 tahun 11 bulan ini? Jom kita semak!

Daripada seorang bayi yang merangkak, anak kini boleh melompat, berlari dan memanjat dengan mudah pada umur 5 tahun 11 bulan. Apa lagi yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak 5 tahun 11 bulan mereka?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak 5 tahun 11 bulan.

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan: Adakah Anak Anda Di Landasan Yang Tepat?

perkembangan anak umur 5 tahun 11 bulan

Perkembangan Fizikal

  • Menari mengikut rentak
  • Mengayuh basikal
  • Boleh belajar sukan yang memerlukan lebih banyak kemahiran fizikal yang terkawal
  • Memegang pen atau pensil menggunakan genggaman tiga jari
  • Lompat tali
  • Berdiri atas satu kaki dengan mata tertutup untuk beberapa saat
  • Menendang bola
  • Menggunting bentuk dengan mahir
  • Lari dengan cepat dan tangkas

Petua keibubapaan

  • Pastikan anak anda meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari
  • Galakkan budaya aktif dan sertai aktiviti yang membantu perkembangan fizikal bersama-sama seluruh keluarga.
  • Hadkan masa menonton skrin ke sejam setengah setiap hari
  • Masukkan anak anda ke dalam sebarang kelas fizikal seperti berenang, tarian atau bola sepak.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Hilang kemahiran yang pernah dipelajari
  • Tak boleh menggenggam pen atau pensil dengan betul
  • Mengalami kesukaran melihat atau mendengar
  • Kerap terjatuh apabila sedang aktif

Perkembangan anak umur 5 tahun 11 bulan: Perkembangan kognitif

perkembangan anak 5 tahun 11 bulan

  • Kenal huruf-huruf dengan arif
  • Mengira sampai 20 ke atas
  • Membaca perkataan yang terdiri daripada dua huruf
  • Berdebat menggunakan logik
  • Faham konsep masa silam, masa sekarang dan masa depan
  • Mengulang tiga nombor ke belakang
  • Tahu perbezaan antara siang dan malam, kiri dan kanan.
  • Mula membaca buku yang sesuai dengan umur mereka
  • Bertanya soalan dan menjawab soalan
  • Menunjukkan minat untuk belajar lebih lanjut tentang dinosaur, angkasa lepas dan sejarah purba

Petua keibubapaan

  • Dapatkan anak anda kad perpustakaan supaya mereka boleh selalu melawat dan meminjam buku.
  • Jawab soalan anak anda dengan soalan untuk memupuk pemikiran kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah
  • Bawa anak anda berjalan dalam alam sekitar dan melawat muzium serta zoo.
  • Membaca, membaca dan membaca!
  • Jangan memaksa anak anda belajar dan melakukan aktiviti akademik

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Gagal mengira ke 20
  • Gagal kenal pasti huruf-huruf
  • Tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar benda baru

Perkembangan sosial dan emosi

tumbesaran anak umur 5 tahun 11 bulan

  • Kuat bersosial dan rela berkongsi mainan
  • Mengikut peraturan permainan
  • Kuat mengarah
  • Mempunyai empati terhadap orang lain
  • Memujuk rakan-rakan mereka yang sedih atau marah
  • Lebih suka bermain dengan rakan sama jantina
  • Ingin bermain dengan rakan-rakan lebih daripada bermain berseorangan
  • Menggunakan perkataan seperti “tolong” dan “terima kasih”
  • Jarang tantrum tapi masih akan menangis jika sedih
  • Mahu disayangi anda dan menggembirakan anda
  • Suka mendapat pujian
  • Mempunyai rakan baik
  • Mengikut arahan

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Jangan paksa anak berinteraksi dengan orang lain. Masukkan mereka ke dalam aktiviti berkumpulan atau atur temu janji dengan kanak-kanak lain di rumah.
  • Kenalkan adab makan kepada anak anda
  • Bantu anak anda untuk belajar tingkah laku yang baik di rumah dan di luar.
  • Tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda. Hormat orang lain dan tunjukkan empati.
  • Disiplinkan anak anda dengan tegas, tanpa menjadi marah-marah
  • Ajar anak anda tentang bahaya berinteraksi dengan orang asing
  • Elakkan memenuhkan hari anak anda dengan aktiviti kerana mereka perlu untuk merasa bosan sekali-sekala.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda

  • Menunjukkan emosi yang melampau, dan tantrum yang kerap.
  • Tak nak bermain dengan kanak-kanak lain.
  • Menjadi ganas bila marah

Perkembangan Anak 5 Tahun 11 Bulan: Perkembangan Nutrisi

tumbesaran anak 5 tahun 11 bulan

  • Pastikan anak anda mendapat nutrisi daripada makanan secukupnya, elakkan daripada makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Anak anda memerlukan 1200 kcal sehari dan tidur yang cukup

Nutrisi penting:

  • 1,000 mg kalsium 
  • 10 mg zat besi
  • 10 gram Omega-6
  • 0.9 gram Omega-3
  • 130 mg Magnesium
  • 0.4 mg Vitamin A
  • 25 mg Vitamin C
  • 7 mg Vitamin E
  • 3,800 mg Potassium
  • 5 mg zinc

Vaksin dan Penyakit Kerap

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Dalam tempoh usia ini juga anak anda akan kerap mendapat flu dan selsema, jangan terlampau risau, kerana proses ini akan membantu menguatkan daya tahan imuniti anak anda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Demam panas dengan suhu lebih 39 celcius
  • Muntah-muntah atau cirit birit lebih daripada dua hari
  • Mempunyai kesan lebam di tubuh badan
  • Anak anda mengadu tentang sebarang kesakitan

Baca juga:

7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • Sekejap Saja Anak Bakal 6 Tahun! Apa Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 11 Bulan?
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham