Sebaik saja disahkan hamil antara perkara yang ibu perlu fikirkan adalah klinik ibu mengandung yang mana anda mahu pergi untuk check up setiap bulan.
Mungkin banyak juga cerita yang sudah anda dengar daripada ibu-ibu lain mengenai klinik yang menyediakan perkhidmatan untuk pemeriksaan bulanan ibu mengandung.
Ada pelbagai pendapat ada yang lebih memilih klinik swasta dan sanggup mengeluarkan kos sendiri atas pelbagai sebab termasuklah kerana tidak mahu masa menunggu yang terlalu lama. Namun ada juga yang memilih untuk mendapatkan pemeriksaan bulanan di Klinik Kesihatan bukan sebab mahu berjimat tetapi kerana percaya pemeriksaan yang dibuat lebih teliti.
Bila Perlu Jumpa Doktor Jika Hamil
Selalunya, keputusan ujian kehamilan yang positif bermakna anda hamil. Apabila terdapat jumlah tertentu hCG (Human Chorionic Gonadotrophin) dalam air kencing anda, hasilnya adalah positif.
HCG adalah hormon yang dikeluarkan lapan hingga sepuluh hari selepas pembuahan apabila telur yang disenyawakan bersambung ke dinding rahim. Dari titik ini, tahap hormon meningkat pada kadar yang stabil sehingga beberapa bulan akan datang.
Dalam istilah perubatan, keputusan dianggap sebagai negatif apabila tahap HCG kurang daripada 5mlU/ml, dan keputusan itu dianggap sebagai positif apabila tahap hCG lebih tinggi daripada 25mlU/ml.
Sesetengah kit ujian kehamilan mudah terdedah dan akan menunjukkan keputusan kehamilan sebagai positif apabila tahap hCG mencapai 15mlU/ml, manakala yang lain kurang terdedah dan akan menunjukkan keputusan kehamilan sebagai positif apabila tahap hormon HCG mencapai lebih 25mlU/ml.
Persoalannya di sini bila agaknya seseorang wanita itu perlu berjumpa doktor sebaik saja dia tahu yang dia hamil? Walaupun ujian kehamilan di rumah mengesahkan anda hamil, anda masih perlu membuat temu janji dengan doktor atau pakar sakit puan.
Adalah disyorkan anda membuat temu janji dengan doktor anda untuk lawatan pranatal pertama dalam tempoh lapan minggu dari tempoh haid terakhir anda.
Walaupun anda pernah hamil sebelum ini, setiap kehamilan dan setiap bayi adalah berbeza. Itulah sebabnya ia perlu bermula dengan penjagaan yang terbaik dan adalah lebih baik untuk mengikut nasihat doktor anda untuk penjagaan pranatal, termasuk janji temu tetap yang mana ia adalah penting untuk kesihatan anda dan bayi anda.
Jika anda baru mengetahui bahawa anda hamil, perkara yang kerap kali ditanya oleh doktor pada lawatan pertama adalah:
- Tarikh haid terakhir anda
- Mana-mana faktor risiko kehamilan keturunan, kesihatan atau berkaitan usia yang berpotensi
- Sejarah kesihatan keluarga anda
- Sejarah kehamilan sebelum
- Jadual terbaik penjagaan pranatal anda
Selepas itu, doktor biasanya akan menetapkan kekerapan anda perlu berjumpa doktor anda dan cara mengenali sebarang kemungkinan kecemasan yang mungkin berlaku semasa kehamilan. Jadual lawatan pranatal atau pemeriksaan bulanan kandungan biasanya dijadualkan seperti ini:
Trimester Pertama
- Semasa 4 hingga 28 minggu pertama kehamilan anda, anda perlu berjumpa doktor anda sekali sebulan.
Trimester Kedua
- Semasa trimester kedua – minggu 28 hingga 36, lawatan pranatal anda akan meningkat kepada sekali setiap dua minggu.
Trimester Ketiga
- Kemudian apabila anda mencapai trimester ketiga, pada minggu 36 hingga 40, anda akan berjumpa doktor anda setiap minggu sehingga tiba masa untuk melahirkan bayi anda.
Adalah penting anda mematuhi jadual pemeriksaan pranatal. Penjagaan pranatal membantu memastikan kehamilan yang sihat untuk ibu dan bayi.
Harga Cek Kehamilan Di Klinik Swasta
Biasanya harga bagi pemeriksaan kehamilan di klinik swasta tidak sama dan ia bergantung kepada jenis rawatan dan pemeriksaan yang diberikan kepada ibu hamil.
