Melihat perkembangan anak usia 46 bulan atau tiga tahun 10 bulan ini, tentunya anda terfikir cepat betul si kecil membesar. Bagai tak percaya!
Dalam perkembangan anak usia 46 bulan, anda akan rasa begitu seronok melihat tumbesaran mereka dari pelbagai sudut sama ada fizikal, kognitif, bahasa mahupun kesihatan.
Ini yang anda harapkan seterusnya…
Perkembangan anak usia 46 bulan: Perkembangan Fizikal
Kredit: cucutoys.com
Dalam perkembangan anak usia 46 bulan, kemahiran bermain si kecil semakin berkembang pesat. Dia mempunyai keupayaan untuk melompat dan berdiri di atas satu kaki hingga lima saat.
Aspek pergerakan lain juga, si kecil dilihat pandai menendang bola terutamanya bagi anak lelaki. Malah dia begitu tangkas menangkap bola dan membalingnya.
Luangkan masa bersama anak untuk melihat lebih banyak kemahiran motor kasar si kecil itu. Pasti anda akan rasa kagum!
Tips
- Ini merupakan masa yang baik untuk memulakan eksperimen terhadap beberapa permainan bola bagi melihat lebih banyak kemahiran motor kasar anak.
- Anda juga boleh meningkatkan kemahiran melukis anak. Jadikan itu sebagai kenangan dan memori terindah sewaktu dia kecil.
Bila patut jumpa doktor?
Benar, kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Namun jika anak umur tiga hingga empat tahun masih tidak tahu melakukan aktiviti di atas.
Anda patut risau. Segera berjumpa doktor untuk berbincang berkaitan tahap perkembangan anak usia 46 bulan ini.
Perkembangan anak usia 46 bulan: Perkembangan Kognitif
Kredit: rebanas
Perkembangan anak usia 46 bulan ini, si kecil sudah pandai melihat pelangi malah dia juga menamakan setiap warna-warna itu.
Selain itu, ibu bapa juga akan mendengar celoteh anak mengajukan soalan dan menunjukkan sesuatu dalam buku kegemaran mereka.
Tapi, parents anda tetap kena banyakkan bersabar sebab anak dalam usia ini memang suka bertanya. Ada saja yang dia nak teroka dan nak tahu. Layan sajalah okey?
Tips
- Memupuk kreativiti anak dengan membuat kerja-kerja seni seperti DIY dan sebagainya
- Teruskan membaca buku kepada anak sewaktu si kecil mahu tidur.
- Dapatkan buku cerita dengan gambar yang terang dan kata-kata yang mudah.
Bila patut jumpa doktor?
Jika ada sebarang kebimbangan seperti anak kecil tidak berkembang seperti mana yang disebut di atas, segera bawanya berjumpa ahli pediatrik untuk membantu.
Perkembangan anak usia 46 bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi
Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam membangunkan kemahiran sosial dan emosi anak.
Menjelang umur ini juga, si kecil suka berkawan dan menunjukkan minat tentang sesuatu perkara baru.
Dari situ dia akan belajar sesuatu. Malah, dia juga tidak kekok untuk berkongsi barang permainan kesayangannya bersama anak-anak yang lain.
Si kecil juga tidak mahu dibantu untuk butangkan kemaja baju, ingin mengikat tali kasut sendiri dan membasuh pinggan selepas makan. Ini adalah perkembangan yang sangat positif!
Namun, dalam usia ini juga si kecil suka permainan fantasi dan imaginasi contohnya…
“Ibu tadi kan Haziq nampak raksasa, dia nak makan Haziq”
Jangan risau ia adalah normal. Tapi sebagai ibu, anda harus lebih bijak untuk mengatasi fantasi anak itu supaya tidak keterlaluan hingga menyebabkan si kecil rasa takut setiap malam.
Tips
- Berikan maklumat ringkas sekiranya anak sering bertanyakan soalan.
- Pastikan anda menjaga perasaannya supaya dia tidak berkecil hati kerana umur ini mereka sudah pandai bersedih dan merajuk.
Bila patut jumpa doktor?
- Tingkah laku yang mencabar seperti memukul tanpa kawalan. Anda harus mendapatkan nasihat doktor.
Perkembangan anak usia 46 bulan: Perkembangan Bahasa dan Pertuturan
Kredit: tribunnews
Dalam perkembangan anak usia 46 bulan, ini adalah masa terbaik untuk berbual kosong dengan anak.
Layankan kemahiran berbahasa anak supaya penguasaan pertuturannya semakin baik setiap hari. Anda juga pasti teruja bila dia sudah pandai menyebut perkataan-perkataan baru.
Tips
- Muzik dan video sesuai untuk dijadikan medium hebat bagi membantu perkembangan mereka.
- Baca puisi atau sajak untuk meningkatkan pertuturan bahasa anak.
- Jangan lupa mengucapkan pujian dan galakan supaya anak tidak malu untuk bercakap.
Bila patut jumpa doktor?
Bawa berunding dengan pakar pertuturan sekiranya anak masih tidak boleh membentuk ayat atau tidak pandai mengikut arahan lisan.
Perkembangan anak usia 46 bulan: Perkembangan Kesihatan dan Nutrisi
Kanak-kanak berusia 46 bulan dapat menikmati pelbagai makanan yang sihat.
Pada ketika ini, anak anda mungkin telah mengembangkan citarasa makanannya dan dapat dilihat secara terang, si kecil sudah pandai membuang sayur yang diletakkan dalam pinggan kecilnya. Aduhailah anak!
Bahkan, mereka juga kadang-kadang enggan makan selama beberapa hari. Namun usah bimbang, ini adalah tingkah laku biasa dalam kumpulan anak umur ini.
Untuk memeastikan dietnya seimbang. Tawarkan empat kumpulan makanan semasa makan seperti protein, vitamin, mineral dan karbohidrat. Supaya si kecil yang sedang aktif semakin bertenaga setiap hari.
Tips
- Jika anak sukar untuk makan. Pelbagaikan makanan si kecil setiap hari supaya menarik minatnya untuk menikmati hidangan tersebut. Tapi pastikan hidangan berkhasiat dan cukup zat.
- Berikan snek sihat setiap petang seperti nugget homemade, bubur pisang, roti pizza dan lain-lain.
Bila patut jumpa doktor?
- Jika anda dapati anak kehilangan banyak berat badan, segera dapatkan nasihat doktor.
Ingatlah kenangan ini paling dihargai anda apabila si kecil semakin meningkat umurnya. Jadikan memori terindah ini dengan perjalanan yang cukup menggembirakan. Semoga artikel ini beri manfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!