Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

Tahukah anda salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah otak dan saraf tulang belakang janin sedang berkembang? Sebab itu anda harus elak aktiviti bahaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan janin 5 minggu kebiasaannya masih belum diketahui sepenuhnya oleh para ibu dan ayah di luar sana. Walau bagaimanapun, tahniah kerana sudah hamil sehingga ke tahap ini! Seperti biasa, apabila kandungan sudah mulai mencecah bulan kedua, pastinya ibu ayah di luar sana mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa perkembangan janin 5 minggu ini, bukan?

Jangan bimbang, kami akan memberitahu segalanya kepada anda yang masih belum tahu.

Perkembangan Janin 5 Minggu: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya diimpikan oleh setiap wanita. Malah, bagi mereka yang ingin sangat hamil, pastinya mereka akan membaca pelbagai artikel tentang tanda kehamilan kan?

Jangan bimbang, ibu-ibu. Di sini kami sediakan beberapa perkara anda perlu ketahui dan lakukan jika disahkan hamil 5 minggu.

#1. Perkembangan Janin 5 Minggu: Scan Pertama

Jika kandungan anda berjalan lancar, imbasan ultrasound pertama boleh dilakukan sekitar 10 ke 14 minggu kehamilan. Ada juga yang melakuan scan kehamilan atau imbasan ultrasound seawal enam minggu kehamilan.

Doktor akan meminta anda berbuat demikian jika terdapat kebimbangan tertentu.  Contohnya, jika ibu mengalami pendarahan ketika di awal kehamilan kerana doktor perlu merujuk pada imbasan tersebut jika anda pernah mengalami keguguran sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Perkembangan Janin 5 Minggu: Morning Sickness (Mabuk Hamil)

Sekurang-kurangnya 60% daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.

Tahap keterukan mabuk hamil pula berbeza antara wanita. Ada yang langsung tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan enam atau tujuh minggu. Perkara itu adalah normal kerana mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal. Ia mungkin akan mula hadir sekitar lapan ke sembilan minggu dengan rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah.

#3. Perkembangan Janin 5 Minggu: Spotting (Tompokan Coklat)

Tompokan coklat (spotting) kebiasaannya akan mengundang kerisauan buat segelintir para ibu di luar sana. Namun, dalam kebanyakan kes spotting ini, ia adalah keadaan normal dan biasa berlaku.

Untuk pengetahuan umum, para ibu yang mengalami keputihan yang cair, berwarna jelas atau putih iaitu nama saintifiknya leukorea, merupakan keadaan biasa bagi seorang wanita.

Cairan ini boleh hadir dalam pelbagai warna dan ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang mungkin berlaku di dalam faraj. Malah, semasa berbadan dua, hormon kehamilan yang dialami menjadikan cairan faraj ini lebih pekat.

Berapa Besarkah Bayi Anda Sekarang?

Sebenarnya, saiz janin dalam perut itu sudah boleh diukur apabila masuk 5 minggu. Walaupun begitu, janin ini masih terlalu kecil. Menurut sains, perkembangan janin 5 minggu sebesar berudu.

Antara Perkembangan Janin 5 Minggu Yang Perlu Diketahui Oleh Para Ibu

  • Janin sedang bekerja kuat kini. Kebanyakan organ pentingnya (seperti buah pinggang dan hati) sedang berkembang
  • Jantung janin sedang membahagikan laluan dan akan mula mengepam darah kelak
  • Usus janin juga sedang berkembang dengan apendiks kini di tempat yang sepatutnya
  • Tiub saraf di mana otak, saraf tunjang, saraf dan tulang belakang bayi juga sedang berkembang
  • Akan ada empat isi kecil yang mula tumbuh dan ia akan jadi kaki dan tangan janin

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu di luar sana. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga diri, jauhi aktiviti berat, jaga pemakanan dan elakkan daripada stress ya moms!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: AWAS, 7 Tanda Bayi Dalam Kandungan Anda Itu Sebenarnya Dalam Bahaya!

Penulis

Ayu Idris