Perkembangan Bayi 6 Bulan: Penting Bantu Bayi Rangsang Kemahiran Kognitif

Setiap bayi yang mengalami tumbesaran yang sihat pasti akan mempunyai banyak perkembangan baru, dan sudah menjadi tugas ibu dan ayah untuk menggalakkan perkembangan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari demi hari, ibu dan ayah pasti akan meniliti setiap gerak geri dan perkembangan bayi mereka. Terutamanya, apabila umur bayi meningkat ke 6 bulan, ibu dan ayah dapat meneliti lebih banyak perkembangan si manja terutamanya dalam kemahiran kognitif mereka.

Dengan terlalu banyak terma-terma perkembangan bagi si manja, tentu mudah untuk sesiapa sahaja rasa keliru; kemahiran motor haluslah, kemahiran motor kasarlah, dan dalam artikel ini pula kami akan bercerita tentang kemahiran kognitif pula!

Tetapi, apakah itu kemahiran kognitif?

Perkembangan Kognitif Bayi 6 Bulan

Kemahiran kognitif ialah kemahiran yang membenarkan bayi anda untuk boleh berfikir, membaca, belajar, mengingat serta memberi perhatian. Secara amnya, ia adalah kemahiran yang berada di dalam otak si manja untuk membantu si manja untuk berfikir secara sendiri.

Dan pada ketika bayi menjangkau usia 6 bulan, ibu dan ayah dapat melihat beberapa perkara baru yang menandakan si manja mengalami perkembangan kognitif.

  • Melihat persekitaran sekeliling
  • Sentiasa menyua objek ke mulut sendiri
  • Menunjukkan minat terhadap perkara baru dan sentiasa hendak mencapai objek tersebut
  • Menukar barangan dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain
  • Cuba menyebut nama objek yang mereka kehendaki atau gemari
  • Melihat lantai setelah menjatuhkan mainan, menunjukkan mereka tahu di mana objek tersebut jatuh

Perkara-perkara ini adalah normal bagi si manja yang sedang membesar, dan jika anak dapati si manja anda tidak menunjukkan reaksi-reaksi seperti yang di atas, anda boleh berjumpa dengan pakar kanak-kanak anda untuk mendapatkan nasihat dan sebab mengapa si manja tidak menunjukkan perkembangan yang biasa.

Tetapi, sebelum itu, anda boleh mencuba menggalakkan perkembangan kognitif si manja dengan beberapa cara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Galakkan Perkembangan Kemahiran Kognitif Bayi

#1. Membaca buku bersama anak

Untuk membacakan buku kepada si manja, anda boleh menggunakan buku yang mempunyai tekstur yang berbeza-beza dan mempunyai kepelbagaian dalam warna untuk menarik minat bayi.

Buku papan atau buku yang diperbuat dari kain vinyl adalah yang terbaik untuk si manja supaya mereka boleh memegang dan mencapai buku tersebut tanpa risiko terkena luka dari kertas.

#2. Bermain dengan anak patung

Ketika usia baby 6 bulan, mereka akan mula mengeluarkan bunyi yang seakan-akan menyebut perkataan. Ini permulaan pada kemahiran komunikasi si manja.

Jadi, untuk menggalakkan si manja fasih berbual dengan peningkatan usia mereka, anda boleh bermain dengan anak patung bersama mereka dan menggunakan intonasi dan suara yang berbeza-beza bagi setiap patung; lebih kurang macam berlakon jugalah.

#3. Memperkenalkan mainan yang merangsang pemikiran

Dengan permainan yang dapat merangsang pemikiran si manja, mereka akan mula belajar kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah yang juga contoh-contoh kemahiran kognitif.

Antara permainan yang anda boleh cuba perkenalkan ialah seperti mainan memasukkan blok ke dalam bekas mengikut bentuk-bentuk mereka atau permainan seperti Lego.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bermain dengan mainan yang mempunyai fungsi yang berbeza

Ketika si manja anda menjangkau usia 6 bulan, mereka akan banyak mempelari perkara-perkara baru. Oleh itu, anda boleh mula memperkenalkan mainan yang mempunyai fungsi seperti menarik, memusing dan menolak serta mempunyai butang-butang yang berbeza. Mereka juga akan mula mengingati fungsi setiap butang pada mainan tersebut.

#5. Menyuap makanan

Anda juga boleh bermain suap menyuap makanan lembut dan sediakan finger food yang selamat untuk bayi. Kemahiran kognitif si manja akan tercabar dengan elok apabila mereka hendak membiasakan diri dengan makan sendiri walaupun akan lebih kepada bermain!

#6. Meletakkan cermin kalis pecah berdekatan si manja

Walaupun anak anda masih tidak dapat mengecam muka mereka sendiri, tetapi apa yang mereka akan nampak ialah seseorang yang menunjukkan memek muka yang berbeza-beza terhadap mereka. Lama-kelamaan anak anda akan mula belajar tentang perbezaan reaksi muka manusia dan mengetahui jika ibu atau ayah sedang gembira atau marahkan mereka.

Tips Pemakanan Bayi 6 Bulan

Dua tahun adalah satu tempoh yang amat penting bagi pertumbuhan seorang bayi. Setiap ibu ayah harus peka dengan tempoh yang kritikal ini di mana anak mereka perlu membesar dengan sihat dan optimum serta menunjukkan perkembangan tingkah laku.

Pada umur sebegini juga, anak-anak mudah dijangkiti penyakit yang lazim berlaku pada anak-anak seusia ini seperti cirit birit, berlakunya kekurangan nutrien dan tumbesaran yang terbantut. Ini semua berkait rapat dengan pemakanan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang sedia maklum, 6 bulan pertama selepas kelahiran hanya susu ibu atau susu formula yang diberikan kepada bayi. Namun, selepas usia baby 6 bulan susu ibu atau susu formula tidak lagi mampu membekalkan nutrien secukupnya kepada bayi untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum.

Selepas bayi berusia 6 bulan, makanan dan minuman tambahan harus diperkenalkan kepada mereka bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang secukupnya. Makanan dan minuman tambahan yang juga dipanggil sebagai makanan pelengkap ini haruslah diberikan pada masa yang sesuai, mencukupi, selamat dan sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas.

Terdapat beberapa tips pemakanan bagi baby 6 bulan yang boleh dijadikan rujukan. Antara tips tersebut adalah seperti berikut:

#1. Teruskan dengan penyusuan susu ibu atau susu formula untuk perkembangan bayi 6 bulan

Kebaikan susu ibu itu tidak dapat dinafikan lagi, namun apabila bayi semakin membesar dan meningkat umur 6 bulan dan ke atas susu ibu atau susu formula sahaja tidak mampu untuk membekalkan nutrien lengkap buat si manja.

Bagi memastikan bayi memperoleh nutrien secukupnya makanan pelengkap harus diberikan kepada mereka. Tetapi perlu diingat jangan hentikan penyusuan susu ibu atau susu formula kepada bayi anda.

#2. Pastikan memilih waktu yang tepat untuk mula memberi makanan pelengkap untuk membantu perkembangan bayi 6 bulan

Makanan pelengkap hanya boleh diberikan apabila bayi sudah bersedia untuk merima makanan pejal. Bagaimana untuk mengetahui bahawa si manja sudah bersedia menerima makanan pejal?

Boleh mengawal lidah dan pergerakan leher dengan lebih baik, membuat pergerakan mengunyah ke atas dan ke bawah, berupaya untuk duduk sendiri dengan sokongan yang minimum, suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut, menunjuk minat pada apa yang ibu ayah mereka makan adalah petanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.

#3. Amaun makanan mengikut peringkat umur

Di samping itu, harus diingat amaun makanan yang diberikan haruslah mengikut peringkat umurnya. Sebagai permulaan, amaun makanan yang diberikan kepada bayi 6 bulan perlulah dalam kuantiti yang sedikit dahulu, apabila bayi mula dapat menyesuaikan diri ibu ayah boleh meningkatkan amaun makanan secara beransur-ansur mengikut peringkat umur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk panduan, makanan yang harus diberikan kepada bayi berusia 6 hingga 8 bulan adalah setengah cawan bubur nasi yang pekat bagi setiap hidangan. Perkara ini perlu untuk mengelakkan bayi berasa lapar.

#4. Memberikan makanan yang berkhasiat/bertenaga dan pelbagaikan jenis makanan yang diberi

Ibu ayah perlu memastikan makanan yang diberikan adalah padat dengan tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).

Selain itu, nutrien lain yang diperlukan adalah lemak, zat besi, protein, zink, kalsium, vitamin A dan C dan folat. Ini bagi memastikan si manja mendapat nutrien yang lengkap dan membesar dengan optimum.

#5. Penyediaan makanan untuk perkembangan bayi 6 bulan

Penyediaan makanan kepada bayi perlulah mengikut peringkat umur. Bagi bayi yang berumur 6 bulan sehingga 8 bulan makanan yang disediakan perlu dalam bentuk yang lembut seperti dipuri, dilecek atau separa pepejal. Memberikan bayi dengan tekstur yang bersesuaian dengan umurnya adalah untuk mengelakkan bayi daripada tercekik.

#6. Pemberian makanan kepada bayi

Bagi bayi berusia 6 bulan sehingga 8 bulan kekerapan pemberian makanan adalah sebanyak 2 ke 3 kali sehari dengan 1 hingga 2 kali snek yang berkhasiat. Kekerapan waktu makan perlu ditambah sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

#7. Amalkan pemberian makanan secara responsif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, pada peringkat permulaan pemberian makan makanan pelengkap, bayi hanya akan makan sedikit sahaja (contohnya, satu sudu teh penuh). Tidak perlu khuatir kerana ini adalah normal terutama pada minggu pertama. Oleh itu jangan paksa bayi untuk makan lebih. Lama-kelamaan, selera bayi akan bertambah dari hari ke hari.

Biarkan bayi anda menentukan makanan mana yang mereka sukai. Ambil perhatian kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar atau kenyang. Sentiasa senyum dan bercakap dengan bayi sambil anda menyuapnya. Suara anda yang tenang akan membantu bayi untuk mencuba makanan baru.

Secara kesimpulannya, perkembangan kognitif si manja anda pasti jelas kelihatan berbanding ketika mereka baru lahir tetapi ia tetap bergantung kepada ibu dan ayah untuk galakkan perkembangan tersebut.

Pada fasa ini juga pengambilan makanan yang penuh dengan segala keperluan nutrien kepada tubuh mampu membantu mereka dalam perkembangan dan tumbesaran.

Kami harap anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari perkongsian kami kali ini. Selamat mencuba!

  1. kidshealth.org (n.d) Your Child’s Development: 6 Months kidshealth.org/en/parents/development-6mos.html

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

Baca juga: Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 6 Bulan, Si Manja Mula Belajar Bergolek & Meniarap!

Baca juga: Bahaya Beri Gadjet/Tablet Pada Bayi Bawah 2 Tahun, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal & Kognitif!