Jenama Peralatan Rumah terkemuka dari Eropah, Beko berjaya menemui jalan penyelesaian dengan penghasilan peti sejuk HarvestFresh, satu lagi tambahan kepada rangkaian produk inovatif mereka.
Pertama seumpamanya, Beko membawakan kegembiraan dengan pelancaran teknologi canggih mereka, HarvestFresh, yang bermatlamat memperkasakan generasi baharu untuk Hidup Seperti Pakar atau Live Like a Pro, menyediakan kesejahteraan yang boleh diakses untuk semua rakyat Malaysia.
Teknologi canggih HarvestFresh yang dibangunkan untuk rangkaian peti sejuk Beko menggunakan bukan hanya satu, malahan tiga warna yang efektif – hijau, biru dan merah, yang menyerupai kitaran 24 jam matahari serta cahaya matahari semula jadi.
Produk inovatif HarvestFresh dari Beko kekalkan kesegaran buah, sayur
Kombinasi ini akan mensimulasikan kitaran cahaya harian termasuk waktu gelap untuk mencipta suasana semula jadi bagi buah-buahan dan sayuran setelah lama ia dituai dan dibeli.
Kelebihan rangkaian Beko HarvestFresh tidak hanya setakat itu sahaja. Ia juga didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost yang mengekalkan suasana sejuk optimum, seterusnya membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama.
Jimat tenaga, tiada kenaikan bil ketara
Tidak seperti peti sejuk lain yang menggunakan sistem penyejukan tunggal, rangkaian Beko HarvestFresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan membolehkan keadaan kelembapan tinggi dikekalkan di dalam bahagian sejuk dan pada masa yang sama bahagian sejuk beku kekal kering dan tanpa fros.
Keadaan ini juga menghalang pemindahan bau antara bahagian-bahagian tersebut, seterusnya mengekalkan kualiti udara di bahagian dalaman pada paras maksima.
Rangkaian peti sejuk ini dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor. Ia bermaksud anda akan mendapat penyejukan yang lebih cepat dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, serta pengoperasian yang empat kali lebih senyap berbanding kompresor peti sejuk biasa.
Ini membolehkan peti sejuk anda menyesuaikan keadaan dengan perubahan suhu dengan lebih cepat dan seterusnya membantu memberikan penjimatan ke atas bil anda. Jadi, jika peti sejuk anda menelan banyak tenaga, sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada Beko.
Kandungan vitamin dalam buah-buahan dan sayuran mula menyusut selepas ia dituai sehinggalah ke saat ia dimakan. Vitamin ini adalah sangat penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh badan, menyokong fungsi kognitif otak yang sihat serta membekalkan antioksidan semula jadi untuk melindungi tubuh daripada penyakit. Kesemuanya amat diperlukan untuk memastikan kesihatan terutamanya dalam keadaan sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia berkata, Chan Lock, pihaknya sudah mencapai satu lagi kejayaan di Beko Malaysia dengan menjadikan teknologi HarvestFresh ini tersedia di pasaran.
“Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam menguatkan lagi komitmen untuk memperkasakan generasi baharu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lestari,”katanya.
Didatangkan dengan 2 warna
Didatangkan dengan dua variasi warna yang bergaya dan versatil – Dark Inox dan Brshed Silver, ia memberikan sentuhan pereka dan dapat disesuaikan dengan mudah pada mana-mana rekaan dapur.
Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari www.beko.my.
Anda juga boleh mengikuti mereka di Instagram dan Facebook Beko Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah
Baca juga: Suka pergi IKEA? Jom Lihat Koleksi Perabot Terbaru Untuk Si Kecil!
Baca juga: 5 Sebab Anda Perlu Miliki Almari Pintar LG Styler™ Di Rumah, Elak Pakaian Kotor & Berhabuk