Ibu Jangan Terlalu Mengongkong, Anak Juga Perlu Terdedah Kepada Kuman & Bakteria

Anda risau melihat anak kotor ketika permainan di luar rumah kerana gemar bermain pasir? Jangan risau kerana ia memberikan kebaikan terhadap kesihatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tengok sahaja anak-anak gembira dengan permainan pasir di luar rumah atau mengutip apa sahaja yang dijumpainya pasti membuatkan anda sebagai ibu tidak senang duduk.

Dengan pakaian yang menjadi sedikit kotor, confirm akan membuatkan anda berasa ”panas hati” kerana terlalu risau akan risiko yang anak akan hadapi.

Kelebihan permainan pasir yang kotor

Tidak salah mengawal anak-anak dan memastikan mereka bebas dari sebarang serangan penyakit, namun sebenarnya sedarkah anda bahawa anak yang kerap sakit adalah kerana tabiat mereka yang ”terlalu bersih”.

Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan apabila anak-anak jarang keluar dari rumah dan hanya menikmati permainan indoor melalui telefon pintar mahupun komputer.

Justeru, anda boleh memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai permainan luar rumah tanpa menyekat kebebasan mereka. Antara kebaikannya ialah:

#1. Mewujudkan tindak balas yang sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memetik kenyataan pakar, pendedahan diri anak kecil kepada bakteria, kuman dan parasit dapat membantu untuk membina ketahanan sistem imunisasi dalam diri anak-anak.

Hal ini kerana ibu ayah perlu menggalakkan sistem ketahanan kanak-kanak seawal usia yang mungkin untuk belajar memberikan respon terhadap mikrob ketika terdedah kepada persekitaran yang kotor.

#2. Meningkatkan sistem imunisasi

Sedar ataupun tidak, persekitaran yang terlalu bersih sebenarnya boleh membuatkan anak-anak terdedah kepada pelbagai jenis serangan penyakit.

Bagi ibu ayah, anda mungkin mempercayai sepenuhnya bahawa anak-anak yang bersih sangat bagus dan berpotensi untuk dijauhkan dengan kuman dan bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun menurut Prof Gilbert iaitu penulis buku ‘Dirt is Good: The Advantage of Germs for Your Child’s Developing Immune System’, tidak semua kuman yang wujud adalah kuman yang memberi risiko penyakit.

Antara fakta yang dirungkaikan oleh beberapa kajian sains adalah mereka mendapati sebahagian besar kuman  menstimulasikan sistem imunisasi yang menjadikan kanak-kanak lebih kuat.

#3. Menjauhkan serangan asma

Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, saintis mendapati bahawa pendedahan kepada permainan pasir dan kehadiran mikrob akan mematangkan sistem imun anak-anak dengan lebih awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini sekaligus mengurangkan risiko asma dan alergi yang kebiasaan yang dihadapi oleh kanak-kanak normal yang semakin membesar.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan yang dijaga dengan rapi adalah anak yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik.

Kajian turut mendapati bahawa  ibu ayah perlu mengurangkan penggunaan penyembur antibakteria di dalam rumah secara kerap kerana tabiat ini berupaya meningkatkan kebarangkalian anak menghidapi asma.

#4. Mengurangkan alergi

foto: freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak main pasir atau pegang binatang peliharaan, tentu anda akan melarang mereka kerana bimbang akan menyebabkan alahan.

Sebenarnya tindakan ini membuatkan sistem imunisasi anak-anak menjadi semakin lemah, terlalu sensitif dengan persekitaran dan mudah mengalami alergi.

Menurut sebuah artikel dalam Hello Doctor, para pengkaji mendapati bahawa sesetengah alergi ini boleh dikurangkan dengan hanya membenarkan  anak-anak bermain di luar rumah dan terdedah dengan kotoran.

Manakala, hasil dari sebuah kajian pada tahun 2011 mendapati penggunaan triclosan iaitu bahan aktif dalam sabun antibakteria mempunyai kesan negatif terhadap sistem imun.

Mereka yang selalu terdedah kepada triclosan ini juga sering menunjukkan simptom alergi dan demam yang lebih kerap.

#5. Menggalakkan proses pembelajaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membesarkan anak-anak zaman moden ini, kebanyakan ibu ayah banyak menyekat pergerakan anak-anak sehingga mereka tidak pernah merasai kenikmatan bermain dengan bebas.

Jika kanak-kanak dahulu sering mandi sungai, main masak-masak atau permainan tarik upih, namun kini ia seolah-olah kian tenggelam sehingga ada segelintir kanak-kanak tidak mengenalinya.

Sebenarnya, aktiviti luar rumah yang bebas dari sebarang halangan mampu menjamin kecergasan fizikal dan mental anak-anak.

Sebagai ibu ayah, anda perlu memahami bahawa anak yang membesar akan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Tidak ada salahnya anda memberikan peluang buat anak-anak menghayati setiap keunikan alam semulajadi yang wujud dalam persekitaran mereka.

Mengutamakan kebersihan secara berpada-pada

foto: credit to sources

Apabila memberi keizinan untuk anak-anak beriadah di luar rumah bukan bermakna anda boleh melepaskan tangan begitu sahaja tentang aspek kebersihan anak.

Ibu ayah perlu faham bahawa anak-anak perlu didedahkan kepada alam semulajadi yang normal. Namun, jika anda melihat anak menyentuh tahu kucing dan memasukkannya ke dalam mulut, anda perlulah melarang mereka.

Usah terlalu takut atau takut atau paranoid sekiranya anak bermain kotor kerana ia turut memberikan kebaikan buat anak-anak. Jika pakaian anak kotor, ibu boleh membasuh semula pakaian berkenaan dengan bersih.

Oleh hal demikian, ibu ayah perlu membiasakan anak-anak dengan pelbagai aktiviti di luar rumah kerana tidak semua kuman yang wujud di dunia ini adalah kuman yang membawa penyakit.

Sumber: kelabmama

Kredit foto: Sakina Hamid

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!