Atasi Perut Kembung Dan Ketidakselesaan Perut Ketika Hamil Dengan 6 Produk Ini

Masalah perut kembung dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa kepada ibu hamil.

Perut kembung atau perut masuk angin adalah antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada usia bayi, orang dewasa hinggalah warga tua.

Wanita hamil juga tidak terkecuali malah masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.

Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur. 

Punca Perut Kembung Ketika Hamil

Kredit gambar: FirstCry Parenting

Ketika hamil ibu mungkin menyedari bahawa ibu mengeluarkan gas lebih banyak daripada biasa (sendawa atau kentut) dan ia kadang-kala menyakitkan.

Gas adalah bahagian semula jadi daripada proses pencernaan. Ia adalah keadaan biasa untuk individu mengeluarkan gas beberapa kali sehari melalui mulut seperti sendawa atau rektum dengan kentut. Peningkatan gas dan kembung semasa mengandung boleh dicetuskan oleh pelbagai sebab seperti ;

1. Hormon progesteron

Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan dan ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.

Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.

Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.

2. Pemakanan dan tabiat makan

Makanan yang ibu makan dan minuman yang ibu minum juga mempengaruhi pengeluaran gas. Makanan yang diketahui meningkatkan gas termasuklah makanan pedas, makanan bergoreng, makanan diproses, makanan berminyak, tenusu, bijirin penuh, minuman berkarbonat, kekacang serta buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli.

Gas boleh terperangkap dalam saluran penghadaman semasa menelan atau memecahkan makanan ketika melalui usus besar. Makanan yang tidak dapat dicerna akan bergerak melalui saluran pencernaan dan akan dibantu oleh bakteria untuk memecahkannya.

Gas juga boleh terkumpul jika ibu makan terlalu banyak, makan banyak makanan bergas, makan terlalu cepat, atau tidak mengunyah makanan dengan baik. Jika ibu menelan dengan tergesa-gesa, ini bermaksud anda menyedut udara berlebihan semasa anda makan, yang akan menghasilkan lebih banyak gas dalam perut. Bercakap semasa anda mengunyah juga menyumbang kepada gas tambahan.

3. Sembelit

Sembelit juga menjadi punca kepada perut masuk angin. Najis yang berada di dalam usus akan menyukarkan gas untuk melalui dan keluar daripada badan. Pengambilan ubat suplemen ketika mengandung, terutamanya yang mengandungi zat besi boleh menyebabkan masalah sembelit sekali gus membuatkan masalah angin pada perut menjadi bertambah teruk.

Kenapa Asid Refluks (Pedih Ulu Hati) Dan Angin Dalam Perut Terjadi Serentak?

Pedih ulu hati dan sakit perut boleh berlaku serentak. Adakah masalah asid refluks dan angin dalam perut ini mempunyai kaitan?

Masalah pedih ulu hati dan perut berangin selalunya tidak mempunyai kaitan langsung. Pun begitu, terdapat kemungkinan kedua-duanya terjadi serentak dan memburukkan keadaan masing-masing dan cara untuk mengawalnya juga mungkin hampir sama.

Makan dengan cepat dan terlalu banyak boleh menjadi penyebab terjadi pedih ulu hati dan perut berangin.

Pedih ulu hati boleh tercetus apabila anda makan dalam jumlah yang banyak manakala makan secara cepat akan mengakibatkan anda menelan lebih banyak udara, hasilnya perut berangin!

Mengeluarkan gas melalui mulut semasa atau sejurus selepas makan boleh mengakibatkan lebih banyak asid naik ke tekak. Akibatnya, berlakunya pedih ulu hati.

6 Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Ketika Hamil

Tidak banyak ubat boleh menghilangkan angin dalam perut melainkan ibu melakukan home remedies atau perubahan gaya hidup namun kami kongsikan antara ubat dan produk yang boleh dicuba.

Produk Bantu Kurangkan Perut Kembung Ketika Hamil
Shaklee Digestive Stomach Soothing Complex
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Suplemen Penghadaman
Beli di Shopee
Gaviscon Advance Liquid 
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Antacid Untuk Ibu Hamil
Beli di Shopee
Air-X 120 Tablet
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Ubatan Simethicone
Beli di Shopee
Vitacost Gas Enzyme Alpha-galactosidase
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Ubatan Enzyme
Beli di Shopee
Traditional Medicinals Organic Peppermint Tea
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Minuman Teh
Beli di Shopee
Amway Nutrilite Mixed Fiber Powder
Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Minuman Serat
Beli di Shopee

Shaklee Digestive Stomach Soothing Complex

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Suplemen Penghadaman

Suplemen ini mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut. Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut (pedih ulu hati) serta boleh membantu melawaskan penghadaman.

Pengambilan suplemen ini dapat menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit. Ia selamat diambil ibu hamil.

Apa yang kami suka :

  • Jenama Shaklee mempunyai reputasi yang baik sebagai jenama suplemen kesihatan
  • Dapat membantu merawat hampir semua punca perut kembung ibu hamil
  • Sesuai juga diamalkan jika ibu mempunyai morning sickness

Gaviscon Advance Liquid 

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Antacid Untuk Ibu Hamil

Gaviscon Advance membentuk lapisan perlindungan untuk menghalang asid daripada merefluks ke atas esofagus (saluran makan). Tambahan pula, ia juga mengandungi ciri-ciri “pelekatan mukosa" iaitu ia menyalut esofagus untuk memberikannya perlindungan berpanjangan.

Kita tahu betapa menganggunya pedih ulu hati, refluks asid dan seterusnya mengakibatkan perut berangin, kerana itulah sebabnya Advance dirumus untuk kelegaan berpanjangan supaya anda boleh terus menikmati kehidupan harian yang lebih baik.

Berbanding dengan Gaviscon Peppermint, rumusan Gaviscon Advance yang lebih kuat mengandungi dua kali ganda kepekatan natrium alginat dan mempunyai kandungan natrium terendah dalam rangkaian Gaviscon, menjadikannya rumusan yang disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu.

Rumusan cecair ini juga tidak mengandungi gula atau gluten.

Apa yang kami suka :

  • Melegakan dalam tempoh 3 minit dan  bertahan sehingga 4 jam
  • Mudah didapati

Air-X 120 Tablet

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Ubatan Simethicone

Ubat gas yang mempunyai simethicone sebagai bahan aktif secara umumnya dianggap selamat untuk diambil semasa mengandung. 

Simethicone digunakan untuk melegakan gejala gas tambahan seperti sendawa, kembung perut, perut masuk angin, dan ketidakselesaan pada perut atau usus dengan membantu memecahkan buih gas dalam usus. Air-X 120 adalah antara ubat tablet yang mempunyai bahan aktif ini.  

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Boleh dibeli di farmasi dengan mudah
  • Diambil selepas makan, memberi kesan efektif

Vitacost Gas Enzyme Alpha-galactosidase

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Ubatan Enzyme

Alpha-galactosidase adalah enzim semula jadi yang membantu penghadaman dan membantu mencegah gas dan kembung perut yang berasal daripada Aspergillus niger, jika diambil sebelum makan, ia boleh membantu mencegah gas dan kembung sebelum ia berlaku.

Vitacost Gas Enzyme adalah antara jenama suplemen yang mengandungi enzim semula jadi ini. Ia berfungsi secara semula jadi dengan sistem pencernaan badan, membantu dalam pecahan karbohidrat kompleks yang dikenali untuk menghasilkan gas dalam sistem pencernaan.

Karbohidrat kompleks ialah gula yang terdapat dalam sayur-sayuran, bijirin, kekacang, dan produk bijirin penuh yang diketahui sebagai makanan penyebab angin. Jadi jika anda mengambil suplemen ini, ibu boleh kembali makan makanan kegemaran anda! 

Apa yang kami suka :

  • Tablet kunyah yang mudah diambil (boleh juga ditelan).
  • Mengandungi bahan yang paling mujarab dan berkualiti tinggi.
  • Mengandungi 60 hidangan setiap botol, berbaloi untuk dibeli.

Traditional Medicinals Organic Peppermint Tea

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Minuman Teh

Terdapat bukti menunjukkan bahawa minyak pudina (peppermint) boleh membantu melegakan kembung perut dan sakit perut, dan anda mungkin mendapat faedah yang sama dengan menghirup teh pudina. Sebagai bonus tambahan, sifat anti-loya peppermint mungkin juga membantu mengurangkan mual pagi.

Meskipun terdapat banyak jenama teh yang menawarkan khasiat peppermint, namun jenama ini menggunakan peppermint organik yang disahkan oleh USDA Organics.

Nikmati 1 hingga 3 cawan sehari, anda boleh melihat terus kesan pada perut anda!

Apa yang kami suka :

  • Melegakan perut anda dan mengurangkan ketidakselesaan penghadaman.
  • Aromatik, menyegarkan dan rasanya yang enak.
  • Tidak mengandungi GMO

Amway Nutrilite Mixed Fiber Powder

Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Jenis Minuman Serat

Pengambilan serat yang cukup penting untuk pencernaan anda. Ia bergerak melalui saluran pencernaan anda dan boleh hadir dalam dua bentuk, serat larut dan serat tak larut. Tidak seperti laksatif yang memberikan kelegaan jangka pendek daripada sembelit, serat larut dan tak larut bukan sahaja membantu melegakan sembelit tetapi juga membantu mengawal atur pembuangan air besar anda dan mencegah sembelit daripada terjadi.

Satu lagi komponen penting untuk kesihatan pencernaan ialah prebiotik yang pada dasarnya ialah makanan untuk bakteria baik dalam usus anda. Kekurangan bakteria baik dalam sistem pencernaan anda boleh menyebabkan bakteria jahat berkembang sehingga menyebabkan gejala kembung perut, angin dan ketakcernaan. Oleh itu, penting untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dengan mengambil banyak prebiotik.