Tetapi anggaran biasa adalah sekurang-kurangnya RM50. Kos ini akan menjadi berbeza bagi setiap ibu hamil kerana kadangkala rawatan dan pemeriksaan yang diberikan adalah berbeza.
Ada ibu hamil yang darahnya diambil setiap bulan di klinik swasta, namun ada juga yang mengambil secara berkala walaupun adalah lebih baik untuk mengetahui tahap hB setiap bulan.
Ada juga ibu hamil yang memilih untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan bulanan di kedua-dua klinik iaitu Klinik Kesihatan kerajaan serta klinik swasta.
Di Klinik Kesihatan darah ibu akan diambil setiap bulan, selain air kencing dan sebagainya. Jika ibu sudah mendapatkan semua rawatan yang berkenaan di Klinik Kesihatan boleh saja membawa rujukan itu ke klinik swasta dan buat pula pemeriksaan lain di sana seperti imbasan 3D dan sebagainya.
Jadi bolehlah anda jimat sedikit. Itu antara cadangan yang biasa dikongsikan oleh ibu-ibu yang lebih berpengalaman di luar sana. Ini kerana jika anda mahu bersalin di hospital swasta, ada hospital yang mensyaratkan anda perlu mendapatkan pemeriksaan bulananan sekurang-kurangnya dua kali di hospital yang berkenaan.
Di klinik swasta juga, biasanya disediakan perkhidmatan detail scan yang mana seorang sonographer akan membantu membuat detail scan terhadap kandungan anda.
Detail scan ini biasanya dilakukan pada minggu ke -22 dan seterusnya dan melaluinya ibu boleh mengetahui keadaan bayi di dalam kandungan sama ada terdapat sebarang perkara abnormal dan sebagainya.
Senarai Klinik Ibu Mengandung Yang Popular
Klinik Kesihatan di mana-mana negeri dan daerah biasanya menyediakan perkhidmatan untuk pemeriksaan ibu mengandung. Jadi anda boleh saja rujuk di mana-mana klinik kesihatan terdekat.
Namun, kami kongsikan juga klinik atau hospital swasta yang popular di kalangan ibu-ibu hamil untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kehamilan bulanan mereka di sini.
Ini antara klinik ibu mengandung terbaik dan popular di Selangor. Ada di antaranya yang memiliki pakej-pakej tertentu yang lebih menjimatkan ibu.
- Klinik As-Salam – klinik ini beroperasi 24 jam. Jadi ibu-ibu boleh memilih waktu yang mereka selesa untuk mendapatkan perkhidmatan. Memiliki banyak rangkaian klinik di Selangor, ia membantu ibu-ibu di luar sana membuat pilihan di mana untuk mendapatkan pemeriksaan ibu mengandung
- Hospital Pakar An Nur Hasanah – Hospital pakar ini turut menyediakan pemeriksaan bulanan bagi ibu hamil. Dengan pakej bersalin yang pelbagai, anda yang berminat mahu bersalin di sini boleh terus dapatkan pemeriksaan kesihatan bulanan di sini. Anda juga bebas memilih doktor anda jika mahu mendapatkan rawatan di sini.
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra – namanya sudah pasti tidak asing lagi. Ramai juga artis yang memilih untuk bersalin di sini.
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Avisena – terletak di Shah Alam, hospital ini juga antara pilihan ibu hamil mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan.
- Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak Kanak Kuala Lumpur) – Ia adalah hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan Pediatrik, serta Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Ia adalah pusat rujukan tertiari yang menyediakan bukan sahaja kawasan Kuala Lumpur, tetapi menerima rujukan dari seluruh negara untuk pelbagai subkepakaran Pediatrik dan O&G. Jadi tidak hairan jika hospital ini antara yang menjadi pilihan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan.
Banyak lagi klinik swasta di luar sana yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bulanan ibu hamil. Malah klinik-klinik biasa juga ada menyediaman rawatan itu. Anda cuma perlu rajin mencari dan membuat kajian serta pemerhatian sendiri.
Namun, mungkin ada ibu yang mahu mendapatkan rawatan daripada pakar dan sebagainya, jadi anda boleh pilih daripada senarai yang kami sediakan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seluar Semakin Ketat? Tukar Ke Seluar Legging Selesa & Bergaya, Khas Untuk Ibu Hamil
Baca juga: Minyak Wangi Perempuan Mungkin Berbahaya Dipakai Oleh Ibu Hamil, Ini Sebabnya
Baca juga: Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!