Apabila menyebut tentang pertumbuhan kanak-kanak, satu kepercayaan umum adalah setiap kanak-kanak mempunyai kadar dan tempoh tumbesaran masing-masing. Namun, jika anda perasan si kecil anda lebih rendah daripada rakan-rakannya di sekolah, beberapa soalan mungkin terlintas di fikiran anda –
Adakah tumbesaran anak saya normal? Adakah dia lambat berkembang? Adakah ketinggiannya berkaitan dengan genetik?
Ramai yang tidak menyedari, pertumbuhan terbantut merupakan satu masalah utama yang menjejaskan sebahagian besar populasi rakyat Malaysia. Pada hakikatnya, didapati 1 daripada 5 kanak-kanak bawah 5 tahun mengalami pertumbuhan terbantut.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, angka ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada purata 7% masalah ini di negara-negara berpendapatan sederhana tinggi.
Mengenal Pasti Tanda-tanda Pertumbuhan Terbantut
Kemampuan anda untuk mengenal pasti tanda-tanda pertumbuhan terbantut adalah penting sebagai penentu sama ada keadaan ini mampu dibalikkan atau tidak.
Meskipun perkara ini akhirnya memerlukan penilaian pakar pediatrik, berikut merupakan beberapa soalan penting yang harus anda tanyakan kepada diri sendiri:
- Adakah kadar peningkatan berat badan dan ketinggian anak anda lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak seusianya?
- Adakah anak anda mengalami kelewatan dalam pelbagai fasa perkembangan, seperti berguling, merangkak, dan bercakap?
- Adakah anak anda mengalami masalah pembelajaran?
- Adakah anak anda kurang menunjukkan emosi, seperti senyum, ketawa, atau melakukan hubungan mata?
- Adakah perkembangan motor anak anda lewat?
- Adakah anak anda sering mengalami keletihan dan cepat marah?
Sekiranya anda menjawab ‘ya’ untuk mana-mana kenyataan di atas, maka anda harus berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anak anda menghadapi pertumbuhan terbantut.
Usahlah bimbang walaupun jika masalah ini menjadi kenyataan.
Sebenarnya selaku ibu bapa, terdapat banyak tindakan yang boleh anda ambil untuk mengubah situasi ini dan memastikan si kecil anda membesar dengan kuat, bahagia dan sihat.
3 Langkah Mudah Untuk Mengembalikan Anak Anda Ke Corak Pertumbuhan Normal
Langkah 1# – Bekalkan kalori dan nutrisi yang betul kepada anak anda
Pertumbuhan memerlukan metabolisme tenaga, dan oleh itu, pengambilan kalori yang sesuai dengan tubuh, usia, rutin, dan keperluan keseluruhan anak anda penting dalam membekalkan kekuatan untuk tumbesaran.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah kurang berat badan atau risiko pertumbuhan terbantut memerlukan kalori tambahan daripada sajian harian mereka untuk kembali ke corak pertumbuhan yang normal.
Bagaimanapun, harus diingatkan kalori bukan hanya diambil untuk memenuhi nilai kalori semata-mata. ‘Kalori kosong’ yang berasal dari makanan ringan dan makanan yang diproses sering membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Justeru, anda perlu memastikan anak anda mengambil nutrisi yang seimbang, kerana ia menyumbang kepada lebih 80% pertumbuhan dalam 5 tahun pertama anak anda sejak dilahirkan.
Jadi, apakah maksud nutrisi seimbang yang dapat membalikkan kesan pertumbuhan terbantut? Pakar-pakar diet mengesyorkan untuk mencapai keseimbangan antara makro dan mikronutrien.
Bagi yang pertama, penting untuk meningkatkan pengambilan protein dan lemak yang sihat, di samping mengekalkan tahap karbohidrat yang sederhana.
Bagi mikronutrien pula, kanak-kanak yang kurang berat badan atau mengalami pertumbuhan terbantut memerlukan kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang, zat besi untuk perkembangan otak dan tisu, zink untuk pertumbuhan sel, dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum dalam tulang.
Langkah 2# – Pastikan anak anda mendapat tidur mencukupi
Tidur yang mencukupi sangat mustahak untuk kesihatan fizikal, kognitif, dan emosi kanak-kanak. Semasa tidur, badan akan membebaskan hormon yang diperlukan untuk tumbesaran. Oleh itu, tidur yang mencukupi dapat menjamin pertumbuhan optimum.
Kajian menunjukkan bahawa tulang sebahagian besarnya berkembang pada waktu malam. Plat pertumbuhan pada kaki anak anda akan berkembang pada waktu malam ketika berbaring tanpa tekanan daripada berat badan mereka.
Di samping itu, tidur yang mencukupi dapat membantu mengawal selera makan anak anda dan menghilangkan nafsu untuk gula, sekaligus mengurangkan risiko obesiti.
Ini kerana tidur merupakan mekanisme berkesan untuk menyeimbangkan hormon yang mengawal corak pemakanan mereka.
Langkah 3# – Galakkan anak anda untuk bersenam
Amalan senaman berkala juga penting untuk perkembangan fizikal yang normal. Misalnya, bermain di luar rumah atau mengambil bahagian dalam sukan dapat menjadikan tulang lebih sihat, padat dan kuat.
Senaman membantu anak anda membina otot dan tulang yang lebih kuat, dan bertindak sebagai rangsangan kepada tumbesaran badan.
Pembentukan asas fizikal yang baik sejak usia kecil dapat menghasilkan jisim dan kepadatan tulang yang sihat, yang akan mengurangkan risiko terhadap penyakit berkaitan dengan tulang seperti osteoporosis pada masa hadapan.
Selain itu, senaman dapat mempertingkatkan stamina, daya tahan dan fleksibiliti, seterusnya membolehkan kanak-kanak mencapai pertumbuhan fizikal yang menyeluruh.
Pada masa yang sama, senaman juga dapat meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak yang melengkapkan pertumbuhan fizikal, selain memastikan postur fizikal mereka berkembang dengan lebih baik agar dapat memperlihatkan ketinggian sebenar mereka.
Semasa melaksanakan langkah-langkah ini, penting untuk anda menjejaki dan menyimpan maklumat terperinci tentang ketinggian dan berat badan anak anda. Ini akan membantu anda mengenal pasti keberkesanannya serta membuat penyelarasan jika perlu.
PediaSure telah membantu meringkaskan usaha ini dengan PediaSure GrowthCam, yang membolehkan anda menjejaki pertumbuhan anak anda secara mudah menerusi telefon pintar. Sekiranya anda masih khuatir tidak dapat membekalkan nutrisi mencukupi kepada anak anda, boleh cuba menerapkan PediaSure ke dalam pemakanannya.
Satu kajian diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Manusia dan Dietetik mendapati, kanak-kanak yang mengambil two hidangan PediaSure setiap hari menunjukkan peningkatan berat badan, ketinggian dan tahap aktiviti fizikal, serta penurunan bilangan hari sakit.
Anak anda wajar mendapat peluang terbaik untuk mengalami pertumbuhan fizikal yang optimum, dan belum terlewat lagi untuk membantu mereka kembali ke corak pertumbuhan yang normal. Apa yang diperlukan ialah keprihatinan dalam mengenal pasti tanda-tanda berkenaan dan mengambil pendekatan yang betul terhadap kesihatan mereka.
Ini adalah penting untuk memastikan anda dapat menghentikan pertumbuhan terbantut, supaya anak anda bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka, tetapi membesar dengan lebih sihat dan kuat pada keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai PediaSure, sila layari https://pediasure.com.my/.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suruh Makan Sayur, Mulalah Wajah Anak Berkerut! Ini 7 Cara Berkesan Didik Si Kecil Makan Sayur
Baca juga: Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini…
Baca juga: Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!