Risaunya Anak Lambat Bercakap, Ibu Ayah Bantu Mereka Melalui 7 Jenis Mainan Ini!

Tahukah anda bahawa permainan kanak-kanak amat penting dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, merangsang sel minda dan mencungkil bakat?

Tiada anak yang dilahirkan sempurna. Sekiranya ibu ayah mendapati anak-anak mempunyai masalah lambat bercakap, bantulah memberikan sokongan untuk mereka melalui beberapa cara berkesan termasuklah memperkenalkan mereka dengan permainan kanak-kanak.

Koleksi barang mainan yang pelbagai dan menyeronokkan mampu membantu anak-anak belajar, mengembangkan kemahiran bertutur dan merangsang kecerdasan minda.

Daripada anda memberikan mereka dengan barang mainan mewah atau canggih, adalah lebih baik ibu ayah mempertimbangkan permainan berteknologi rendah, namun sangat berkesan untuk perkembangan komunikasi mereka.

Tips Memilih Permainan Untuk Kanak-kanak Yang Mengalami Kelewatan Untuk Bercakap

Kredit gambar: Freepik

1. Tolak tepi bateri

Sebenarnya anak anda tidak memerlukan permainan yang menggunakan bateri.  Atau, jika ia memerlukan bateri, anda boleh cabut bateri tersebut. Anda tidak perlukan permainan tersebut untuk menghasilkan bunyi, tetapi anda mahukan anak anda yang melakukan bunyi.

2. Pilih permainan jenis open ended

Terdapat jenis permainan yang tiada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Ia boleh digunakan di dalam variasi cara dan membolehkan anak anda untuk bebas berkarya dalam bagaimana untuk memanipulasi dan menggunakannya.

Permainan ini biasanya menjadi permainan yang lebih asas dan tradisional.

3. Kembali kepada asas: Pilih permainan tradisional

Seperti mana yang dikatakan di atas, permainan yang lebih tradisional biasanya menjadi lebih open ended sejak azali. Berikut adalah antara jenis permainan tradisional yang kami maksudkan:

  • Blok kayu
  • Lego
  • Permainan kenderaan
  • Keretaapi mainan
  • Permainan peralatan memasak atau doktor
  • Doll House
  • Mr. Potato Head
  • Play Dough

4. Beri anak permainan yang membuatkan mereka perlu bergerak

Ia amat penting untuk membuatkan anak anda bergerak. Biarpun di rumah. Membuat benteng pertahanan dan terowong adalah cara terbaik untuk membuatkan mereka bergerak di dalam rumah, tanpa perlu memberi permainan spesifik untuk tujuan ini. 

5. Kurang itu lebih

Anak anda tidak perlukan permainan atas permainan. Malah, terlalu banyak permainan boleh jadi satu masalah.

Percaya atau tidak, kanak-kanak boleh jadi overwhelmed dengan terlalu banyak permainan dan boleh jadi akhirnya beransur cepat dari satu permainan ke satu permainan lain yang mana boleh mengehadkan tempoh bermainnya (dan percakapan) peluang sepenuhnya.

7 Permainan Kanak-kanak Bantu Anak Bercakap

Tak perlu susah-susah ke kedai permainan, bukan hanya bimbang jika anak terdedah pada risiko jangkitan Covid-19, malah juga bimbang kalau pulang dengan dua kali ganda beg penuh dengan permainan, lebih daripada yang sepatutnya.

Kami senaraikan permainan kanak-kanak yang membantu anak bercakap di bawah.

Permainan Kanak-kanak Terbaik Jenama
Permainan Kanak-kanak Terbaik Merangsang Kreativiti 

Peipeile Play Dough

Permainan Kanak-kanak Terbaik Meningkatkan Penggunaan Otak

VALOOBUY Building Block Multi Colour Wooden Set Bag Toys Kids Child Fun

Permainan Pretend Role Kanak-kanak Terbaik 

XST Doctor More Than 39 Sets Of Play House Toys Children Doctor Toy Set Simulation Medical Tool Kit

Permainan Kanak-kanak Terbaik Mengasah Kemahiran Muzik

Piano Keyboard For Kids, Children’s Piano, 61 Keys, USB Multi-function Portable Electronic Organ, Music, Piano, Keyboard, Instrumental Music Teaching, Keyboard Toys, Children’s Microphone Gifts

Permainan Kanak-kanak Terbaik Diinspirasikan Dari Filem Toy Story

Playskool Mr. Potato Head Disney/Pixar Toy Story 4 Woody’s Tater Roundup Figure Toys for Kids

Permainan Kanak-kanak Terbaik Dengan Sesi Pembelajaran Interaktif Yang Fun

The Learning Journey Puzzle Doubles, Giant ABC and 123 Train Floor Puzzles

Permainan Kanak-kanak Terbaik Bersifat Kesukanan

JOKEJOLLY Kid Toy Soft Rubber Small Basketball Children Sport Ball Toy for Children

Peipeile Play Dough

Permainan Kanak-kanak Terbaik Merangsang Kreativiti

Berikan bayi anda kebolehan untuk menambah sedikit perincian ke dalam rekaan Play Dough dengan kompaun tanah liat 8 pek ini. Si comel anda boleh mencipta lebih banyak perincian dengan penambahan imaginatif dengan kompaun tanah liat yang lebih lembut dan licin.

Apa yang kami suka:

  • Permainan berkualiti tinggi untuk semua jenis usia kanak-kanak
  • Dihasilkan daripada material yang selamat
  • Pek termasuk 8 tin kompaun Pei Pei Le Play Dough
  • Lebih lembut dan licin
  • Membolehkan si comel mereka perincian yang lebih hebat

VALOOBUY Building Block Multi Colour Wooden Set Bag Toys Kids Child Fun

Permainan Kanak-kanak Terbaik Meningkatkan Penggunaan Otak

Set blok bongkah kayu warna-warni dari VALOOBUY ini mampu membuatkan kanak-kanak seronok dan menikmati sesi bermain dengannya. Ia membuat kanak-kanak lebih kreatif dalam membentuk dan mereka apa sahaja bangunan yang dia inginkan.

Apa yang kami suka:

  • Koordinasi tangan-mata
  • Otak berfikir dengan pantas
  • Meningkatkan kreativiti kanak-kanak
  • Hadir dengan 30 block, pelbagai bentuk dan warna
  • Material yang asli semula jadi, selamat, tidak bertoksik dan kayu yang diimport
  • Permukaan blok yang licin
  • Tahan lama

XST Doctor More Than 39 Sets Of Play House Toys Children Doctor Toy Set Simulation Medical Tool Kit

Permainan Pretend Role Kanak-kanak Terbaik

Tidak dinafikan yang mana tatkala kita sewaktu kecil juga gemarkan permainan doktor jururawat. Set mainan simulasi perkakas medikal kit ini hadir dengan lebih daripada 21 peralatan medikal yang kelihatan cukup realistik.

Ia direka untuk mengaktifkan imaginasi kanak-kanak. Ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 3 hingga 7 tahun.

Malah, anda tidak perlu risau jika tajuk terpijak mainan anak ini di sekeliling rumah kerana ia kini hadir dengan bekas berkualiti tinggi untuk penyimpanannya serta lebih mudah untuk dibersihkan.

Apabila anak-anak anda telah selesai bermain dengan set ini, dia boleh terus mengemas semuanya ke dalam bekas tersebut, sehingga dia bersedia untuk bermain lagi.

Sesi bermain pretend role adalah penting untuk zaman kanak-kanak. Ia membantu mereka untuk membina keyakinan diri, merangsang kreativiti, mencipta imaginasi, membentuk skil bersosial dan mereka sifat empati.

Apa yang kami suka:

  • Hadir dengan 21 unit kit peralatan medikal yang sangat realistik
  • Dicipta dengan dua warna iaitu merah jambu dan biru
  • Datang dengan kotak penyimpanan berkualiti tinggi yang mudah untuk mengemas
  • Material yang selamat dan tidak bertoksik
  • Permainan yang membantu kanak-kanak mencipta habit sihat
  • Kanak-kanak boleh bermain dengan memegang pelbagai jawatan termasuklah doktor gigi, doktor, jururawat, vet, atau ibu dan ayah

Piano Keyboard For Kids, Children’s Piano, 61 Keys, USB Multi-function Portable Electronic Organ, Music, Piano, Keyboard, Instrumental Music Teaching, Keyboard Toys, Children’s Microphone Gifts

Permainan Kanak-kanak Terbaik Mengasah Kemahiran Muzik

Kanak-kanak tidak hanya boleh bermain keyboard dengan muzik. Ia juga tersedia dengan pembesar suara external. Jadi anak anda juga boleh menyanyi dengannya.

Ia juga mempunyai pilihan untuk bermain kekunci menggunakan bunyi instrumen lain dan mencipta visual, memori pendengaran, skil motor yang halus, dan skil muzikal. 

Apa yang kami suka:

  • Hadir dengan 16 nada, 8 perkusim, 10 ritma, 6 demo juga dengan rentak dan volum boleh laras
  • Ia direka selamat, tidak bertoksik dan material tahan lama yang tidak menyakitkan jemari kanak-kanak
  • Rekaan yang halus kemas serta sisi tepi yang licin
  • Proses bermain adalah mudah dan selamat

Playskool Mr. Potato Head Disney/Pixar Toy Story 4 Woody’s Tater Roundup Figure Toys for Kids

Permainan Kanak-kanak Terbaik Diinspirasikan Dari Filem Toy Story

Diinspirasikan daripada karakter di dalam filem keluaran Disney/Pixar Toy Story, figura klasik Mr. Potato Head ini hadir dengan aksesori yang membantu membuatkannya bintang yang liar dan wacky. Kanak-kanak boleh mendapatkan keseronokkan ketika mereka perlu mencampur dan suai padan bahagian dan ceraian Mr. Potato Head atau karakternya sendiri yang kelakar.

Permainan ini adalah jalan terbaik untuk mereka membiarkan imaginasi mereka berkeliaran ketika mereka berimaginasi akan babak-babak kesukaan di dalam filem Toy Story, dan menemui pelbagai kreativiti tanpa henti.

Apa yang kami suka:

  • Ia hadir termasuk badan dan asas Mr. Potato Head (masing-masing dijual berasingan) dan 14 aksesori, semua bersaiz sesuai untuk genggaman si comel
  • Majoriti part boleh dipadankan dengan Mr. Potato Head dan Mrs. Potato Head yang lain (setiapnya dijual berasingan)
  • Kreativiti tanpa henti
  • Sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun dan ke atas

The Learning Journey Puzzle Doubles, Giant ABC and 123 Train Floor Puzzles

Permainan Kanak-kanak Terbaik Dengan Sesi Pembelajaran Interaktif Yang Fun

Permainan Learning Journey Puzzle Doubles mempunyai 2 puzzle bersaiz besar 30 keping. Satu mengajar warna, mengira dan pengenalan kepada angka, dan satu mengajar alphabet. Kedua-duanya membantu kanak-kanak mencipta dan meningkatkan skil kognitif mereka. 

Ia mempunyai unit yang bersaiz besar untuk saiz tangan kanak-kanak yang kecil. Kepingan puzzle adalah tahan lasak juga membantu meningkatkan skil menyelesaikan masalah di kalangan kanak-kanak, sementara semuanya menyediakan berjam-jam sesi pembelajaran interaktif yang menyeronokkan.

Apa yang kami suka:

  • Kepingan puzzle yang tahan lama
  • 2 unit 30 keping puzzle
  • Puzzle bersaiz besar untuk tangan si kecil
  • Mencipta pengenalan terhadap abjad dan angka
  • Meningkatkan kemahiran warna
  • Membina kemahiran menyelesaikan masalah
  • Menyediakan berjam-janm sesi pembelajaran interaktif yang menyeronokkan

JOKEJOLLY Kid Toy Soft Rubber Small Basketball Children Sport Ball Toy for Children

Permainan Kanak-kanak Terbaik Bersifat Kesukanan

Permainan kanak-kanak dari Jokejolly ini dihasilkan daripada getah lembut yang membentuk permainan berkonsep kesukanan untuk kanak-kanak. Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 ke 6 tahun. Tidak kira kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, ia sesuai untuk kedua-dua jantina.

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada getah lembut
  • Inflatable
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun
  • Unisex
  • Membina sifat kesukanan di kalangan kanak-kanak

Perbandingan Harga

Permainan Kanak-kanak Harga (RM)

Peipeile Play Dough

29.90

VALOOBUY Building Block Multi Colour Wooden Set Bag Toys Kids Child Fun

18.90

XST Doctor More Than 39 Sets Of Play House Toys Children Doctor Toy Set Simulation Medical Tool Kit

26.70

Piano Keyboard For Kids, Children’s Piano, 61 Keys, USB Multi-function Portable Electronic Organ, Music, Piano, Keyboard, Instrumental Music Teaching, Keyboard Toys, Children’s Microphone Gifts

34.49

Playskool Mr. Potato Head Disney/Pixar Toy Story 4 Woody’s Tater Roundup Figure Toys for Kids

59.88

The Learning Journey Puzzle Doubles, Giant ABC and 123 Train Floor Puzzles

71.91

JOKEJOLLY Kid Toy Soft Rubber Small Basketball Children Sport Ball Toy for Children

10.42

Bagaimana Anda Boleh Mengajar Anak Anda Bercakap?