Tahukah anda bahawa ketiga-tiga jenis serat larut dalam Mixed Fiber Powder juga adalah prebiotik? Ya, dan itulah yang menjadikannya suplemen yang bagus untuk melindungi kesihatan usus anda.

Diperbuat dengan campuran unik tiga serat larut, iaitu ekstrak akar cikori (inulin), maltodekstrin tahan cerna dan gam guar separa terhidrolisis, setiap pek batang Mixed Fiber Powder mengandungi 4.5g serat larut.

Ia didatangkan dalam pek batang yang mudah diambil untuk memastikan pengambilan serat harian yang cukup, walaupun ketika anda sibuk. Rumusan tidak kasar dan tanpa rasa membolehkan serbuk ini mudah larut ke dalam makanan, jus, malah air untuk minuman serat yang tetap menyegarkan.

Apa yang kami suka :

  • Juga dapat membantu menurunkan kolesterol, mengawal tekanan darah dan menambah baik kadar gula darah
  • Tidak seperti tablet kunyah yang disarankan untuk diambil 3 kali sehari, anda hanya perlu mengambil satu pek batang sehari untuk memastikan kelancaran dan kesihatan pencernaan yang lebih baik.
  • Bukan itu sahaja, memandangkan 70% keimunan berada di usus anda, menjaga kesihatan usus juga membantu menambah baik kesihatan anda secara keseluruhan.

Perbandingan Harga Produk Terbaik Bantu Kurangkan Perut Kembung Ketika Hamil

Jenama Kuantiti Harga
Shaklee Digestive Stomach Soothing Complex 90 biji tablet RM92
Gaviscon Advance Liquid 120 ml RM37.89
Air-X 120 Tablet 10 biji tablet RM3.30
Vitacost Gas Enzyme Alpha-galactosidase 120 biji tablet RM59
Traditional Medicinals Organic Peppermint Tea 16 uncang RM23.90
Amway Nutrilite Mixed Fiber Powder 30 stik RM120

Cara Mencegah Perut Masuk Angin Ketika Hamil Secara Alami

Kehadiran gas dalam perut adalah fungsi normal tubuh manusia. Anda tidak boleh menghalang sepenuhnya dan anda juga tidak boleh mengabaikannya terus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh ibu lakukan untuk meminimumkan masalah dan mengurangkan ketidakselesaan secara alami seperti;

1. Banyakkan minum air kosong

Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong. Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah.

2. Elak makanan berangin

Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah brokoli, kubis, kentang, dan makanan bergandum. Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu bimbang bayi dalam kandungan tidak mendapat nutrien secukupnya.

3. Banyakkan makanan berserat

Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah. Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu.

4. Ubah tabiat makan

Untuk membantu penghadaman, cuba makan makanan yang jumlahnya lebih kecil tetapi lebih kerap sepanjang hari. Makan perlahan-lahan, jangan bercakap dengan mulut penuh dan pastikan anda mengunyah keseluruhan makanan.

5. Aktifkan diri

Aktiviti fizikal semasa kehamilan adalah sihat untuk penghadaman anda dan membantu badan mengeluarkan gas untuk mengurangkan kembung perut. Senaman juga boleh membantu mengelakkan sembelit, mengurangkan kembung perut dan memastikan gas bergerak melalui badan anda (dan keluar). Berjalan kaki atau regangan ringan boleh membantu melegakan perut kembung dan yoga juga selamat dan berkesan.

6. Tinggalkan gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan anda menelan udara dengan banyak. Selain itu, beberapa pemanis tiruan dalam gula-gula getah juga boleh menyebabkan gas.

7. Berpakaian dengan selesa

Pakai pakaian yang selesa yang tidak memberi tekanan pada perut ibu. Seluar atau tali pinggang yang ketat pada pinggang boleh menekan usus dan meningkatkan ketidakselesaan perut ibu.

Gas memang menyakitkan, tetapi ia bukan satu-satunya perkara yang boleh menyebabkan sakit perut semasa kehamilan kerana banyak keadaan lain yang boleh disalah anggap sebagai gas.

Ada yang berkaitan dengan kehamilan seperti kontraksi Braxton Hicks, kehamilan ektopik, dan juga kelahiran. Keadaan lain mungkin dikaitkan dengan kehamilan atau tidak ia termasuklah apendik, batu karang, dan sindrom usus besar.

Terus hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan jika rasa sakit tidak berkurangan atau semakin teruk seperti mengalami loya dan muntah yang teruk, atau terdapat darah dalam najis semasa membuang air besar. 

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda-Tanda Hamil 1 Bulan Sudah Boleh Tahu, Antaranya Perut Kembung!

Baca juga: 20 Tanda Awal Mengandung, Antaranya Perut Kembung, Kerap Buang Air Kecil Dan Banyak Lagi

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Semakin Membesar!

Penulis

Nursyamimi