Petua Hilang Batuk Anak Yang BERKESAN Dengan Buah Delima, Ibu Ini Ajar Step By Step

Petua hilang batuk anak dengan hanya guna buah delima. Memandangkan bayi bawah satu tahun tiada ubat batuk khusus, ibu boleh ikhtiar di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti merunsingkan fikiran apabila melihat anak mula mengalami gejala batuk dan juga selesema. Paling merisaukan jika mereka masih lagi bayi. Sebagai ibu, anda tentu sedang mencari petua hilang batuk yang selamat dan berkesan untuk anak anda.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Petua hilang batuk anak yang mudah dan berkesan
  • Buah delima mampu hilangkan batuk dan selesema bayi
  • Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak

Oleh itu, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada ibu petua yang mudah dan sangat berkesan bagi menghilangkan batuk yang dialami oleh anak anda.

Petua hilang batuk anak yang mudah dan berkesan

Berkongsi cara hilangkan batuk secara semula jadi, perkongsian wanita ini telah mendapat ribuan ‘like’ di laman facebook miliknya.

Farhany Ami Murad menulis, petua ini sangat sesuai untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.

“Baru teringat nak share, since Salsabila tetiba batuk hari tu kalutnya lah mak dia ni, risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau….. Nauzubillahiminzalik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU, so far memang ramai kata bagus guna madu. Tapi, bayi bawah dua tahun tak digalakkan lagi makan madu. So try cari alternatif lain.

Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas dan tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk tak ada langsung dah. Mak mak yang ‘over kalut’ macam kita ni kalau anak batuk or selesema boleh lah try naaa…

Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ini nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye dan lendir kahak keluar melalui poopoo baby.

Ini kesan yang saya nampak dekat Salsabila. Kalau makin teruk please refer doctor ye?”

Petua hilangkan batuk anak kecil dengan buah delima

Puan Farhany kongsikan cara menyediakan jus delima untuk diberikan kepada bayi bagi menghilangkan batuk dan selesema mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ambil beberapa ulas buah delima

#2. Picit buah delima hingga keluar air, tapis dan buang biji.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Gunakan picagari untuk mudahkan bayi minum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak

Menurut Puan Farhany juga, tiada siapa pun yang mahu melihat anak kesayangan mereka dalam keadaan sakit.

“Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selesema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai seorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gituu!

Anak anugerah ALLAH SWT. Amanah untuk mak ayah, usahalah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita” katanya. Semoga berkongsian ini bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Petua ‘Meriahkan’ Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

Baca juga: Kerak Kepala Bayi Banyak Di Kepala Anak? Ikuti Petua Untuk Kurangkan Cradle Cap Ibu Baru Wajib Tahu!

Baca juga: Petua Anak Kuat Menangis & Meragam Ketika Beraya, Ibu Take Noted 8 Perkara Ini!

Penulis

Nur Syazwani