Rawatan Percuma Di Klinik Swasta Terpilih Menerusi Skim Perubatan MADANI

Mulai 15 Jun 2023 anda sudah boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik swasta menerusi Skim Perubatan Madani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dan ke bawah, kerajaan Malaysia tampil dengan Skim Perubatan Madani yang mana bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat menggunakan perkhidmatan kesihatan di klinik swasta secara percuma.

Bantuan ini ditawarkan secara automatik buat penerima STR. Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, penerima STR boleh mendapatkan rawatan menerusi program rintis skim tersebut di mana-mana perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar di sekitar 10 daerah terpilih iaitu termasuklah Gombak, Hulu Langat, Klang, dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

"Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungannya. "Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani," kata Dr Zaliha.

Skim Perubatan Madani adalah satu inisiatif rintis kerajaan yang bertujuan untuk menanggung keperluan kesihatan golongan B40. Bantuan ini adalah terutamanya untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di GP.

Antara penyakit kes-kes akut percuma yang ditawarkan di bawah Skim Perubatan Madani adalah bagi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan menerusi skim ini adalah termasuk konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan yang akan diberikan oleh GP kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.

Selain itu, pakej rawatan Skim Perubatan Madani yang tidak merangkumi rawatan bukan akut termasuklah imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan, penyakit tidak berjangkit (NCD) rutin dan rawatan susulan bagi ibu dan anak.

Skim rawatan percuma ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas. Ia merupakan satu daripada inisiatif kerajaan dalam mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital dan klinik kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah Dr Zaliha lagi, bagi kes bukan akut yang tidak ditawarkan menerusi Skim Perubatan Madani, anda boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM). 

Peruntukan Bagi Isi Rumah Menerusi Skim Perubatan Madani

Kelayakan untuk menerima perkhidmatan percuma ini adalah dihadkan kepada RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, manakala RM125 bagi warga emas yang tanpa pasangan, dan RM75 bagi golongan bujang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Istimewanya lagi, penerima manfaat boleh mendapatkan beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah itu telah habis. Dikatakan yang Skim Perubatan Madani ini dijangka akan memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Untuk ketahui maklumat lebih lanjut serta senarai klinik panel yang terpilih di bawah Skim Perubatan Madani, anda boleh layari laman ProtectHealth.

Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

Baca juga: Klinik Ibu Mengandung Service Terbaik! Jom Semak Klinik Swasta Popular Untuk Ibu Hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad