Akil Baligh: Dekati Isu Ini Dengan Anak Gadis Anda Melalui 6 Cara Berikut

lead image

Kajian mendapati ramai anak gadis tak bersedia untuk mengalami akil baligh. Apa ibu bapa boleh buat? Bagaimana nak membantu anak-anak mendekati isu ini?

Perubahan fizikal ketika akil baligh

Sebuah kajian telah menunjukkan yang kebanyakan anak gadis tak bersedia apabila mengalami perubahan fizikal semasa akil baligh.

Akibatnya, pengalaman mereka menjadi sesuatu yang negatif, tambahan pula dengan budaya kita yang masih memandang rendah tentang kepentingan mempelajari keseksualan wanita.

Kebanyakkan anak lelaki lebih bersedia apabila mereka mula akil baligh.

Tapi, perubahan fizikal yang dialami seorang gadis jauh lebih banyak dan mungkin menakutkan terutamanya apabila ia tidak dibincangkan secara terbuka.  

Namun, jangan risau lagi. Jom ketahui 6 langkah bagaimana ibu-ibu boleh menyediakan anak gadis mereka untuk mencapai akil baligh.

#1 Ibu perlu menimba ilmu baru tentang akil baligh

akil baligh

Sebelum anda menyediakan mereka dengan perubahan fizikal ketika akil baligh, anda perlu tuntut ilmu juga! Sumber gambar: Connect Family

Ibu yang tak ada pengalaman baik semasa akil baligh mungkin perlu membuat persiapan awal dan menimba ilmu baru.

Adalah normal untuk rasa gelisah dan tidak selesa apabila membincangkan topik ini.

Tapi, tidak salah untuk berkongsi pengalaman sendiri yang tidak positif. Akan tetapi, ingat satu perkara: ajar anak gadis anda dari segi perspektif yang baik.

Walaupun pengalaman sendiri tidak baik, ini tidak bermakna pengalaman mereka juga akan jadi begitu. 

#2 Jadi contoh yang baik

“Tindak balas ibu bapa akan menunjukkan kepada anak-anak tentang pendirian mereka mengenai keseksualan.”

Itu kata Debra Hauser, presiden untuk Advocates for Youth, salah satu dari penyumbang video siri AMAZE yang mengajar tentang seks.

Cara anda bertindak balas contohnya, apa reaksi anda apabila mendapati anak anda yang berusia 3 tahun suka menyentuh kemaluannya? Semua ini menunjukkan pendirian anda.

#3 Cari peluang untuk memulakan perbualan 

“Kanak-kanak boleh diajar tentang perubahan fizikal semasa akil baligh pada bila-bila masa,” – jelas Cory Silverberg, seorang pendidik seks dan pengarang Sex Is a Funny Word.

Ibu bapa harus mencari peluang untuk memulakan perbualan tentang perubahan yang bakal dialami badan mereka.

Tunjukkan bagaimana datuk nenek mereka berubah, dan kemudian jelaskan bagaimana tubuh setiap orang akan berubah dari masa ke masa.

#4 Perbualan dua hala 

Pastikan anak anda faham yang ini adalah perbualan dua hala.

Pastikan mereka tahu bahawa mereka boleh bertanya soalan dan mereka juga akan disoal.

Apabila berbincang dengan anak tentang proses akil baligh, jangan membuat andaian sebaranganYakinkan mereka bahawa mereka adalah normal.

Selalu bersikap terbuka dan positif, supaya peralihan anak akan menjadi lebih senang dan tidak pelik.

#5 Beritahu anak tentang seksisme

Sumber gambar: The Odyssey Online

Kita selalu tidak beritahu anak gadis kita yang selepas mereka akil baligh, mereka mungkin tidak akan menerima layanan yang sama

Tapi sebenarnya… jika kita tidak menyediakan gadis-gadis ini dengan secukupnya, mereka hanya akan menyalahkan diri kelak.

Jadi, luangkan masa anda untuk membincangkan tentang isu seksisme dengan anak-anak.

#6 Selalu sedia untuk menjawab soalan dan memberi sokongan

Mesej yang paling penting buat anak adalah: anda sangat menyayangi mereka, akan selalu disisinya untuk memberi sokongan dan untuk menjawab semua pertanyaan.

Untuk ibu bapa yang bimbang mereka sedang memberi ilmu tentang seks terlalu awal, fikirkan ini dulu:

Banyak lagi orang luar yang boleh mengajar anak anda tentang seks dengan pendekatan yang salah. Jika ibu bapa tidak menyahut tanggungjawab itu, jangan salahkan orang lain nanti.