Kandungan saya masuk 5 minggu - bayi sekarang besar mana?

lead image

Tahukah anda salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah otak dan saraf tulang belakang janin sedang berkembang? Sebab itu anda harus elak aktiviti bahaya!

Tahniah kerana sudah hamil hingga ke tahap ini! Kandungan anda sekarang sudah masuk 5 minggu. Anda tahu tak apa perkembangan janin 5 minggu ini? 

Jom kita selidik apa yang terjadi ketika kehamilan mencecah usia 5 minggu.

Perkembangan janin 5 minggu: Berapa besar bayi anda sekarang?

Sebenarnya, saiz janin dalam perut itu sudah boleh diukur apabila masuk 5 minggu. Walaupun begitu, janin ini masih terlalu kecil.

Menurut sains, perkembangan janin 5 minggu sebesar berudu.

perkembangan janin 5 minggu, perkembangan janin minggu 5, perkembangan janin minggu kelima, perkembangan janin minggu kelima, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan bayi, perkembangan anak, perkembangan bayi minggu lima, tumbesaran janin, tumbesaran janin minggu 5, tumbesaran janin minggu kelima, tumbesaran janin minggu kelima, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin

Apa perkembangan janin 5 minggu yang lain?

  • Janin sedang bekerja kuat kini. Kebanyakan organ pentingnya (seperti buah pinggang dan hati) sedang berkembang
  • Jantung janin sedang membahagikan laluan dan akan mula mengepam darah kelak
  • Usus janin juga sedang berkembang dengan apendiks kini di tempat yang sepatutnya
  • Tiub saraf di mana otak, saraf tunjang, saraf dan tulang belakang bayi juga sedang berkembang
  • Akan ada empat isi kecil yang mula tumbuh dan ia akan jadi kaki dan tangan janin

Perkembangan janin 5 minggu: Simptom kehamilan pada ibu

Walaupun perut anda masih belum membesar, tapi salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah badan anda akan mula menghantar signal ada sesuatu yang "berubah".

Contohnya seperti

  • Payudara anda mula sakit dan anda mengalami morning sickness
  • Anda akan kerap kencing

Perkembangan janin 5 minggu: Penjagaan penting

Jangan stresskan diri. Anda perlu banyak berehat dan bertenang.

Bawa berbincang dengan suami jika kalian ingin berkongsi berita gembira tentang kehamilan ini dengan keluarga atau sahabat.

Checklist penting

  1. Dapatkan sejarah perubatan anda dan suami. Doktor akan tanya jika ada sebarang penyakit kronik dalam keluarga yang boleh menjejaskan bayi atau anda
  2. Anda juga perlu lebih teliti dengan gaya hidup dan kerja anda sekarang
  3. Jangan buat aktiviti yang mampu membawa bahaya

 

 

 

 

Minggu sebelumnya: Minggu ke - 4

Minggu seterusnya: Minggu ke - 6