Pertolongan Cemas: Apa Perlu Anda Buat Jika Bayi Tak Bergerak, Tapi Masih Bernafas?

Bayangkan, tiba-tiba si manja anda tak bergerak dan beri respon langsung, walaupun bernafas. Apa pertolongan cemas yang perlu anda buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertolongan cemas bila si manja anda tak bergerak

Kesedaran tentang pentingnya ilmu pertolongan cemas perlu ditingkatkan supaya orang ramai berusaha untuk mempelajarinya.

Penting untuk ibu bapa mempunyai pengetahuan asas tentang langkah-langkah pertolongan cemas, bagi memastikan anak sentiasa selamat.

Dalam kebanyakkan situasi, tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa!

Bayangkan situasi ini: Ibu bapa masuk ke bilik untuk menggerakkan anak mereka supaya bangun. 

Mereka nampak bayi masih tidur dengan nyenyak. Tapi, apabila dipanggil dan digerakkan, bayi tidak bergerak dan tak responsif, tapi nampaknya dia masih bernafas. Apa perlu dibuat?!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Netmums

Cuba bercakap dengan bayi anda dan tepuk tapak kakinya untuk memasti jika bayi sedar ataupun pengsan.

Jangan goncang bayi anda.

Kemudian gunakan langkah-langkah pertolongan cemas di bawah ini untuk memeriksa bayi yang berusia kurang dari setahun. 

Langkah pertolongan cemas 1 – tiada benda asing dalam mulut

Bagi badan bayi anda lurus. Dongakkan kepala mereka, angkat dagu ke atas dan periksa jika bayi anda masih bernafas. Pastikan tiada benda asing di dalam mulut mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah pertolongan cemas 2 – periksa pernafasan

Kredit: Wikihow

Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda berdekatan dengan mulut dan hidung bayi anda untuk mengesan penafasannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah pertolongan cemas 3 – posisi pemulihan untuk bayi

Jika bayi anda masih bernafas, pegang bayi anda dalam posisi pemulihan; iaitu dengan menurunkan kedudukan kepalanya lebih rendah dari badannya sehingga bantuan kecemasan sampai.

Hubungi talian kecemasan dengan segera

Pastikan anda sentiasa tenang supaya tidak bertindak meluru, dan tidak lupa langkah dan teknik yang betul. Apabila teknik yang salah digunakan, ini mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minda yang jelas akan membolehkan ibu bapa memberi rawatan dengan lebih berkesan kerana dalam situasi tertentu, ini mungkin soal hidup atau mati.

Jika bayi anda berhenti bernafas, mulakan pertolongan pernafasan CPR

Jika dada bayi anda tidak naik dan turun semasa CPR, laraskan posisi kepala bayi dan cuba lagi.

Sumber: British Red Cross, Panduan Malaysia dan Kecemasan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio