Perkembangan hidup anak-anak: Jangan pernah terlepas merakam dan menghayatinya

Share this article with other mums

Zaman membesarkan anak-anak adalah suatu zaman yang indah. Walaupun ia bukan satu kerja yang mudah untuk mendewasakan anak, namun kita sebagai ibu bapa, pasti akan merinduinya satu hari nanti.

Anak-anak pula semakin cepat membesar. Hari berganti hari, si manja kita mula masuk ke sekolah, kemudiannya ke menara gading, sehinggalah saat mereka berkahwin dan keluar dari rumah kita.

Membayangkan semua ini sudah cukup untuk membuatkan kita rasa susah hati. Jadi apa kata, kita nikmati saat perkembangan anak-anak pada hari ini. Sementara ada peluang, kita rakamkan setiap perkembangan atau kejayaan dalam hidup mereka, bermula dari sekarang!

Salah satu cara untuk mendokumentasikan perkembangan hidup anak-anak adalah dengan merakamkan gambar atau video mereka. Jika anda gemar menulis, rekodkan juga kenangan manis di dalam jurnal atas talian sama ada di blog atau di akaun media sosial anda.

Kenapa anda perlu menyimpan kenangan dalam bentuk gambar atau video?

Hari ini, ketika anak-anak masih ada di rumah, memang kita akan rasa yang menangkap gambar atau merakam video itu tidak penting. Namun, tahukah anda? Setiap yang kita rekodkan pada hari ini pasti akan menjadi pengisi buat kesunyian atau kekosongan kita pada hari kemudian.

Source: Pexels.com

Ya, memang boleh kita menyimpan memori di dalam minda, tetapi ia tidaklah sejelas gambar atau video yang dirakamkan. Yelah, umur semakin menjengah usia, maka amat mudah untuk kita lupa tentang perkara lama.

Contoh kejayaan anak-anak yang patut anda rakam

Dengan merakamkan peristiwa penting setiap bab kehidupan anak anda dalam bentuk media, ia akan kekal buat selama-lamanya. Jika ada album gambar, bolehlah anda melihat foto si kecil saat pertama dia tersenyum setiap masa.

Atau pun, mendengar semula bunyi gelak tawanya dari rakaman video. Saat si bayi mula merangkak atau berdiri tanpa sokongan? Sayang sekali jika terlepas untuk dirakam!

Ingat tak lagi ketika si manja anda mula masuk ke sekolah tadika? Jangan terlepas untuk merekod suasana riuh hari pertamanya bangun awal pagi untuk ke sekolah. Selain itu, langkah pertamanya keluar dari pintu pagar sekolah selepas habis sesi belajar juga amat manis sekali untuk dikenang – senyuman si dia pasti lebar, gembira dapat kenal ramai kawan baru pada hari pertamanya.

Source: Pexels.com

Bermula dari saat pergi ke sekolah, akan ada banyak lagi perkara baru yang akan si manja anda tempuhi dan kejayaan yang akan dia kecapi. Antara memori indah yang patut anda rakam adalah seperti:

  • Perlawanan bola sepaknya yang pertama
  • Saat bermain bersama rakan-rakan di padang permainan
  • Hari ujian taekwondo pertamanya bagi mendapatkan tali pinggang kuning
  • Menghadiri hari penyampaian hadiah
  • Hari persembahan sekolah
  • Majlis konvokesyen sekolah menengah atau universiti

Jika ia direkod, video-video ini boleh dimainkan semula kepadanya ketika dia telah dewasa atau dikongsikan dengan anak cucu serta generasi akan datang.

Perakam video berkualiti yang boleh anda guna untuk merakam pencapaian anak

Namun, untuk memastikan setiap koleksi gambar atau video yang kita simpan itu tahan lama, sudah pasti kita perlu memilih alat perakam yang terbaik yang mampu menjamin kualiti bahan media tersebut. Yelah, anda pasti mahu ia kekal selama hayat masih ada.

Jika anda sedang mencari alat perakam video yang sesuai untuk merekod detik istimewa hidup anak anda, Sony FDR-AXP55 4K Handycam adalah pilihan yang terkini dan terbaik. Ia merupakan perakam video berkualiti yang mudah untuk digunakan. Yang paling penting, hasil yang dirakamkan sangat memuaskan hati.

Ciri-ciri pada Sony FDR-AXP55 yang pasti anda suka

Antara dilema kita sebagai orang biasa yang tidak mahir memakai alat perakam tangan adalah kesukaran untuk menggunakan segala butang yang ada pada gajet elektronik. Dengan perakam video Sony FDR-AXP55 Handycam, anda hanya perlu pasang dan tekan butang rekod sahaja. Tapi, ada juga ciri automatik dan manual lain yang boleh anda cuba.

Ciri terbaru, Balanced Optical Steady Shot, yang ada pada perakam video ini sangat membantu dalam menghasilkan rakaman yang jelas dan stabil. Anda boleh mengezum masuk dan mengezum keluar sambil bergerak tanpa perlu risau. Video yang direkodkan tidak akan bergegar.

Ini merupakan masalah biasa bagi perakam video. Kadangkala, boleh pening kepala dibuatnya apabila melihat hasil rakaman tersebut. Namun, dengan Sony FDR-AXP55 Handycam, rakaman video kekal stabil walaupun anda berjalan atau berlari mengikut si manja ketika merakam saat-saat berharga itu. Ciri ini juga pasti boleh dihargai oleh mereka yang sering menggeletar tangannya!

Selain menyelesaikan masalah video bergegar, anda juga pasti tertarik dengan ciri projektor yang turut disertakan di dalam alat perakam video Sony ini.

Selalunya, kita perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membeli projektor. Namun, dengan Sony FDR-AXP55 Handycam, anda tidak perlu lagi membelanjakan wang bagi peralatan lain. I

a boleh memancarkan rakaman video atau filem yang telah anda rekod terus dari alat perakam tersebut ke dinding rumah anda – ekonomikal dan praktikal!

Memang seronok jika kita dapat mendengar semula perbualan atau bunyi riuh-rendah satu masa dahulu. Kalau anda hendak tahu, Sony FDR-AXP55 mampu untuk mengembalikan memori lama tersebut secara jelas. Dengan ciri 5.1ch mikrofon yang tersedia pasang pada perakam video tersebut, ia mampu merakam bunyi di persekitaran anda dari lima arah berlainan.

Pada waktu yang sama, ia mampu menyingkirkan bunyi bising yang ada di sekeliling anda. Jadi, apa maksudnya? Hasil rakaman akan memperdengarkan suara si kecil anda bercerita tentang hari persekolahannya dengan jelas, tanpa bunyi vakum yang sedang dipasang oleh bibik anda. Memang canggih!

Hendak lagi? Ada ciri tambahan lain untuk anda!

Ada beberapa ciri tambahan lain yang kami rasakan penting bagi menghasilkan video yang berkualiti. Antaranya sudah pasti ciri kualiti gambar 4K, dan ianya ada pada model perakam video Sony ini.

Dengan teknologi 4K pada AXP55 Handycam, gambar yang direkodkan adalah sangat jelas dan tajam. Setiap alis mata si manja, garisan kedut di mata akibat senyumannya, barisan giginya yang putih, dan butiran pada baju yang dipakai oleh si kecil akan jelas dirakam!

Anda teruja untuk berkongsi rakaman tarian anak anda dengan ahli keluarga yang lain? Gunakan ciri tambahan pada FDR-AXP55 iaitu teknologi Wi-Fi.

Dengan teknologi tanpa wayar yang dimasukkan ke dalam perakam video ini, anda boleh menghantar rakaman tersebut secara terus ke telefon pintar anda dan berkongsi dengan sahabat atau ahli keluarga yang lain. Mudah bukan?

Simpan memori sebagai kenangan dalam bentuk video

Rakaman video menggabungkan penceritaan, bentuk fizikal, bunyi, serta perasaan ketika peristiwa dalam hidup anak anda berlangsung. Ia berbeza dengan gambar yang statik dan jurnal yang hanya sekadar bercerita tentang masa lalu.

Melalui koleksi video, anda seolah-olah menghidupkan semula kenangan lampau serta mengembalikan rasa sentimental yang pernah anda rasai ketika membesarkan anak-anak!

Maka, bermula dari hari ini, rakamlah wajah, suara dan suasana hidup si kecil dengan menggunakan alat perakam yang terbaik, iaitu Sony FDR-AXP55, supaya hasil rakaman anda tampil berkualiti dan tahan lama. Sudah pasti, ia merupakan bahan media yang kita boleh jadikan kenang-kenangan pada hari tua nanti.

Ketahui lebih lanjut tentang alat perakam Sony di sini!

Keibubapaan