Melihat telatah si comel yang bersahaja, menyembur air liur dan buat bising. Siapa yang tidak geram, kan? Buat ibu yang pertama kali dapat beraya dengan anak kecil, ikuti tips beraya dengan baby untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit, ya!
Tips Beraya Dengan Baby
Sudah pasti anda tidak sabar untuk memperkenalkan bayi kepada sanak saudara dan sahabat handai. Mana taknya, waktu inilah anda dan seluruh keluarga berkumpul setelah sekian lama tidak bertemu. Raya nanti mesti ada yang rasa teruja nak cium, peluk dan dukung bayi.
Berikut merupakan beberapa tips beraya dengan baby yang boleh dijadikan panduan buat ibu ayah di luar sana.
1. Elakkan pergi ke tempat orang ramai berkumpul
Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, ini bermakna imunisasi bayi anda belum lengkap lagi. Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya. Memanglah raya setahun sekali tetapi bayi juga kecil sekali seumur hidup.
In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?
2. Tetamu tidak perlu dukung bayi
Jika tetamu datang beraya ke rumah, sebolehnya nasihatkan mereka tidak perlu cuba untuk mendukung bayi anda. Belum tentu pakaiannya bersih kerana mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.
Sebaiknya biarlah si ibu sahaja yang mendukung bayi.
3. Sediakan hand sanitiser
4. Jauhkan diri dari bayi jika batuk atau selesema
Sebagai individu yang bertanggungjawab, jika anda batuk atau selesema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak yang lain, segera jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Lagi bagus jika jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada anak kecil.
Jika terkena pada kita sahaja tak apa, tetapi jika terkena pada bayi pramatang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!
5. Elakkan orang cium bayi kita
Untuk yang ada bayi kecil, pegang kemas bayi jika tidak mahu bayi dicium orang lain. Mungkin tak tahu nak menolak cara baik bagaimana, beri sahaja alasan bayi nak ditidurkan atau disusukan.
وَإِنِّي أُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
6. Pastikan bayi mendapat vaksin ikut jadual
7. Tidak perlu bimbang digelar paranoid
8. Elakkan dari kumpulan perokok
Kesan sebagai perokok sekunder kepada anak kita amat mudarat. Beritahu anak yang lebih besar untuk ‘larikan diri’ jika ada kumpulan perokok berhampiran mereka.
9. Teruskan penyusuan susu ibu
Susu yang tersedia setiap masa ini didatangkan dengan pakej lengkap termasuklah antibodi setiap masa mengikut keadaan kesihatan bayi dan di mana ibu berada di tempat-tempat beraya.
10. Elakkan anak disuap sesuka hati
Bagi ibu yang mempunyai bayi kecil terutama bayi yang ada alahan. Bertegas beritahu anak kita tak boleh makan sembarangan. Ini tak boleh nak toleransi jika ada yang tak faham.
11. Pastikan anak tidak terlalu penat (overtired)
Tahu teknik pantas untuk tenangkan bayi. Jika berada dalam kereta, pastikan segala keperluan untuk bayi dipenuhi supaya bayi boleh tidur berkualiti dan tidak meragam.
12.Ubat-ubatan asas mencukupi
Seperti ubat demam. Termometer juga perlu untuk pantas sebarang perubahan suhu kepada anak kita.
13. Peti kecemasan asas (first aid kit)
Kadangkala anak terluka, terjatuh dan sebagainya waktu beraya di rumah orang, jadi kita tak panik kerana luka kecil boleh dirawat segera.
Apa-apa pun, dalam keterujaan menyambutnya, sebagai ibu ayah janganlah ambil mudah tentang isu kesihatan bayi kerana anak kecil tidak mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), Covid-19, Respiratory Syncytial Virus (RSV) dan rotavirus.
Tergamakkah anda melihat anak jatuh sakit?
Facebook Azlindarita Tiktok: Nad Masrom
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami SEPATUTNYA Yang Jaga Isteri Semasa Berpantang, Bukan Ibu/Mertua Ya!
Baca juga: Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor
Baca juga: Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini