6 perubahan pada tubuh badan ini petanda anda sebenarnya sakit!

Jika anda mengalami perubahan badan, mungkin badan anda sedang memberi signal bahawa anda ada penyakit. Jadi awasi 6 perubahan badan ini.

Tahukah anda, tubuh badan ini sebenarnya boleh memberi amaran penting tentang kesihatan kita? Perubahan badan seperti warna, bentuk dan tekstur tubuh badan boleh menjadi petanda anda ada masalah kesihatan yang perlu diberikan perhatian.

Di sini kami sediakan 6 bahagian badan yang anda perlu tumpukan perhatian pada perubahannya.

6 perubahan badan mungkin tanda anda sakit

Perubahan badan: Kuku

Kemunculan garisan atau bintik bintik putih pada kuku anda dikaitkan dengan kekurangan mineral dalam badan. Tapi beberapa pakar kesihatan menegaskan yang ia adalah mitos.

Kadangkala, perubahan rupa kuku anda menandakan anda ada masalah kesihatan, tapi perubahan ini lebih teruk berbanding bintik bintik putih biasa, kata Dr. Andrew Weil, Pengarah Pusat Perubatan Integratif Arizona di Universitu Arizona.

Tapi perubahan mendadak warna putih pada keseluruhan kuku atau dikenali sebagai kuku Terry, mungkin menandakan masalah kesihatan seperti sirosis, kegagalan buah pinggang kronik, dan kegagalan jantung kongestif.

Perubahan badan: Payudara

Perubahan payudara secara tiba tiba seperti menebal atau benjolan tidak boleh diabaikan.

Walaupun kebanyakan wanita mempunyai payudara yang simetri, jika satu payudara tiba tiba menjadi lebih besar, ia mungkin petunjuk yang anda mengalami jangkitan atau kanser.

Jika ada cecair yang keluar dari puting untuk wanita yang tidak mengandung, lebih lebih lagi jika cecair tersebut mengandungi darah atau keluar secara tiba tiba tanpa rangsangan atau rasa sakit, anda dinasihatkan untuk cepat berjumpa dengan pakar.

Perubahan badan: Rambut

Rambut gugur, nipis dan kering mungkin merupakan tanda gangguan tiroid. Kedua-dua tiroid tidak aktik dan terlebih aktif memberi kesan pada kitaran pertumbuhan rambut dan folikel yang menyebabkan keguguran rambut.

Tapi keguguran rambut di bahagian luar kening mungkin menjadi penunjuk yang anda mempunyai gangguan tiroid tidak aktif (hipotiroidisme)

Perubahan badan: Mata

Penglihatan kabur mungkin adalah simptom retinopati diabetes. Gula yang berlebihan boleh merosakkan saluran darah kecil yang bersambung ke retina walaupun semasa prediabetes — ketika pesakit tidak didiagnos.

Untuk orang yang berumur 50 tahun kebawah, kemunculan bulatan warna putih atau kelabu cair pada mata mungkin petanda kolestrol tinggi.

Perubahan badan: Lidah

Lidah manusia boleh memberi banyak petanda untuk mengenalpasti masalah kesihatan.

Sebarang perubahan warna, benjolan atau sakit perlu diawasi dan diperiksa oleh doktor jika ia tidak hilang dalam masa dua minggu, kata Dr. Daniel Allan, ahli fizik di Klinik di Cleveland.

Biasanya lidah berwarna merah jambu dan disaluti oleh ketulan kecil yang dipanggil papillae. Lidah putih yang licin adalah petanda kekurangan nutrisi dalam badan.

Dr. Allan menerangkan yang ia selalunya dialami oleh perokok sebagai petanda leukoplakia. Kondisi ini boleh menjadi punca kepada kanser tapi ia semulajadinya tidak berbahaya.

Jika anda lihat yang anda ada tanda leukoplakia, hubungi doktor gigi anda untuk pemeriksaan.

Perubahan badan: Kaki

Kaki atau buku lali bengkak adalah disebabkan oleh pelbagai isu seperti turun naik hormon atau garam yang berlebihan.

Kes yang lebih serius adalah ia boleh menjadi pentanda kegagalan jantung kerana organ tidak boleh mengepam darah yang cukup dan menyebabkan cecair meningkat. Bengkak ini juga boleh terjadi jika ada darah tersumbat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : Medical Daily

Baca juga

Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

Penulis

Nadia Ghafar