Anda Bakal Bersalin Bila-Bila Masa Sahaja, Jadi Kemas Keperluan Beg Hospital di Minggu ke-39

Pada minggu ini anda perlu melengkapkan keperluan beg bayi dan ibu supaya mudah untuk terus ke hospital. Bahkan, harus lebih peka terhadap tanda bersalin sekiranya sebarang kontraksi telah bermula...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masuk saja ke perkembangan janin 39 minggu ini, pasti ada ibu yang sudah tidak sabar untuk bersalin.

Tapi sekiranya terdapat tanda-tanda untuk bersalin seperti air ketuban pecah, keluar darah dan pergerakan bayi yang perlahan. Jangan berlengah dan segera ke hospital. 

Perkembangan janin 39 minggu 

  • Berlakunya perkembangan fizikal, di mana bayi dapat membengkokkan anggota tubuhnya. Malah otak bayi juga terus berkembang dan menjadikannya semakin pintar pada minggu ini. 
  • Kuku jari panjang, boleh membuka mata dan bernafas dengan baik. 
  • Kulit wajah bayi berubah dari merah jambu ke putih akibat lapisan lemak yang terletak di atas saluran darah. Namun akan berlaku pigmentasi setelah melahirkan nanti. 

Simtpom perkembangan janin 39 minggu 

kredit: baby center

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kerap berlakunya kontraksi palsu. Ini adalah kesakitan biasa yang bermula di bahagian depan abdomen terutama ketika bertukar posisi. Namun, jika berterusan dan datang dengan kerap anda harus segera ke hospital. 
  • Tidak melakukan sebarang kerja-kerja berat. Setakat berjalan untuk mempercepatkan bukaan, itu dibolehkan. 

Penjagaan kehamilan

  • Terus mengamalkan makanan yang berkhasiat dan dapatkan tidur yang mencukupi. 
  • Sokongan dari suami dan keluarga adalah penting pada masa ini. 
  • Bacaan doa mudah bersalin dan solat-solat sunat supaya dipermudahkan proses bersalin oleh Allah SWT. 

Semakan 

  • Pastikan beg hospital lengkap dengan segala keperluan ibu dan bayi sebelum bergerak ke hospital.
  • Sebelum memulakan perjalanan ke hospital, pastikan anda benar-benar rasai kontraksi yang kerap dan tanda-tanda bersalin dengan lebih terperinci. Jika tidak, ada ketikanya pihak hospital akan minta anda berehat dahulu di rumah jika bukaan tiada terutamanya bila wad penuh. 
  • Doktor akan tahan anda di wad jika bukaan telah mencapai 1 cm ke 2 cm. Selain, air ketuban pecah atau turun darah. 

Semoga bermanfaat dan kongsikan artikel ini di laman sosial anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 38

Minggu seterusnyaMinggu ke – 40

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Items Kelengkapan Bersalin Yang Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Ibu Ke Hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan