Apabila bercakap mengenai perkembangan bayi baru lahir tentu fizikalnya saja yang diutamakan bukan? Mesti cukup minum susu dan tidur, lepas tu nak tengok baby membulat macam michellin.
Ramai ibu-ibu selepas selesai menyusu dan tukar lampin bayi kemudian biarkan saja bayi bermain sendirian sambil membuat kerja-kerja lain atau bermain telefon bimbit.
Tapi tahu tak ibu ayah semua yang bayi ketika terlentang tak tahu buat apa-apa ketika itulah dia menyerap semua yang berlaku di sekelilingnya dengan cepat.
Bayi menyerap apa yang berlaku di sekelilingnya
Memang bayi tiada minda sedar pada waktu ini, dan yang wujud cumalah minda bawah sedar. Mereka akan menyerap semua perkara yang berlaku pada waktu itu. Jadi bila anda selalu menyanyi berborak dengan bayi bayi secara tak langsung menyimpannya dalam minda mereka.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar, aduh! Jangan biarkan, bimbang bayi akan bersikap begitu bila dia mula membesar nanti.
Baca juga: Panduan Lengkap Tumbesaran Anak 3 Bulan
Cara membentuk perkembangan bayi baru lahir
Sentiasa bercakap dengan lembut
Jaga-jaga percakapan tu bila dah melahirkan anak. Apabila kita bercakap dengan suami kenalah berbudi bahasa, samalah bercakap dengan orang lain pun kena berbudi juga. Percayalah, bila anak nanti dah mula membesar akan jadi elok tingkah lakunya.
Sebab itu bila kita tengok kawan-kawan kita yang lemah lembut tu, anak-anaknya pun elok tertibnya, tak terjerit-jerit, bila nak sesuatu minta dengan elok.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Kalau kita berkasar, cakap dengan suami pun garang bukan main, lepas tu suka jerit-jerit minta tolong. Nanti anak dan besar cakap pun kasar, nak sesuatu pun terjerit-jerit, dan mulalah kita terfikir dari mana dia belajar? Ada kemungkinan besar itu yang diserapnya ketika 0-3 bulan!
Sentiasa cium dan agah bayi
Belai bayi anda, nyanyikan zikir atau lagu-lagu yang sesuai untuk didendangkan kepada anak-anak. Bermain dengan mereka, pandang mata mereka ketika menyusu. Jangan sesekali anda leka bermain telefon, dan anak dibiarkan saja terlentang.
Elak letak bayi di hadapan TV
Ini salah satu kesilapan yang tanpa sedar kita lakukan. Kadang-kadang kita tonton drama emosi yang penuh adegan bergaduh, menangis dan sebagainya. Ini juga boleh menjejaskan perkembangan bayi baru lahir secara emosi mereka.
Keliru nanti dengan apa yang didengarinya, kejap gaduh kejap menangis lepas tu gelak-gelak. Tambah-tambah pula kuatnya volume TV, kesian pendengaran bayi.
Bersembang dengan bayi
Nak sembang apa dengan bayi? Percayalah bercakap dengan bayi boleh bantu perkembangan bayi baru lahir. Ia juga boleh melatih anak bercakap dengan cepat kelak!
Perkembangan bayi 3 bulan
- Sentuhan
Ketika ini, bayi anda akan lebih peka dan cuba untuk faham tentang benda-benda di sekelilingnya. Dia akan tertarik untuk menyentuh dan merasai semua benda.
- Pendengaran
Ini yang paling seronok! Pada usia 3 bulan, anda akan perasan yang si manja ini akan memaling kepalanya dan tersenyum jika dia dengar suara anda. Ngawwwww dia kenal mommy!!
Malah, dia juga mampu menunjukkan minat dalam lagu-lagu yang anda pasang! Lepas ini bolehlah anda kongsi lagu-lagu yang anda dengar padanya.
- Penglihatan
Jika anda memandang si kecil ini, dia akan mengekalkan eye contact dengan anda.
Malah, dia juga akan melihat dirinya sendiri dengan penuh rasa ingin tahu jika anda letak dia di depan cermin.
Jadi ibu ibu semua kena peka ya, sentiasa jaga kelakuan dan pertuturan apabila bayi baru lahir, ini bukan saja untuk kebaikan bayi, untuk kesenangan anda juga di masa hadapan. Siapa tak mahu anak yang dengar cakap, sopan bila bercakap dan berhemah orangnya? Jadi mulakan sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perkembangan Bayi Baru Lahir (Milestone) Dari 0-12 Bulan Dalam Jadual