Kredti gambar: Volare Photography

Walaupun anak anda akan mula catch up dengan kemahiran bercakap tiba masa nanti, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan pada masa sekarang untuk menggalakkan percakapan dan membantu mereka menghasilkan kemahiran berbahasa.

1. Baca bersama

Membaca kepada anak anda sekerap yang mungkin, kalau boleh setiap hari adalah salah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menggalakkannya bercakap.

Satu kajian pada tahun 2016 mendapati yang kanak-kanak terdedah kepada kosa kata yang luas menerusi buku bergambar yang dibaca kepadanya berbanding mendengar orang dewasa bercakap.

Malah, menurut satu kajian pada tahun 2019, membaca hanya sebuah buku setiap hari boleh menterjemahkan kepada kanak-kanak untuk terdedah kepada 1.4 juta lebih perkataan berbanding kanak-kanak yang tidak dibacakan di sekolah tadika.

2. Guna bahasa isyarat

Anda tidak perlu menjadi seorang petah dalam bahasa isyarat untuk mengajar anak anda beberapa isyarat asas. Ramai ibu bapa telah mengajar bayi dan anak mereka bagaimana untuk menggunakan perkataan isyarat seakan “lebih," “susu," dan “semua siap."

Kanak-kanak muda selalunya senang belajar bahasa kedua lebih mudah berbanding orang dewasa. Ini membolehkan mereka bertutur dan meluahkan diri mereka pada usia yang lebih muda.

Anda memberi isyarat perkataan “lebih" sementara menyebut perkataan tersebut pada masa yang sama. Lakukan ini berulang kali jadi anak anda akan belajar bahasa isyarat dan mengaitkan perkataan itu dengannya.

Memberikan anak anda kebolehan untuk meluahkan diri mereka menerusi bahasa isyarat dapat membantu mereka merasakan lebih keyakinan di dalam bercakap.

Membantu mereka berkomunikasi dengan kurang kekecewaan mungkin dapat membantu menghasilkan satu persekitaran yang baik untuk belajar lebih bahasa.

3. Gunakan bahasa tidak kira bila

Hanya kerana bayi anda tidak boleh bercakap tidak bermakna yang anda patut duduk diam sepanjang hari.

Lebih kerap anda bercakap dan meluahkan diri anda, lebih mudah untuk anak anda belajar bercakap pada usia muda.

Jika anda menukar lampin anak anda, bercerita atau jelaskan apa yang anda sedang lakukan. Beritahu mereka tentang hari anda, atau bercakap tentang apa sahaja yang hadir di minda. Pastikan guna bahasa yang mudah dan ayat yang pendek.

Anda juga boleh menggalakkan percakapan dengan membaca kepada anak anda ketika anda bergerak sepanjang hari. Anda boleh baca resepi sementara anda sedang masak bersama. Atau jika anda sedang menikmati sesi berjalan di sekitar taman perumahan anda, baca isyarat jalan ketika menghampirinya.

Anda juga boleh menyanyi kepada anak anda – mungkin lagu tidur kesukaan mereka. 

4. Namakan item

Sesetengah kanak-kanak akan menunjukkan ke arah satu item yang mereka mahu. Apa yang anda boleh lakukan adalah jadi penterjemah anak anda dan bantu mereka faham nama akan sesetengah item.

Sebagai contoh, jika anak anda menunjuk ke arah secawan jus, respon dengan menyatakan, “Jus. Awak inginkan jus?" Golnya adalah untuk menggalakan anak anda untuk bercakap perkataan “jus."

Jadi lain kali apabila mereka mahukan sesuatu untuk minum, selain dari hanya menunjuk, galakkan mereka untuk bercakap akan perkataan sebenar.

5. Hadkan masa dengan skrin

Satu kajian pada tahun 2018 mendapati yang peningkatan waktu yang dihabiskan di atas skrin dengan media telefon bimbit adalah dikaikan dengan kelewatan bercakap pada kanak-kanak usia 18 bulan.

Pakar menyatakan tentang interaksi dengan orang lain – bukannya menghadap skrin – adalah cara terbaik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak.

Pakar di American Academy of Pediatrics (AAP) menggalakkan tidak lebih daripada 1 jam untuk skrin gajet setiap hari untuk kanak-kanak berusia 2 ke 5 tahun, dan kurang masa untuk kanak-kanak muda.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan

Baca juga: Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Baca juga: Mainan Bijak Untuk Anak Di Setiap Peringkat Umur, Bermula Lahir Hingga 7 Tahun

Penulis

Farhana Fuad