7 Petua Dapur Orang Lama Yang Berkesan & Memudahkan Kerja Di Dapur

Walaupun terdapat bermacam cara moden untuk menyedapkan masakan, tidak salah jika cuba petua dapur orang lama yang lebih mudah dan percuma.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang dulu-dulu dengan petua memang tak boleh dipisahkan, bukan? Ada sahaja pantang larang dan petua dapur orang lama yang digunakan terutamanya dalam masakan.

Jadi, apa salahnya jika kita cuba kerana selalunya petua yang dikongsikan hanya menggunakan bahan yang sedia ada dan diyakini selamat.

7 Petua Dapur Orang Lama Yang Berguna Di Rumah

1. Cara Cepat Empukkan Daging

Jika tiada periuk tekanan atau pressure cooker di rumah, anda boleh menggunakan cuka. Caranya, masukkan sedikit cuka masakan dalam air semasa merebus daging. Kandungan assid di dalam cuka membantu melembutkan daging dalam masa yang singkat. 

2. Nasi Panas vs Nasi Sejuk

Perbezaan antara nasi panas dan nasi sejuk adalah terutamanya dari segi rasa, tekstur, kandungan nutrisi, dan kesannya terhadap kesihatan. 

Nasi yang baru dimasak dan masih panas biasanya lebih lembut dan beraroma. Rasa nasi panas lebih sedap dan segar berbanding nasi sejuk kadang kala menjadi lebih kering dan agak keras.

Nasi panas lebih tinggi gula dan banyak kalori berbanding nasi sejuk. Jika dimakan panas-panas, anda akan terasa cepat lapar balik berbanding nasi sejuk yang kenyang lebih lama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan nasi panas segera selepas dimasak adalah selamat asalkan ia dimasak dengan sempurna. Namun, jika nasi dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

3. Kurangkan Kuah Terlebih Masin

Jika masakan terlebih masin, tidak perlu tambah air sebaliknya masukkan kentang atau ubi atau timun ke dalam kuah.

Biarkan ia menyerap garam selama beberapa minit, kemudian keluarkan kentang atau ubi tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah semula air dan olah balik kuah tadi.

4. Elak Ikan Goreng Melekat di Kuali

Masalah ikan melekat di kuali ketika menggoreng adalah isu yang sering dihadapi di dapur. Jika tiada kuali non stick di dapur, boleh masukkan asam keping dalam minyak semasa menggoreng ikan.

5. Tajamkan Mata Bilah Pengisar

Menurut petua dapur orang lama, ambil garam kasar dan kisar guna pengisar selama beberapa kali. Selepas itu, anda dapati mata bilah lebih tajam dari sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Tak Nak Ada Semut dalam Gula

Masukkan 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula, bergantung kepada saiz bekas yang digunakan. Semut tak suka bau bunga cengkih yang kuat jadi cara ini dapat mengelakkan semut masuk dalam bekas gula di dapur.

7. Ikan Bilis Putih vs Ikan Bilis Kuning

Walaupun seakan sama, tetapi ia berbeza dari cara jemuran dan rasanya. Ikan bilis putih dijemur kurang lama berbanding ikan bilis kuning. Rasa ikan bilis putih pula lebih masin berbanding ikan bilis kuning yang kurang masin.

Semoga semua petua dapur cara orang lama ini bermanfaat dan membantu memudahkan kerja memasak di dapur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Cara Simpan Bahan Dapur Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama & Elak Pembaziran

Baca juga: Cara Susun Atur Barang Dapur Dalam Peti Sejuk, Guna 8 Produk Ini Supaya Lebih Nampak Kemas & Tersusun Rapi!

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan, Cuba Salah Satu Daripada 9 Petua Orang Lama Ini!

Penulis

Noorhidayah