Jangan Sembarangan Usap Perut Ibu Mengandung, Ini Sebabnya!

Tahan diri daripada mengusap perut ibu mengandung kerana ibu hamil sangat sensitif jika perut mereka disentuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila hamil, kebanyakan wanita suka menggosok, memegang, mengurut dan membelai lembut, malah menepuk perlahan perut ibu mengandung mereka sebagai salah satu cara untuk ibu berasa dekat dengan bayi yang bakal mereka lahirkan nanti.

Tindakan mengusap perut boleh dikatakan sebagai satu perkara yang sangat semulajadi dilakukan oleh ibu mengandung namun, tidak semua bakal ibu berasa selesa apabila perut mereka diusap oleh sembarangan orang terutamanya insan-insan yang tidak dikenali.

Sama seperti wanita hamil yang lain, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kini sedang hamil lebih tujuh bulan berkongsi rasa tidak selesa apabila perutnya disentuh oleh individu-individu tidak dikenali ketika bergambar.

Dalam hantaran terbaharunya di Instagram, Ayda berkongsi mengenai situasi yang membuatkannya rasa tidak selesa.

Ibu hamil sangat sensitif jika perut mereka disentuh terutamanya orang yang tak dikenali. Kadang kala suaminya sendiri mahu mengusap pun mereka tidak suka jadi tahan diri anda daripada mengusap perut wanita hamil ya?

Antara sebab anda tidak boleh sembarangan mengusap perut ibu mengandung adalah seperti berikut :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Melanggar privasi

Memegang perut ternyata menjadi perkara yang sangat peribadi untuk wanita hamil. Kelakuan memegang perut wanita hamil tanpa izin adalah sesuatu yang tidak sopan.

Sesetengah wanita hamil biasanya tidak akan membenarkan sesiapa yang mereka tidak kenali menyentuh perut mereka. Jadi menyentuh perut mereka boleh membuat mereka sangat tidak selesa.

2. Kesan negatif terhadap kesihatan ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ada yang menyentuh perut wanita hamil dengan tangan, kita tidak tahu sama ada tangan mereka bersih. Bayangkan berapa banyak kuman dan virus yang mungkin mencemari perut anda.

Dalam kes seperti selesema, sebagai contoh, wanita hamil lebih cenderung mengalami simptom dan komplikasi yang teruk berbanding wanita yang tidak hamil. Jadi, jika wanita hamil enggan disentuh perutnya, dia melindungi kesihatannya dan kesihatan bayinya.

Wanita hamil juga mungkin mengalami loya semasa hamil, dan menyentuh perut mereka boleh memburukkan lagi loya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kesan negatif terhadapan kesihatan mental ibu

Perubahan hormon semasa hamil boleh meningkatkan kebimbangan wanita hamil. Jika wanita hamil mengalami tekanan dan kebimbangan, mereka biasanya tidak mahu sesiapa mendekati mereka atau menyentuhnya. Jika keadaan yang menyebabkan wanita hamil tidak selesa seperti itu dibenarkan, ia boleh memburukkan gejala.

4. Bayi tak respon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila orang meminta untuk menyentuh perut wanita hamil, mereka mungkin ingin merasakan tendangan bayi. Bagaimanapun, bayi tidak selalu bergerak, jadi agak jarang berlaku jika seseorang yang akan menyentuh perut wanita itu akan dapat merasai tendangan bayi tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

Baca juga : Makanan Ini Dilarang Ketika Hamil! Tahan Rasa Mengidam Itu Ibu!

Baca juga : Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa - Kembalikan Asmara Anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi