Anak anda pasti kerap mengagumkan anda setiap hari dalam perkembangan anak 5 tahun 8 bulan. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 8 bulan mereka?
Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak pada usia ini.
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 8 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Menyarung dan menanggalkan pakaian tanpa bantuan
- Mengikat tali kasut
Tips Untuk Ibu Bapa
- Cipta pelbagai jenis permainan untuk bermain dengan anak anda di luar bersama-sama.
- Galakkan anak anda berlatih menulis
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tak boleh berlari tanpa terjatuh atau tersungkur
- Gagal berdiri atas satu kaki
- Mengalami kesukaran menggenggam pen atau pensil dengan betul
Perkembangan Kognitif
- Kira sampai 50 ke atas
- Menulis dan membaca serba sedikit
- Faham konsep “semalam”, “hari ini” dan “esok”.
- Kenal konsep “masa lepas”, “sekarang” dan “masa depan”.
Tips Untuk Ibu Bapa
- Dapatkan mainan yang boleh membantu perkembangan kognitif seperti susun suai gambar, blok dan alat seni.
- Kenalkan permainan yang memerlukan anak anda untuk berfikir. Contoh: pencarian harta karun
- Jadikan setiap aktiviti harian sebagai peluang untuk anak anda belajar
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal mengira sampai 20.
- Tak boleh membaca ayat yang mudah, terdiri daripada tiga atau empat perkataan.
- Tidak menunjukkan rasa ingin belajar atau rasa ingin tahu
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Menangis apabila sedih atau kecewa.
- Sertai perbualan dengan orang dewasa
- Bermain dengan rakan-rakan lain dengan baik
- Berkongsi mainan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Elakkan menipu kepada anak anda, kerana mereka akan mengikut contoh yang anda tunjukkan.
- Jangan memperkecilkan perasaan anak anda. Tanya kenapa dan kenal pasti jenis emosi untuk anak anda.
- Jika anak anda tak nak memeluk seseorang, walaupun seorang ahli keluarga, jangan paksa mereka.
- Beri masa kepada anak anda jika mereka tak nak bermain dengan rakan-rakan lain.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Menunjukkan perubahan tingkah laku yang drastik.
- Tantrum yang ganas dan datang dengan tiba-tiba.
- Langsung tak nak bermain dengan kanak-kanak lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Cuba berkomunikasi seperti orang dewasa
- Faham setiap arahan yang anda bagi
- Memberi arahan kepada orang lain, terutamanya kanak-kanak yang lebih muda
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda untuk bercakap di depan cermin.
- Ingat untuk tunjukkan contoh yang baik dan gunakan perkataan seperti “tolong” dan terima kasih”. Kawal tona suara jika anda sedang marah atau kecewa.
- Belikan anak anda buku-buku yang sesuai dengan umur mereka.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagap
- Gagal menyusun ayat yang mudah
Perkembangan Nutrisi
- Anak anda memerlukan 1200-2000 kcal sehari dan tidur yang cukup
Jumlah sajian yang dicadangkan:
- 0.5 cawan protein
- 1 – 1.5 cawan buah-buahan
- 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
- 0.75 cawan bijirin
- 2.5 cawan susu
Tips Untuk Ibu Bapa
- Ajar anak anda tentang bahaya yang ada di sekeliling mereka.
- Libatkan anak anda dalam menyediakan sarapan bawah pengawasan anda
- Kenalkan anak anda kepada pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan daging untuk nutrisi yang seimbang.
- Elakkan memberi anak anda air berkarbonat dan gula-gula.
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya.
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Baca juga:
Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir