Kandungan Sudah Masuk Dalam Minggu Ke-36? Patuh Langkah-Langkah Berjaga Ini

Masuk saja ke trimester ketiga memang tak dinafikan ibu akan rasa sedikit kebimbangan terutama buat mereka yang mengandung pertama kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, tahniah mummy! sekarang anda sudah berada di fasa perkembangan janin 36 minggu. Tinggal empat minggu lagi momen indah ini anda akan rasai. Nikmati pergerakan dan tendangan bayi pada masa ini kerana setelah melahirkan anda pasti akan merinduinya. 

Bila kandungan sudah bertambah besar pergarakan anda juga akan terbatas, betul tak? Jadi ibu harus banyakkan berehat dan tidur yang mencukupi. 

Bagi ibu yang bekerja dalam minggu ini, anda harus mengelak dari kerja overtime atau dihantar kursus ke lokasi yang jauh-jauh. Yalah, bimbang kalau jadi apa-apa yang tak diingini, kan? 

Okey, jom kita tengok apa lagi yang berlaku semasa perkembangan janin 26 minggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan janin 36 minggu 

  • Bayi mula bergerak ke arah pelvis anda. 
  • Bayi anda mula menyesuaikan diri dengan kedudukan kepala di bawah. 
  • Perkembangan sepenuhnya sistem darah dan imun tubuh. 
  • Sistem pencernaan belum matang sepenuhnya. 

Simptom kehamilan dalam perkembangan janin 36 minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Perut ibu akan berasa’penuh dan sendat’ kerana bayi semakin membesar. Malah, ibu juga tak dapat menghabiskan makanan seperti dahulu. 
  • Ada ketikanya sakit belakang berada di tahap paling teruk. 
  • Mungkin mengalami masalah kembung perut dan sembelit. 
  • Keputihan semakin menebal dan mungkin bercampur darah.
  • Oleh kerana pergerakan bayi menurun, ibu akan mengalami berat tambahan di sekitar bawah abdomen dan membuatkan anda sukar untuk berjalan dengan selesa. Sekaligus menyebabkan anda sakit pinggul. 
  • Disebabkan bayi semakin menurun ke bawah. Hasilnya ibu dapat bernafas dengan lebih baik. Tapi keadaan ini akan membuatkan anda kerap kencing. 
  • Perut gatal adalah perkara normal ketika hamil. 
  • Kerap mengalami kontraksi braxton hicks yang akan berlaku sekitar 36 minggu ini.

Penjagaan 

  • Elakkan melancong dengan menaiki penerbangan. 
  • Bagi mengurangkan kesakitan pinggul, anda boleh menikmat mandian hangat dan melakukan beberapa latihan pelvik. 

Semakan 

  • Masa ini anda boleh melakukan baby shower bagi meraikan kelahiran yang tidak lama lagi.
  • Pastikan keperluan bayi dan set berpantang lengkap. 
  • Dalam masa ini anda boleh mendapatkan baby car seat supaya memudahkan ibu ketika memandu nanti. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 35

Minggu seterusnyaMinggu ke – 37

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menggeliat Lepas Bangun Tidur Memang Sedap, Tapi Selamatkah Dibuat Ibu Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan